Home » , , , » Wikipedia - Sejarah Hillsborough disaster

Wikipedia - Sejarah Hillsborough disaster

Written By peminat liverpool on Ahad, 15 April 2012 | 3:50 PG

Salam dan selamat sejahtera. Pada hari ini bertarikh 15 April 2012, jika pada waktu dan hari yang sama bertempat di Liverpool, pastinya keadaan berada dalam keadaan suram kerana pada waktu ini dan tarikh ini pada 23 tahun lepas, telah berlaku kejadian yang benar- benar tragis dalam sejarah bola sepak Liverpool dan juga boleh dikatakan sebagai kejadian pengajaran kepada seluruh peminat bola sepak di England. Sempena ulang tahun kejadian bencana ini, kami disini ingin menulis dan menceritakan kepada anda semua mengenai sejarah rentetan bagaimana kejadian ini berlaku dan apakah kebenaran disebalik kejadian ini yang telah mengorbankan 96 orang dan ratusan yang cedera dalam kejadian ini.

Memahami kejadian ini adalah penting, kerana sebagai penyokong kelab kesayangan kita, adalah perlu untuk kita mengetahui kejadian ini supaya kita lebih tahu berkenaan sejarah kelab kesayangan kita ini.

Ceritanya bermula tarikh 15 April 1989 di stadium Hillsborough, yang pada ketika itu merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan yang dikenali sebagai Sheffield Wednesday FC yang bertempat di Sheffield, United Kingdom. Pada waktu ini, berlakunya pertemuan antara Liverpool Fc menentang Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. Selepas empat tahun berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, dengan pada masa yang sama Liverpool dalam proses ban untuk menyertai kejohanan di peringkat eropah. Dengan pada masa itu Liverpool dikendalikan oleh Kenny Daglish terus cemerlang dan gemilang dalam aksi dalam liga domestik. Dengan kejuaran berturut-turut menjadi juara Liga pada tahun “1985–86”,” 1987–88”, “1989–90” . Liverpool terus megah melebarkan sayap kejuaraan walaupun tidak boleh bermain di perlawanan liga peringkat eropah.


Diteruskan kejayaan demi kejayaan, Liverpool akhirnya telah ditakdirkan bertemu dengan Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada tahun 1989. Perlawanan yang berlangsung pada tarikh hari (semasa entri inii ditulis) pada 15 April 1989. Mungkin anda semua agak terkejut mendengar nama pasukan ini” Nottingham Forest” merupakan pasukan antara yang terhebat pada era tahun 1980an. Dengan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1988 pada peringkat yang sama iaitu separuh akhir piala FA, Liverpool menentang Nottingham Forest yang menyaksikan Liverpool menewaskan pasukan ini dengan jaringan 2-1. Mungkin disebabkan dendam dari pasukan Nottingham Forest ini, maka secara tidak langsung menyebabkan semanagat untuk membalas dendam adalah sangat tinggi.

Pada tahun selepas itu, dengan Liverpool kembali menentang Nottingham Forest serta pada pelawanan separuh akhir kedua dimana Everton vs Norwich City, dimana menyaksikan Everton menewaskan Norwich City dengan jaringan 1-0.


Menurut daripada sumber yang boleh dipercayai ...

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,dan pada masa yang sama berlaku traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam,sedangkan sudah ada beribu lagi penyokong Liverpool sudah berada di persekitaran Stadium Hillsborough. Pada perlawanan itu menyaksikan penyokong Liverpool telah diberikan di seat di Lepping Lane yang boleh memuatkan 15,000 orang.Manakala penyokong pasukan Nottingham Forest FC pula diberikan seat Spion Kop yang berjumlah 21,000 orang. Hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan dimana, pada lumrahnya penyokong Liverpool lebih ramai daripada penyokong Nottingham Forest FC, dan secara metematiknya perlulahnya penyokong Liverpool diberikan lebih seat di dalam stadium ataupun untuk lebih bersikap adil perlulah jumlah tempat duduk di dalam stadium dibahagikan sama banyak dan sama rata.

Dan selepas itu berlakulah tragedi yang amat buruk dan menyedihkan.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium dengan pada masa yang sama penghadang pintu tiket tidak berfungsi, maka pihak polis mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka. Pada masa yang sama tolak menolak untuk memasuki stadium pun berlaku untuk merebut masuk ke dalam stadium.  Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke arah meraka yang berada di depan.Dan didepan mereka yang sedang berhimpit-himpit itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan pada masa yang sama Lepping Lane yang sudah penuh dengan penyokong Liverpool serta ditambah lagi dengan tekanan tolak lagi dari peyokong dari luar, telah menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh, dan penyokong tehumpan dalam padang sekali dengan skruktur stadium yang runtuh.


Sungguh menyayat hati dan memang mengerikan, bayangkanlah dengan niat yang baik dan niat untuk menyaksikan pasukan kesayangan masing-masing beraksi dalam perlawanan, tidak disangka-sangka bertukar menjadi tradigi menyedihkan dan kini kejadian ini menjadi ingatan kepada seluruh penyokong Liverpool mahupun penyokong Nottingham Forest , bahkan juga kepada seluruh penyokong yang meminati sukan yang bernama bola sepak di England kini.


Berikut ini adalah daftar korban yang meninggal dunia dalam Tragedi Hillsborough:

1
John Alfred Anderson (62)
49
Thomas Howard (39)
2
Colin Mark Ashcroft (19)
50
Thomas Anthony Howard (14)
3
James Gary Aspinall (18)
51
Eric George Hughes (42)
4
Kester Roger Marcus Ball (16)
52
Alan Johnston (29)
5
Gerard Bernard Patrick Baron (67)
53
Christine Anne Jones (27)
6
Simon Bell (17)
54
Gary Philip Jones (18)
7
Barry Sidney Bennett (26)
55
Richard Jones (25)
8
David John Benson (22)
56
Nicholas Peter Joynes (27)
9
David William Birtle (22)
57
Anthony Peter Kelly (29)
10
Tony Bland (22)
58
Michael David Kelly (38)
11
Paul David Brady (21)
59
Carl David Lewis (18)
12
Andrew Mark Brookes (26)
60
David William Mather (19)
13
Carl Brown (18)
61
Brian Christopher Mathews (38)
14
David Steven Brown (25)
62
Francis Joseph McAllister (27)
15
Henry Thomas Burke (47)
63
John McBrien (18)
16
Peter Andrew Burkett (24)
64
Marion Hazel McCabe (21)
17
Paul William Carlile (19)
65
Joseph Daniel McCarthy (21)
18
Raymond Thomas Chapman (50)
66
Peter McDonnell (21)
19
Gary Christopher Church (19)
67
Alan McGlone (28)
20
Joseph Clark (29)
68
Keith McGrath (17)
21
Paul Clark (18)
69
Paul Brian Murray (14)
22
Gary Collins (22)
70
Lee Nicol (14)
23
Stephen Paul Copoc (20)
71
Stephen Francis O'Neill (17)
24
Tracey Elizabeth Cox (23)
72
Jonathon Owens (18)
25
James Philip Delaney (19)
73
William Roy Pemberton (23)
26
Christopher Barry Devonside (18)
74
Carl William Rimmer (21)
27
Christopher Edwards (29)
75
David George Rimmer (38 )
28
Vincent Michael Fitzsimmons (34)
76
Graham John Roberts (24)
29
Thomas Steven Fox (21)
77
Steven Joseph Robinson (17)
30
Jon-Paul Gilhooley (10)
78
Henry Charles Rogers (17)
31
Barry Glover (27)
79
Colin Andrew Hugh William Sefton (23)
32
Ian Thomas Glover (20)
80
Inger Shah (38)
33
Derrick George Godwin (24)
81
Paula Ann Smith (26)
34
Roy Harry Hamilton (34)
82
Adam Edward Spearritt (14)
35
Philip Hammond (14)
83
Philip John Steele (15)
36
Eric Hankin (33)
84
David Leonard Thomas (23)
37
Gary Harrison (27)
85
Patrik John Thompson (35)
38
Stephen Francis Harrison (31)
86
Peter Reuben Thompson (30)
39
Peter Andrew Harrison (15)
87
Stuart Paul William Thompson (17)
40
David Hawley (39)
88
Peter Francis Tootle (21)
41
James Robert Hennessy (29)
89
Christopher James Traynor (26)
42
Paul Anthony Hewitson (26)
90
Martin Kevin Traynor (16)
43
Carl Darren Hewitt (17)
91
Kevin Tyrrell (15)
44
Nicholas Michael Hewitt (16)
92
Colin Wafer (19)
45
Sarah Louise Hicks (19)
93
Ian David Whelan (19)
46
Victoria Jane Hicks (15)
94
Martin Kenneth Wild (29)
47
Gordon Rodney Horn (20)
95
Kevin Daniel Williams (15)
48
Arthur Horrocks (41)
96
Graham John Wright (17)

Kejadian ini menyaksikan, perlawanan ini, ditanguhkan dan berlangsung pada tarikh baru pada 7 mei 1989 bertempat di Old Trafford, Manchester yang menyaksikan Liverpool menewaskan Nottingham Forest Fc dengan jaringan 3-1. Dan pada perlawanan akhir Liverpool menentang pasukan jiran kita iaitu Everton di Wembley Stadium, London- meyaksikan Liverpool menewaskan Everton dengan jaringan 3-2- Ian Rush menjadi wira Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan- dalam perlawanan 3 jaringan Liverpool dijaringakan oleh (Aldridge minit ke 4/ Rush minit ke 95 dan 104). 


Disini kami akan menyatakan sedikit kebenaran bagaimana boleh berlakunya budaya boikot The Sun dalam kalangan penduduk Liverpool. Dan rasanya anda semua pun dah tak larat nak baca entri yang yang terlalu panjang . Oleh itu akan kami lakukan dalam bentuk penjelasan dalam bentuk video yang dipetik dari You tube. Harap kawan-kawan sudah memahami segala penjelasan yang panjang lebar dari kami. Semoga semangat untuk menyokong Liverpool akan semakin menebal dalam diri kawan-kawan semua . YNWA...... 



Untuk menonton video-video berkenaan sila KLIK DISINI..



-BobDaron-

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger