Home » , , , , » Lagenda Budak Merah - Bahagian 11

Lagenda Budak Merah - Bahagian 11

Written By peminat liverpool on Sabtu, 21 April 2012 | 8:43 PTG


Salam dan selamat sejahtera. Kita lupakan sebentar cerita-cerita tak elok tentang Liverpool sekarang. Kita teruskan dengan kisah hidup Steven Gerrard. Kali ni aku nak kongsi cerita dia di EURO 2000! Hoyeah~ Siapa yang masih ingat lagi kejohanan ni? England tak menyerlah pun, tapi ini merupakan kejohanan besar pertama untuk Steven Gerrard di peringkat antarabangsa. Selamat membaca

Steven bermain untuk England pada tahun 2000 (Kredit : holymoly.com)
Lagenda Budak Merah – Bahagian 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10

Homesick

Mungkin ramai yang tak percaya benda ni tapi kapten kesayangan kita ni sebenarnya selalu homesick. Aku masih ingat lagi perasaan ni waktu masuk asrama dulu. Sampai waktu senja mula la rasa nak nangis. Nampaknya ada la persamaan aku dengan dia..heheh. Dia mula rasa rindu pada rumah sebaik sahaja pasukan England berangkat ke Belgium dan perasaan itu semakin kuat semasa mereka berhenti di Malta untuk perlawanan pemanas badan pada 3 Jun. Dia tidak tahu apa masalahnya. Dia akan berada dalam kejohanan berprestij dengan nama-nama terkenal seperti Thierry Henry, Alessandro Del Piero dan ramai lagi bintang-bintang benua Eropah tapi dia masih mahu pulang ke rumah No 10, Jalan Ironside, Huyton. Sebelum ini dia pernah meninggalkan keluarganya untuk bolasepak tapi biasanya hanya untuk seminggu. Tapi 5 minggu berjauhan dengan keluarga bagaikan hukuman penjara baginya.

Perutnya rasa tidak selesa. Dia ingin pulang bersama muka-muka yang dia kenal. Emak, ayah, Paul. Dia sangat rindukan rumahnya. Di bilik hotelnya di Spa, Belgium, dia duduk merenung ke luar. Pada mulanya dia tidak mahu memberitahu emak dan ayahnya kerana dia rasa malu. Dia seorang pemain profesional yang dibayar dan diberi peluang untuk mewakili England. Dia patut menghargai peluang ini. Dia juga ditemani rakan-rakan Liverpool seperti Michael Owen yang dikenali lebih 10 tahun dahulu. Tapi dia tidak mampu menghilangkan perasaan itu. Akhirnya dia menelefon rumah. “Saya tak nak berada di sini. Saya nak duduk bersama emak di rumah. Perut saya rasa tak sedap dan saya tak boleh tidur. Saya nak balik’. Adu Steven kepada emaknya. Mereka sangat risaukan Steven tapi mereka tidak mahu dia melakukan sesuatu yang akan merosakkan masa depannya. Seperti biasa, ayahnya tenang menasihatinya. “Steven, awak tak rindu apa-apa di sini. Selepas balik dua tiga hari awak akan mahu kembali ke Spa. Nikmati masa awak di sana”.

Kerinduan pada kampung halaman adalah sesuatu yang tak akan hilang daripada dirinya. Dia seorang yang suka berada di rumah dan bersama keluarga. Sehingga hari ini dia masih tidak suka bersendirian di bilik ketika bersama England. Tapi letak dia bersama keluarga dalam bilik itu dan dia boleh duduk di situ selama-lamanya. Dia bencikan kebosanan. Ketika berada di rumah pun dia tidak boleh bersendirian. Dia mesti akan menelefon sesiapa. Di Spa, FA England melakukan segala-galanya untuk memastikan pemain dan staf dalam keadaan selesa dan gembira. Ada meja snuker, ping-pong, arked permainan komputer dan golf 18 lubang! Pada mulanya dia memang menyendiri tapi personaliti Kevin Keegan memastikan yang semua pemain bergaul sesama mereka. Di sinilah Steven bermain snuker dengan Gary Neville dan berborak dengan Alan Shearer yang ditakutinya

Latihan

Sepertimana yang aku rasa semua orang dah tahu, Steven suka latihan. Waktu inilah perasaan rindunya pada rumah berkurang. Sebagai tambahan, dia mahu berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Salah satu ketika yang menyebabkan semua orang bercakap adalah sewaktu dia berebut bola dengan Gareth Southgate. Southgate melihta bola dan membuat terjahan seperti biasa dan mungkin dia menyangkakan yang Steven akan membiarkan sahaja bola itu. Dia silap. Untuk steven, terjahan sewaktu latihan adalah sama dengan terjahan waktu perlawanan sebenar. Bang!! Bunyi meletup kedengaran di padang. Bunyi yang kuat itu seperti bunyi pistol sehingga ada wakil pihak media yang tunduk berlindung  Keegan seperti biasa memuji Steven. “Itu menunjukkan komitmennya! Saya ingat bola itu akan dibawa keluar menggunakan pengusung!”

Portugal vs England
Nuno Gomes melengkapkan hukuman keatas England (Kredit : laman rasmi UEFA)
Steven berada di padang sebelum perlawanan bermula. Memanaskan badan bersama pemain lain. Stadium PSV itu penuh dengan penyokong tapi dia nampak kelibat ayahnya di tempat duduk penyokong. Dia melihat kiri dan kanan sebelum dia berlari selaju mungkin dan kemudian bersalam dengan ayahnya. “Selamat berjaya”. Kata ayahnya kalau-kalau dia main nanti. Tapi Steven yakin yang dia tak akan main. Dia di bangku simpanan ketika melihat Scholes dan McManaman menjaringkan 2 gol untuk England! Dia teruja. Dia berdiri dan bersorak kepada McManaman, Owen dan Ince. “Dapatkan gol ketiga! habiskan mereka!”. Waktu itu dia dah bayangkan suasana dalam bilik persalinan dan dalam perjalanan balik. Semua tersenyum, bergelak ketawa dan memikirkan perlawanan akhir kejohanan itu.

Tapi kemudian segala-galanya bertukar. England semakin tenggelam. Mereka tak dapat menangani hantaran-hantaran bijak pemain Portugal. Figo sangat hebat ketika itu. Pemain Portugal tidak mahu mengalah. Steven tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Semuanya tak masuk akal. Sama seperti ketika QPR menjaringkan 3 gol ketika ketinggalan 2-0 kepada Liverpool tempoh hari. England dah mendahului dan mereka ada pemain seperti Shearer, Beckham dan Scholes! Kepercayaan itu ada tapi akhirnya hilang. Tony Adams yang biasanya mantap pun membuat kesalahan. Figo dan Pinto menjadikan kedudukan 2-2! Dan pada minit ke-60 Nuno Gomes menjaringkan gol kemenangan. Selepas perlawanan dia menyaksikan pemain yang dikagumi dalam liga perdana duduk tersandar kekecewaan. Dia mula ragu-ragu tentang kebolehannya. Steven menggambarkan suasana ketika itu seperti dalam rumah mayat.

Wiki | Laporan Perlawanan

England vs Jerman
Alan Shearer menjaringkan gol tunggal di awal permainan (Kredit : Laman Rasmi UEFA)
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari perlawanan menentang Portugal, Keegan mendekati Steven dan Gareth Barry. “Saya berharap kamu belajar daripada semua ni. Kamu akan terlibat dengan kejohanan ini nanti”. “Yelah tu”. Kata Steven dalam hati. Dia yakin dia hanya di sana untuk melengkapkan pasukan. Perlawanan seterusnya adalah menentang Jerman dan dia berdoa yang Keegan akan memilihnya untuk perlawanan itu. Perlawanan menentang Jerman adalah seperti Liverpool menentang Everton tapi dalam skala yang lebih besar. England perlu menang jadi tak mungkin ada tempat untuk Steven.

Sebelum perlawanan dia berjumpa dengan Didi Hamann, rakan sepasukannya di Liverpool. Dia sempat bertanya Steven adakah dia akan berpeluang untuk bermain dalam perlawanan itu. “Tak ada langsung”. Sewaktu memanaskan badan dan waktu rehat pun dia tidak pernah terfikir yang dia akan bermain. Shearer menjaringkan gol 8 minit selepas perlawanan separuh masa kedua dimulakan. Impian EURO 2000 England kembali bersinar. Tapi adakah England mampu bertahan? Steven nampak Keegan membisikkan sesuatu kepada pembantunya yang kemudian menjerit kepadanya. “Pergi panaskan badan!”. Dia memanaskan badan macam orang gila. Memastikan semua ototnya bersedia untuk 30 minit yang tinggal. Dia masuk menggantikan Michael owen. Tindakan berani oleh Keegan.

Steven beraksi menentang Jerman (Kredit : mirrorfootball)
Sebelum masuk, Keegan meletakkan tangannya disekeliling Steven. “Buat apa yang kamu buat untuk Liverpool. Main dengan disiplin. Pegang bola. Hentikan serangan Jerman….dan Steven…nikmati juga perlawanan ini”. Ayat yang tak akan dilupakan oleh Steven sepanjang hayatnya. Jerman ketika itu penuh dengan pemain hebat. Oliver Kahn sebagai penjaga gol. Markus Babbel dan Ziege dibahagian pertahanan. Penyerang besar seperti Carsten Jancker dan pemain licik, Mehmet Scholl. “Jaga Scholl!”. Arah Keegan. Steven memang menantikan peluang untuk menguji dirinya dengan menjaga Scholl. Walaupun tak menjangkakan dia akan main, dia tetap melihat video permainan Jerman untuk mengenalpasti pemain berbahaya mereka.

Dia membuat terjahan setiap kali Scholl mendapat bola. Dia tahu pasukan Jerman ini tak akan menyerah dengan mudah. Lebih-lebih lagi dengan adanya Didi Hamann di bahagian tengah. Tapi walaupun sepatutnya menjadi musuh di atas padang, Didi masih lagi sempat memberikan sokongan kepada Steven. “Teruskan buat apa yang awak buat”. “Bertenang Stevie. Buat apa yang awak biasa buat”. Kata Didi ketika Steven mendekatinya atas padang dan mengadu dia sedang gugup. Beberapa ketika selepas itu Didi membawa bola melepasinya. “Itu tak pernah pun berlaku ketika di Liverpool!” Dia mengejar dan membuat terjahan. Bang! Didi terjatuh dan melaungkan sesuatu dalam Bahasa Jerman. Selepas perlawanan, Steven mengatakan kepada media yang Didi meraung seperti budak perempuan. Sesuatu yang dikesali Steven. Dia masih ingat setiap perbincangan mereka di atas padang setiap kali dia melihat baju Didi yang tergantung di rumahnya. Baju yang ditukar dengan Didi selepas habis perlawanan itu.

Stevie dengan baju Didi
England berjaya mempertahankan gol tunggal mereka dan Steven dianggap sebagai hero malam itu. Di bilik persalinan dia dipeluk Keegan yang sedang menangis kegembiraan. Semua mengucapkan tahniah kepadanya. Dia kemudian menelefon bapanya. “Persembahan itu merupakan hadiah hari bapa yang paling bermakna sekali”. Kata ayahnya dihujung talian. Nada bangga yahnya ketika itu sudah cukup bermakna buat Stevie.

Wiki

England vs Romania
Shearer ketika menentang Romania (Kredit : shearer9.com)
Sebelum perlawanan menentang Romania, tempat Paul Ince dalam pasukan dikatakan paling goyah sekali kerana dia nampak penat dalam 2 perlawanan pertama England. Jadi Steven mahu berlatih bersungguh-sungguh untuk meyakinkan Keegan untuk memilihnya. Turun sahaja dari bas dia berlari dengan laju di padang dan ketika itulah dia merasakan sesuatu di betisnya. Dia tidak memanaskan badan dengan betul! Disebabkan khabar angin dan cakap-cakap yang dia dengar daripada beberapa pemain yang dia akan berada dalam kesebelasan utama menentang Romania nanti, dia tidak memberitahu fisio dan pengurus.

Dia terus berlari dengan bersungguh-sungguh ketika latihan untuk menyembunyikan kesakitannya kerana dia tahu dia akan lebih ‘sakit’ sekiranya dia terlepas perlawanan menentang Romania. Dia turun awal ke ruang makan kerana tak mahu pemain lain nampaknya berjalan terhencot-hencot. Kemudian dia turun ke bilik rawatan dengan harapan fisio England boleh tengok-tengokkan kakinya. Tapi dia berpatah balik kerana Alan Shearer, Tony Adams  dan Gary Neville berada di situ. Dia menelfon bapanya dan mengadu. Ketika itulah dia mendengar bunyi ketukan di pintunya. “Pergi berambus!” Jeritnya kepada orang yang disangkakan tukang cuci. “Tunggu kejap ayah. Saya nak halau tukang cuci”

Dia membuka pintu dan ketika itu dia terkejut melihat Kevin Keegan berdiri di hadapannya. “Sila masuk bos”. Mereka duduk berhadapan di meja kecil. Keegan tersenyum.
“Kamu dalam kesebelasan utama esok”.
“Tidak! Jangan cakap ayat tu”. Steven terperangkap. Dia terpaksa memberitahu perkara sebenar. “Terima kasih bos. Tapi saya ada perkara nak beritahu”. Keegan nampak keliru.
“Saya telah cederakan betis saya”.
“Apa?! Kenapa tak beritahu?”. Keegan tak percaya apa yang didengarnya.
“Bos, saya nak main sangat perlawanan esok, dan saya dah turun ke bilik rawatan tapi fisio tak ada di situ. ” Steven menerangkan.
“Terima kasih kerana beritahu. Saya hargainya”. Dia tahu yang Steven sangat-sangat kecewa.
“Maaf bos…”

Keegan mahu menanggung segala-galanya. Dia akan mendedahkan yang Steven telah memberitahunya tapi dia yang mahu melihat keadaannya dulu sebelum menghantarnya ke fisio. Dalam perlawanan menentang Romania, Keegan meletakkan Steven di bangku simpanan lengkap dengan pakaian. Dia tidak mahu pihak media tahu yang dia cedera. Dia tahu pihak media akan mengutuk pemain muda yang cedera itu. Steven menghargai apa yang Keegan lakukan ketika itu. Keegan hanya memberitahu media yang mereka meletakkan Steven di bangku simpanan sebagai langkah berjaga-jaga. England kalah 3-2 kepada Romania. Maka berakhirlah penampilan pertama Steven dikejohanan besar.

Tapi yang pasti, semua yang melihatnya main ketika itu yakin dia mempunyai potensi dan kemahiran untuk terus bermain dengan England dan mungkin suatu hari nanti menjadi kapten England..walaupun dia baru bermain selama 30 minit

Wiki

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 12



Credit untuk : redderscreepers
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger