Home » , , , , » Norwich City 0-3 Liverpool

Norwich City 0-3 Liverpool

Written By peminat liverpool on Ahad, 29 April 2012 | 4:59 PTG

Perlawanan malam tadi adalah malam milik penyerang Liverpool Luis Suarez. Beliau adalah wira pasukan apabila berjaya menghasilkan jaringan hattrick untuk memberi kemenangan mutlak kepada Liverpool 3-0 menewaskan Norwich City di Carrow Road.

Walaupun kemenangan ini tidak mengubah kedudukan Liverpool di tangga ke-8, tetapi ia cukup bermakna bagi pasukan dan peminat setia selepas dilanda duka pada perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Apatah lagi sebagai persediaan pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA minggu hadapan, ia menjadi tonic untuk menguatkan barisan pemain yang selama ini tenggelam akibat ketandusan jaringan gol.


Pada perlawanan ini, Dalglish telah membuat sedikit rombakan pada kesebelasan pemainnya. Tidak menurunkan Carroll, Skrtel dan Spearing, Dalglish telah menguji beberapa gandingan muka baru dan lama untuk mencari persefahaman yang lebih jitu. Carragher berpasangan dengan Agger, sementara Gerrard kembali diturunkan selepas pulih dari kecederaan untuk digandingkan dengan Jonjo Shelvey. Sememangnya diawal-awal perlawanan, kita disaksikan perlawanan bosan dari kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan nampak lebih berhati-hati untuk membuat serangan walaupun perlawanan masih lagi dikuasai oleh Liverpool walaupun tidak sepenuhnya.


Tetapi itulah yang saya perkatakan sebelum ini. Membuat perancangan untuk menyerang dengan lebih bersistematik, sudah pasti dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding membuat serangan secara melulu. Mungkin sudah tuah Suarez, 2 rembatan derasnya pada separuh masa pertama telah berjaya menghasilkan 2 jaringan. Tetapi sudah pasti gol ke-3 nya menjadi bualan hangat peminat-peminat bolasepak. Percubaan ala-ala Xabi Alonson dari kawasan berhampiran bulatan tengah padang, Suarez membuat sepakan terus jarak jauh dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Norwich John Ruddy. Memang terbaik aksi beliau malam tadi.


Selepas ini, sebelum menuju ke aksi akhir di Wembley, Liverpool sekali lagi berpeluang untuk menguji kemampuan sebenar pasukannya apabila akan melengkapkan jadual perlawanan ke 36 di Anfield untuk menentang pasukan bimbingan Martin Jol Fulham. Diharap perlawanan yang akan dilangsungkan pada awal pagi Rabu nanti Liverpool memperolehi kemenangan lagi untuk menjamin moral dan semangat yang kental menuju ke Wembley. YNWA..



Video Highlight Perlawanan



Norwich City vs Liverpool 0-3 (04/18/12) by kofiswag



Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger