Mampukah malam ini anak2 buah Dalglish bangkit dari kekecewaan yang terus melanda skuad Liverpool di penghujung musim ini. Menantikan kunjungan bekas pasukan Stewart Downing Aston Villa ke Stadium Anfield, diharapnya Liverpool mampu menghapuskan badi kekalahan yang membelenggu pasukan sehingga kini.
Mengharungi 4 perlawanan dengan kekalahan, ia memberi satu tamparan hebat kepada Dalglish mengenai percaturan yang sering diguna pakaikan sehingga kini. Liverpool antara salah sebuah pasukan yang digeruni pada awal musim, tiba2 menjadi pasukan belasahan oleh pasukan2 kelas bawahan. Apakah sebenarnya yang membelenggu pasukan kendalian Dalglish ini?
Pertembungan pada awal musim lalu di Villa Park telah pun dimenangi oleh Liverpool dengan 0-2 melalui jaringan Bellamy. Tetapi itu cerita di awal musim disaat Liverpool sedang mantap. Kini rekod berkenaan tidak lagi boleh diterima oleh akal. Mampukah pemain2 Liverpool mengubah nasib malang yang terus melanda pada malam ini. harap2 3 mata penuh mampu dimiliki untuk menjadi penawar kecerian kepada peminat2 yang sudah mula bosan dengan tektik Dalglish.
Apapun malam ini buat pertama kalinya kelibat Doni sebagai penjaga gol di barisan utama akan menjadi kenyataan setelah ketiadaan Reina yang digantung 3 perlawanan selepas mendapat kad merah dalam pertembungan dengan Newcastle lalu. Mungkin tuah Doni lebih bagus dari Reina yang semakin kita kecam2 ini. Mudah2an menjadi kenyataan adanya. YNWA
Saksikan siaran Langsung perlawanan ini di :
CHANNEL : ASTRO ESPN (812) / ESPN HD (832)
TARIKH : Saturday - 07 April 2012
K.O : 10:00 PM
-SG-
Preview : Liverpool vs Aston Villa
Written By peminat liverpool on Sabtu, 7 April 2012 | 5:21 PTG
Label:
BERITA,
LIVERPOOL,
PREMIER LEAGUE,
PREVIEW
Catat Ulasan