Home » , , , , , , » UEFA Cup 12/13 (play-off 1st) - Heart 0-1 Liverpool

UEFA Cup 12/13 (play-off 1st) - Heart 0-1 Liverpool

Written By Unknown on Jumaat, 24 Ogos 2012 | 11:17 PTG


Dengan merehatkan beberapa pemain seperti Steven Gerrard, Lucas Leiva, Luis Suarez, Martin Skrtel dan Glen Johnson untuk persediaan perlawanan Epl menentang Manchester City Ahad nanti, Liverpool berjaya juga untuk meraih kemenangan dalam pusingan pertama play-off. Menang 1-0 menentang pasukan dari Scotland Heart Of Midlothian ini walaubagaimanapun masih belum memberi keputusan selamat menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Anfield pula pada minggu hadapan.

Pada perlawanan ini, Brendan Rodgers lebih memberi peluang kepada tenaga-tenaga muda untuk diserapkan dalam kesebelasan utama dalam memberi pendedahan menjelang jadual padat yang akan diharungi musim ini. Mungkin kita sedikit hampa dengan mutu permainan yang dipamerkan. Borini masih lagi dalam proses penyesuaian. Ramai yang kecewa dengannya apabila gagal menyudahkan peluang depan mata apabila sepakannya hanya menyinggahi tiang gol. Pujian sebenarnya harus diberikan kepada Raheem Sterling kerana nampak kesungguhannya dalam mencipta serangan. Ia diikuti dengan kehadiran Joe Allen pada separuh masa kedua telah menjadikan barisan serangan nampak lebih bermaya.

Gol liverpool terhasil dari kesilapan pertahanan Heart yang telah menjaringkan gol sendiri dikala hantaran Martin Kelly gagal dikuis oleh Borini. Itulah sebenarnya yang sedikit menghampakan kita lagi kerana pemain Liverpool sendiri gagal untuk menyudahkan peluang yang terhidang. Apa pun yang penting ada bekalan yang sedikit memudahkan menjelang perlawanan kedua nanti. Semoga Liverpool mampu dan terus kehadapan dalam musim 2012/2012 ini. YNWA

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger