Salam dan selamat sejahtera. Minggu ni merupakan minggu ke-4 slot Lagenda Budak Merah mengisi ruangan blog aku ni. Alhamdulillah ramai juga yang sambut baik usaha aku untuk kongsikan kisah hidup Steven Gerrard ni. Untuk yang berminat boleh dapatkan di MPH atau mana-mana kedai buku yang besar. Kalau korang rasa tak sedap cerita ni mungkin sebab aku tak berapa mahir olah cerita dia…bukan sebab buku ni tak menarik. Serius. Aku akan cuba baiki cara penulisan aku dari sehari ke sehari. Kepada yang terlepas bahagian-bahagian sebelum ni boleh klik link di bawah.
Aku sambung sikit cerita Steven dan permulaannya di Liverpool. Pada penghujung musim B-16 tahun, semua pemain akan masuk ke pejabat untuk mengetahui nasib mereka samada mendapat kontrak YTS (Youth Trainee Scheme) atau tidak. Steven tak perlu masuk pun kerana dia dah tahu lebih awal. Dia dah buat perjanjian dengan Steve Heighway berkenaan kontraknya. £50 seminggu. Banyak tu!!! Untuk budak berumur 17 tahun dapat lebih kurang RM1000 sebulan..Perggh! Lebih-lebih lagi dibayar untuk buat benda yang memang jadi minat sejak kecil.
Sewaktu tahun awalnya di Liverpool sebagai pelatih, dia mempunyai beberapa orang kawan iaitu John Boggan (Boggo), Neil Gregson (Greggo), Ian Dunbavin (Bavo), Stephen Wright (Wrighty), Matty Cass (Cass) dan Michael Owen. Memandangkan akademi baru di Kirkby belum siap waktu, mereka menghabiskan 12 bulan pertama mereka di Melwood. Jadi hari-hari mereka melihat bintang pujaan mereka berlatih di Melwood. Salah satu tugas pelatih adalah tunggu di luar bilik persalinan untuk mendapatkan tandatangan pemain atas baju, bola atau gambar untuk dihantar ke hospital atau jualan amal. Bayangkan kalau kita dapat bersua dengan Fowler…McManaman…John Barnes…huhu..mau gigil lutut aku. Tapi kali ni aku nak bercerita tentang tradisi mereka-mereka yang bergelar budak YTS.
Aku rasa ramai yang tahu apa kan jadi apabila sekumpulan budak lelaki berumur 16/17 tahun duduk bersama. Ya. Sama seperti situasi di asrama, mereka banyak membuat kecoh di Melwood. Steven biasanya menutup lampu bilik persalinan dan semua faham dengan sendiri yang peperangan akan bermula. Mereka mula memukul satu sama lain dengan tuala. Mereka juga pernah menyerang hendap seorang staf di situ iaitu Don yang berusia hampir 50 tahun. Sebaik sahaja dia masuk, mereka akan memadam lampu dan mula membaling tuala, baju dan kasut kearah Don. Satu hari Greggo baling kasut tepat mengenai kepala Don. Lampu!!!!! Jerit Don. Masing-masing dengan muka takut melihat benjol besar di kepala Don. Tapi Don hanya menjerit dan memarahi mereka. Dia tak pernah melaporkan kepada Roy Evans, pengurus Liverpool waktu itu. Dia tahu yang mereka hanyalah budak-budak.
Satu lagi permainan yang mereka sering main ialah “Chinese Whisper”. Chinese Whisper sekiranya diterjemahkan secara kasar bermaksud bisikan Cina..heheh…tak boleh kot terjemah secara langsung macam…aku pun tak pasti kenapa nama permainan tu begitu tapi caranya begini. Mereka akan duduk dalam kumpulan dalam keadaan gelap. Orang pertama akan bisik kepada orang sebelah mereka apa-apa kutukan mereka kepada kawan yang lain. Dan orang yang mendengar tadi perlu meingingati kutukan itu dan menambah kutukannya sendiri untuk dibisikkan kepada orang sebelah. Orang yang terakhir akan menyebut semula semua kutukan tersebut satu-persatu. Dengan cara ini mereka dapat mengutuk sesama mereka tanpa mendedahkan identiti mereka…hahah…kiranya macam main radio berkarat tapi ganti ayat tu dengan kutukan. Menarik!
Selain daripada main serang hendap dan Chinese Whisper, mereka juga sering mengenakan satu sama lain dengan memotong stoking, mengikat mati tali kasut, dan macam-macam lagi. Seperti biasa pasti akan ada yang tak puashati. Ada sekali mereka bermain bola 2 sebelah menggunakan stoking yang digumpal dan dimasukkan kedalam stoking lain. Michael buat muka jahat…dia berniat untuk merembat bola itu kea rah seseorang. Mangsa ketika itu, Roy Naylor. Dia merembat dan terus duduk mengikat tali kasut. Rembatannya tersasar. Bola tadi mengenai Adriano Rigoglioso. Cass gelak terbahak-bahak dan melihatnya begitu, Adriano terus bergaduh dengan Cass. Mereka bertumbuk. Michael panik. “Aku dah cetuskan pembunuhan!” Tapi esoknya Michael memberitahu Adriano yang dia bersalah dan mereka berdamai.
Kesetiaan merupakan kod yang tak boleh dilanggar dalam bilik persalinan YTS. Sekiranya ada yang bergaduh ia akan berakhir dengan yang lain menyuruh mereka berdamai dan bersalam. Mereka tak akan sesekali melaporkan perkara sebegini kepada staf Liverpool. Aku rasa inilah antara sebab dah lama tiada pemain yang hebat keluar daripada akademi. Steven sendiri mengakui yang pelatih sekarang pemalu dan tidak seperti mereka dulu. Tradisi YTS sudah hilang daripada akademi. Mungkin dengan adanya pemain muda daripada serata dunia mereka akan berusaha lebih keras untuk mengenali satu sama lain dan menghidupkan kembali tradisi YTS. Atau mungkin perlu ada watak seperti Steven yang perlu diletakkan di akademi untuk membimbing mereka. Apapun, ianya perlu dilakukan sekarang kerana Liverpool sangat-sangat memerlukan Michael Owen dan Steven Gerrard yang berusia 17 tahun. YNWA.
Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 5
Credit untuk : redderscreepers
Home »
LAGENDA
,
LAGENDA BUDAK MERAH
,
LIVERPOOL
,
SEJARAH
,
STEVEN GERRARD
» Lagenda Budak Merah - Bahagian 4
Lagenda Budak Merah - Bahagian 4
Written By peminat liverpool on Selasa, 10 April 2012 | 8:57 PTG
Label:
LAGENDA,
LAGENDA BUDAK MERAH,
LIVERPOOL,
SEJARAH,
STEVEN GERRARD
Catat Ulasan