Disebalik kesengsaraan pemain2 Liverpool bermain 10 orang selama 65 minit, akhirnya Adrew Carroll muncul sebagai wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit2 terakhir perlawanan ketika menentang Blackburn awal pagi tadi. Kemenangan 2-3 yang cukup berharga bagi Liverpool untuk menaikkan lagi moral menjelang perlawanan separuh akhir piala FA Sabtu nanti.
Seperti yang saya katakan pada preview sebelum ini, Dalglish telah menurunkan kesebelasan pemain2 simpanan yang majoritinya dikuasai oleh tenaga muda. Flanagan, Coates, Spearing, Shelvey, Henderson dan Carroll adalah pemain2 muda yang telah membalas kepercayaan yang diberi untuk meraih kemenangan. Dengan ketiadaan Gerrard, Suarez, Kuyt dan Downing yang direhatkan sebenarnya tiada masalah bagi pemain2 muda ini membuktikan kemampuan mereka.
Liverpool berjaya mendahului 2 gol melalui jaringan Maxi Rodriguez seawal minit ke 13 dan 16. Gol pertama bermula dari gerakan balas yang pantas dicipta oleh Bellamy sebelum menghantar bola kepada Maxi untuk disudahkan. Gol kedua pula berpunca dari gerakan Shelvey yang cuba membuat percubaan sebelum terhalang. Bagaimanapun bola tersebut pantas disambar oleh Carroll untuk menyusuli percubaan kedua tetapi bola berkenaan terus tiba dihadapan Maxi untuk beliau juga menyudahkannya.
Seperti malang Liverpool akan bermula, Doni yang cuba menyelamatkan bola, dilayangkan kad merah akibat terjahannya terhadap David Hoilett dalam kotak penalti. Keadaan ini berpunca apabila Flanagan gagal menghantar kemas bola kepada Doni sebelum disambar oleh Yakubu. Dlaglish terpaksa mengeluarkan Flanagan untuk digantikan Brad Jones. Kemunculan Jones berjaya menangkap kemas sepakan penalti Yakubu untuk mengekalkan kedudukan 0-2. Walaubagaimanapun Yakubu berjaya menebus kegagalan tersebut apabila berjaya menanduk masuk untuk menjadikan kedudukan 1-2 pada minit ke 36.
Separuh masa kedua, Blackburn terus menggunakan kesempatan menentang pasukan yang bermain 10 orang ini dengan mencipta beberapa serangan merbahaya. Hasilnya kesilapan Brad Jones yang gagal menyepak kemas bola terkena badan Yakubu sebelum diselamatkan kembali olehnya dari masuk gawang. Tetapi ia tidak habis disitu, dalam keadaan kelam kabut, Brad Jones pula dipersalahkan oleh pengadil kerana menolak Yakubu untuk memberikan Blackburn penalti kedua. Kali ini Yakubu tidak mempersiakan sepakan tersebut untuk menyamakan kedudukan 2-2.
Disaat perlawanan bakal berkeputusan seri, Andrew Carroll muncul menjadi wira apabila berjaya membuat tandukan terbang untuk menewaskan Robinson. Gerakan yang dimulakan oleh Coates di tengah padang terus menghantar bola kepada Agger dalam kotak penalti untuk membuat tandukan tipis sebelum disambung oleh Carroll. Begitulah semangat tenaga2 muda kita yang sukar dimiliki oleh pemain2 senior ketika ini. Sikap beginilah yang sepatutnya dicontohi oleh pemain senior menjelang pertemuan dengan Everton nanti.
Diharap dalam menghabiskan sisa2 perlawanan liga nanti, Dalglish akan terus menurunkan pemain2 muda ini untuk persiapan pasukan menjelang musim baru nanti. YNWA...
-SG-
Blackburn 2-3 Liverpool
Written By peminat liverpool on Rabu, 11 April 2012 | 12:13 PTG
Label:
BERITA,
KEPUTUSAN,
KEPUTUSAN BPL,
LIVERPOOL,
PREMIER LEAGUE
Catat Ulasan