Latest Post

Norwich City 0-3 Liverpool

Written By peminat liverpool on Ahad, 29 April 2012 | 4:59 PTG

Perlawanan malam tadi adalah malam milik penyerang Liverpool Luis Suarez. Beliau adalah wira pasukan apabila berjaya menghasilkan jaringan hattrick untuk memberi kemenangan mutlak kepada Liverpool 3-0 menewaskan Norwich City di Carrow Road.

Walaupun kemenangan ini tidak mengubah kedudukan Liverpool di tangga ke-8, tetapi ia cukup bermakna bagi pasukan dan peminat setia selepas dilanda duka pada perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Apatah lagi sebagai persediaan pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA minggu hadapan, ia menjadi tonic untuk menguatkan barisan pemain yang selama ini tenggelam akibat ketandusan jaringan gol.


Pada perlawanan ini, Dalglish telah membuat sedikit rombakan pada kesebelasan pemainnya. Tidak menurunkan Carroll, Skrtel dan Spearing, Dalglish telah menguji beberapa gandingan muka baru dan lama untuk mencari persefahaman yang lebih jitu. Carragher berpasangan dengan Agger, sementara Gerrard kembali diturunkan selepas pulih dari kecederaan untuk digandingkan dengan Jonjo Shelvey. Sememangnya diawal-awal perlawanan, kita disaksikan perlawanan bosan dari kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan nampak lebih berhati-hati untuk membuat serangan walaupun perlawanan masih lagi dikuasai oleh Liverpool walaupun tidak sepenuhnya.


Tetapi itulah yang saya perkatakan sebelum ini. Membuat perancangan untuk menyerang dengan lebih bersistematik, sudah pasti dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding membuat serangan secara melulu. Mungkin sudah tuah Suarez, 2 rembatan derasnya pada separuh masa pertama telah berjaya menghasilkan 2 jaringan. Tetapi sudah pasti gol ke-3 nya menjadi bualan hangat peminat-peminat bolasepak. Percubaan ala-ala Xabi Alonson dari kawasan berhampiran bulatan tengah padang, Suarez membuat sepakan terus jarak jauh dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Norwich John Ruddy. Memang terbaik aksi beliau malam tadi.


Selepas ini, sebelum menuju ke aksi akhir di Wembley, Liverpool sekali lagi berpeluang untuk menguji kemampuan sebenar pasukannya apabila akan melengkapkan jadual perlawanan ke 36 di Anfield untuk menentang pasukan bimbingan Martin Jol Fulham. Diharap perlawanan yang akan dilangsungkan pada awal pagi Rabu nanti Liverpool memperolehi kemenangan lagi untuk menjamin moral dan semangat yang kental menuju ke Wembley. YNWA..



Video Highlight Perlawanan



Norwich City vs Liverpool 0-3 (04/18/12) by kofiswag



Dalglish : Pintu terbuka untuk Aquilani kembali

Written By peminat liverpool on Jumaat, 27 April 2012 | 11:41 PTG

Status pemain pinjaman yang dipikul oleh Alberto Aquilani di AC Milan masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Menurut perjanjian pinjaman, AC Milan boleh untuk terus memiliki Aquilani secara tetap sekiranya tempoh satu tahun pinjaman yang berakhir pada musim panas ini nanti tamat.

Tetapi hari ini, Dalglish telah menyatakan bahawa kesediaannya untuk menerima semula Aquilani kembali ke Anfield, sekiranya AC Milan tidak berminat lagi untuk memiliki pemain ini. Menurut Dalglish, pemain ini tetap masih pemain Liverpool dan tiada masalah untuk Liverpool menerimanya kembali.

Kata Dalglish lagi, "Sememangnya kita tidak mengetahui berapa banyak permainan yang disertai oleh Aquilani dan juga perkembangan terkini di AC Milan. Tetapi segalanya mungkin akan berlaku hanya kita tunggu dan lihat sahaja".

Aquilani yang dibawa masuk oleh Rafa Banitez melalui tempoh sukar di Anfield akibat kecederaan yang melanda membuatkan beliau telah di pinjamkan ke Juventus pada musim lalu. Sebelum dipinjamkan semula ke AC Milan pada musim ini, ramai peminat mula teruja dengan aksi beliau ketika aksi pra musim ini. Ramai yang mengharapkan beliau akan kembali menjadi pemain dalam skuad utama. Tetapi malangnya akibat sudah terlalu ramai pemain midfield yang dimiliki, Dalglish terpaksa juga untuk meminjamkannya ke AC Milan.

Siapa tahu, mungkin dengan sekembalinya nanti ke Anfield dapat memberi sesuatu yang luar biasa kepada pasukan Liverpool. Tunggu....

-SG-

Preview : Norwich City vs Liverpool


Tengah malam esok, Liverpool akan bertandang ke Carrow Road untuk menentang skuad tuan rumah Norwich City. Perlawanan ke 35 dalam pertandingan liga Premier musim ini sebenarnya tidak memberi sebarang erti bagi Liverpool melainkan untuk meningkatkan stamina menjelang perlawanan akhir FA Cup nanti.

Seminggu tanpa perlawanan, kita dihidangkan dengan perlawanan piala Eropah yang menyaksikan tersungkurnya 2 wakil  dari Sepanyol. Bukanlah saya disini ingin mengulas mengenai perlawanan Eropah tersebut, tetapi corak permainan yang dipertontonkan oleh pasukan Sepanyol terbabit ada persamaannya dengan Liverpool seperti yang saya ceritakan sebelum ini (klik sini). Sehingga kini, corak permainan sedemikian terus menjadi mainan dalam kotak fikiran saya ini.


Sewaktu dulu kita amat berbangga dengan pasukan Norwich ini apabila di jersi mereka terpampang jenama Lotus dan Proton. Malangnya selepas setahun tajaan tersebut, pasukan ini terjerumus ke liga divison bawahan. Musim ini mereka kembali lagi ke liga Premier dan perlawanan mereka menentang Liverpool di Anfield berkesudahan dengan seri 1-1. Jika kita kaji rekod perlawanan ketika itu, walaupun Liverpool mempamerkan aksi yang memberansangkan, tetapi posisi bola masih boleh dikirakan seimbang. Mungkin hanya disebabkan nasib yang tidak menyebelahi ketika itu akibat bola lebih banyak terkena palang dan tiang gol. Disitu kita dapat lihat Norwich ini sebenarnya adalah pasukan yang lebih memperkenalkan tektik bertahan dan akan menyerang apabila ada peluang sama seperti yang berlaku ketika perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Jadi apakah persediaan pasukan Liverpool untuk perlawanan ini.


Dalam melalui sisa-sisa penghujung musim, Dalglish sepatutnya mengubah sedikit corak permainan sedia ada dimana sikap kegopohan dalam aksi menyerang dan kegagalan untuk kembali mempertahankan kubu perlu ditekankan dan diperkemaskan lagi. Teknik banyak membuat hantaran lintang mencari kepala Carroll sebenarnya adalah tektik yang dianggap sudah tidak sesuai diguna pakai. Ini kerana kebayakan pasukan yang kita temui, mereka sudah dapat membaca tektik lapuk Liverpool ini dan akibatnya mereka mudah untuk mematahkan segala serangan yang dicipta oleh pemain kita dan segera membuat tindak balas untuk membuat jaringan hasil dari serangan pantas. Jadi keputusan untuk terus melakukan serangan yang kurang berkesan sebenarnya banyak mengundang padah ketika bertemu pasukan yang mempamerkan aksi bertahan. Itu sebabnya kita selalu hampa apabila bertemu pasukan bawahan dan berjaya apabila menentang pasukan atasan yang juga mempamerkan aksi menyerang.

Pokok pangkalnya, saya masih mengharapkan Dalglish untuk terus menurunkan tenaga-tenaga muda menjadi kesebelasan utama esok. Selain Spearing dan Henderson, saya sangat berharap Dalglish dapat menurunkan kesebelasan seperti ketika menentang Blackburn lalu. Kita nampak kemajuan serta semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemain-pemain ini dan ini adalah antara perkembangan positif dalam proses mencetak pemain-pemain muda yang berkualiti untuk jangka masa panjang. Selain memberi peluang kepada pemain muda, ia juga dapat memberi rehat yang cukup untuk menjamin kecergasan 100% kepada skuad utama menjelang pertemuan dengan Chelsea minggu hadapan nanti. Menang 1-0 sudah memadai, kalau dapat lebih itu adalah lebih baik. YNWA...


-SG-

Live Viewing - fINAL FA Cup 2012 (D'stall Corner)

Written By peminat liverpool on Khamis, 26 April 2012 | 11:53 PG


FA CUP FINAL- LIVERPOOL vs CHELSEA



LIVE VIEWING AT D'STALL CORNER - Iklan sudah berada dalam akhbar NEW STRAITS TIMES. Dengan membeli surat khabat NST, anda boleh REDEEM tiket (tertakluk pada terma dan syarat) untuk menyaksikan Live Viewing Final FA Cup di D'stall Corner yang akan diadakan pada 5 May 2012 (Sabtu). Tiket ini adalah terhad untuk seribu orang sahaja. Siapa cepat dia dapat.

Beli Paper New Straits Times Sambil Membaca Boleh Redeem Tiket (  tertakluk pada terma dan syarat ).. Anda dikehendaki mengumpulkan 10 muka hadapan akhbar NSTP - Hanya potong keratan yang tertera nama NEW STRAITS TIMES beserta tarikh terkini sahaja. Anda boleh mengumpulkan setiap hari 1 keratan akhbar NSTP ataupun mengumpul sekaligus 10 keratan dalam masa 1 hari. Sebagai contoh, jika anda boleh dapat 10 keping surat khabar NSTP dalam masa 1 hari dan potong keratan muka hadapan yang tertera nama NEW STRAITS TIMES. Simpan 10 keping dan anda boleh radeem 1 tiket di D'stall Corner.

Contoh keratan yang betul

Anda boleh mula kumpulkan mulai dari surat khabar sekarang sehingga sebelum tarikh perlawanan Final FA Cup. Siapa yang dapat kumpulkan 10 keping dalam masa terdekat peluang anda untuk mendapatkan tiket percuma sangatlah cerah.

Bagi yang Malas sangat nak membaca..WALK IN ke D'stall Corner Terus Beli Tiket.. Tiket-tiket berharga RM 12 setiap satu. Jom serbu D'stall Corner.


Jumpa anda disana ya....



-SG-

Video percubaan pemain Liverpool 30 kali kena tiang

Berikut ini adalah video antara punca utama kegagalan pemain2 Liverpool gagal untuk menjaringkan gol. Video Youtube selama 4:03 minit ini memaparkan bagaimana sepakan dan percubaan pemain Liverpool yang terkena tiang dan palang sepanjang musim 2011/2012 ini. Ia adalah antara kajian dan suntingan oleh peminat Liverpool sendiri yang bergelar LiverpoolFC FansCorner. Terima kasih kerana berjaya membuat analisis ini sebagai tontonan peminat teristimewanya pemain-pemain Liverpool dan Dalglish sendiri.

30 kali bola yang sepatutnya menerjah jaring, hanya mampu hinggap di palang dan tiang sahaja. Mungkin Liverpool perlu kemukakan rayuan kepada FA England untuk meminta insiden-insiden ini dikira sebagai gol. emmm. boleh ke? Kalaulah boleh, dah sah Liverpool juara EPL musim ni. hahhahah. Jom tengok aksi yang menyakitkan hati ini. Enjoy......


Untuk pengetahuan, aksi-aksi ini adalah ketika berlangsungnya perlawanan Premier League dan tidak termasuk FA cup serta Carling Cup.


-SG-

Antara kaitan Liverpool, Chelsea dan Barcelona


Walaupun menguasai perlawanan 82% sehingga hanya penjaga gol sahaja di kawasan sendiri dan yang lain sibuk menyerang. Walaupun berpuluh cubaan gol termasuk penalti diterbitkan tetapi tiang, palang dan kaki-kaki pemain jadi penghalang. Walaupun menentang lawan yang bermain 10 orang, belum tentu boleh seri apatah lagi menang. Itulah kisah sedih yang melanda pasukan Barcelona apabila diaibkan oleh Chelsea pada saingan separuh akhir liga juara-juara awal pagi tadi.

Sebenarnya bukanlah nak cerita sangat untuk membangga-banggakan Chelsea atau membangang-bangangkan Barcelona, tetapi sebelum nak mengeluh lebih mendalam, baik kita selit-selitkan sikit kisah penderitaan dan kezaliman kedua-dua pasukan tersebut. Sebelum perlawanan masing-masing membayangkan Chelsea bakal jadi lauk sama seperti nasib yang melanda Arsenal tahun lalu. So awal-awal perlawanan, memang nampak macam nak jadi. Lagi-lagi selepas Sergio Busquets menjaringkan gol awal, Terry dilayangkan kad merah bila buat kerja bodoh apabila melututkan punggung si Alexis Sanchez dengan sengaja. Padahal ketika kejadian, bukanlah diwaktu perebutan bola. Nak tunjuk gengster ler konon. Bola dah lawan 10 orang, mmg pastilah Chelsea kena lauk besar2an. So gol kedua dari Iniesta pun muncul.


Tapi malang, disebalik gembira berkelebihan untuk mengayamkan Chelsea, terlepas seekor ayam hitam Ramires untuk menjaringkan gol penyelamat. Aggregat 2-2 dengan Chelsea berkelebihan jaringan tempat lawan membuatkan separuh masa kedua, semua pemain Chelsea berkampung seperti ada pesta keramaian. Bayangkan hanya tinggal Victor Valdes saja yang ada kat kawasan sendiri, yang lain termasuk Puyol join menyerang. Tapi nasib malang memang dah nampak awal-awal lagi. Messi yang dapat sepak penalti pun, tendang bola ke tiang. Tu belum lagi beberapa percubaan yang senasib macam tu gak. Dipendekkan cerita, diwaktu-waktu sakaratul maut hampir tiba, terlalu aggresif menyerang, terlupa pula Barcelona akan ayam termahal dalam liga Inggeris iaitu Torres yang bijak mencuri ayam dan hanya bertentangan dengan Valdes keseorangan untuk mudah memberikan gol kemenangan. Glamer dan dipuja-puja untuk seketika si pembelot ini.

Kesimpulannya, Barcelona telah melalui 3 perlawanan sepanjang 7 hari ini dimana kesemua perlawanan terbabit mereka menguasai perlawanan dan kesudahannya mereka tewas. Jadi ada tak persamaan dengan Liverpool. Berapa banyak perlawanan yang Liverpool menguasai perlawanan, tapi palang, tiang dan tak pandai buat penyudah membuatkan kalah akibat kena Counter Strike. Tak payah pergi jauh-jauh cukuplah perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Bagai nak rak menyerang, akhirnya kantoi dengan serangan balas hasil dari kesilapan Johnson.


Disini bukanlah nak takut dengan kebangkitan mendadak Chelsea dan keajaiban Di Matteo, tetapi sekiranya corak perlawanan sebegini masih dipratikkan oleh Dalglish dan pemain-pemainnya, maka lupakan piala FA dan tittle juara berganda. Sekiranya nak menang, Dalglish perlu kaji apa yang dah melanda Liverpool dan terjadi kepada Barcelona. Di Matteo pasti sudah mengkaji 3 kekalahan berturut-turut yang mereka alami semenjak Dalglish menjadi pengurus walaupun ketika itu Matteo bukanlah pengurusnya. Mungkin pada firasat SG, Chelsea akan mengurangkan corak menyerang dengan lebihkan kepada bertahan untuk mudah sesekali membuat serangan pantas hasil dari kealpaan pemain Liverpool. Kalau tak percaya, tengok statistik 3 perlawanan (EPL 10/11, EPL 11/12, Quater Carling Cup 11/12) tersebut dimana ketiga-tiga perlawanan itu dikuasai Chelsea lebih dari 55%. Jadi Di Matteo sudah ada teorinya. Adakah Dalglish masih berdiam diri? Tunggu jawapannya di Final FA Cup 5 May nanti. YNWA....

p/s: Barca jatuh tanpa piala musim ini. Begitu juga MU yang masih terawang mengharapkan belas ikhsan Man. City. Tapi mereka masih lagi boleh membanggakan piala Comunity Shield di awal musim yang dimenangi. Chelsea masuk dua final, belum tentu boleh mendakap kedua2nya. Arsenal lagilah macam mesin buruk yang kuat bunyinya dari productionnya. So Liverpool saja yang masih teguh selepas ada piala cikai Carling. Harap tak terlepas ler piala tertua ini yer.....

-SG-

Lagenda Budak Merah - Bahagian 14


Salam dan selamat sejahtera. Aku tak tahu bila segmen ni dah bertukar ke Hari Khamis…huhu. Minggu ni minggu yang memenatkan. Fizikal dan mental. Maaf la kepada yang dah mencari-cari bahagian 14 ni. Ini bahagian terakhir dalam siri treble..heheh..cerita Steven dalam kempen UEFA Cup. Kepada yang terlepas cerita piala-piala sebelum ni sila ke pautan di bawah.


Lagenda Budak Merah - 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Liverpool baru sahaja menang Piala Liga dan Piala FA tapi Gerard Houllier seperti biasa mengingatkan mereka yang musim ini belum berakhir. “Hanya 2 gelas bir sahaja”. Gerard mengingatkan pemainnya. Hanya ada empat hari sahaja lagi sebelum perlawanan akhir Piala UEFA. Tapi bagi Steven, 2 gelas bir tak cukup untuk meraikan kemenangan Piala FA itu. Dia sendiri minum lebih daripada itu. Mereka sangat gembira dan tak fikir pun tentang perlawanan UEFA nanti. Apa yang mereka fikir adalah Piala FA yang akan ke Anfield. Dia nampak kepuasan dari muka pemain-pemain lain. Mereka telah mengimpikan semua ini sepanjang hidup mereka. Bagi Steven, ini saat terbaik dalam musim 2001, tiada yang dapat menandingi Piala FA.

Sebagai seorang jurulatih dari Perancis, Gerard lebih berminat kepada Piala UEFA. Bilik persalinan Liverpool sendiri terbahagi kepada dua. Pemain Inggeris yang teruja dengan Piala FA dan pemain luar yang teruja dengan Piala UEFA. Steven tersenyum apabila Gerard menasihatkan mereka (pemain-pemain Inggeris) supaya “hidup seperti sami” (jaga perangai dan makan minum) kerana baginya Piala UEFA sangat penting. Gerard menceritakan segala sejarah mengenai trofi itu dan kepentingannya tapi bagi Steven, trofi itu tidak pernah diimpikan seperti Piala FA.

Tapi pengalaman di Eropah musim itu masih bermakna buat Steven. Mereka mengalahkan Rapid Bucharest (Agg 1-0) dan Slovan Liberec (Agg 4-2) dalam pusingan awal. Liverpool bertemu dengan Olympiakos dalam pusingan ke-3. Perlawanan pertama di Greece merupakan perlawanan yang sengit. Liverpool mendahului dengan gol dari Barmby yang menolak masuk tandukan Heskey. Steven mempunyai peluang untuk menjaringkan gol selepas itu, hasil gerakan Heskey yang menggelecek melepasi pertahanan di sebelah kanan dan kemudiannya membuat hantaran silang ke tengah. Barmby merembat mengenai palang dan Steven cuba menyambar namun pertahanan sampai dulu sebelumnya. Olympiakos kemudiannya menyamakan kedudukan hasil sepakan gunting peyerang mereka.

Kali ini giliran Steven untuk jaringkan gol. Dia menanduk masuk sepakan sudut dari Barmby kalau tak silap aku. Liverpool ada peluang untuk menambah jaringan tapi sepakan percuma Ziege mengenai bucu gol dan keluar. Smicer mendapat peluang keemasan apabila pertahanan terakhir Olympiakos menanduk bola kebelakang di tengah padang tapi cubaanya terkena penjaga gol dan terbias ke tiang. Olympiakos akhirnya menyamakan kedudukan dalam masa tambahan. Perlawanan berakhir 2-2.


Dalam perlawanan kedua di Anfield, Liverpool menang 2-0 hasil jaringan Barmby dan Jeskey. Tapi Steven yang pertama mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Dia menahan bola menggunakan dada dan melakukan voli dengan kaki kirinya tapi berjaya ditepis oleh penjaga gol.


Liverpool bertemu dengan Roma dalam pusingan ke-4. Aku masih ingat dengan jelas perlawanan ni. Owen jaringkan 2 gol. Waktu ni Steven tak main kerana cedera. Dia mahu main kerana ingin berhadapan dengan Totti, tapi dia tak terlepas apa-apa peluang kerana Totti juga cedera ketika itu. Liverpool kalah 0-1 dalam perlawanan ke-2. Perlawanan penuh kontroversi. Nampak macam nak bagi Liverpool menang pun ada. Pengadil dah bagi penalti boleh tarik balik dan bagi sepakan sudut. Pemain Roma mula marah-marah dan kena kad. Tomassi kena kad merah dalam perlawanan ni kalau tak silap aku.

Seterusnya, Porto. Porto merupakan pasukan hebat ketika itu dengan pemain seperti Deco dan Capucho. Tapi Liverpol berusaha bersungguh-sungguh untuk keputusan 0-0 di tempat lawan sebelum mengalahkan mereka di Anfield pada perlawanan kedua dengan jaringan 2-0 (Owen dan Murphy). Tiada siapa yang boleh kata Liverpool melalui kejohanan UEFA yang mudah ketika itu kerana Barcelona menanti mereka di peringkat separuh akhir.

Nou Camp merupakan tempat impian untuk semua pemain bola beraksi. Sewaktu latihan, Steven tak dapat menumpukan perhatian. Dia seperti seorang pelancong. Melihat segenap sudut stadium yang hebat itu. Dia tak kisah dengan keputusan perlawanan nanti. Dia hanya mahu berlari di ats padang itu, mendengar sorakan 90 000 penonton. Dia hanya mahu menikmati detik itu. Kluivert dan Rivaldo merupakan penyerang mereka ketika itu. Cocu dan Pep Guardiola pula di bahagian pertahanan. Reina, penjaga gol Liverpool sekarang, sebagai penjaga gol mereka.

Liverpool berjaya mengekang Barcelona daripada menjaringkan gol walaupun ramai yang meramalkan mereka akan berpesta gol malam itu. Steven tidak pernah sepenat itu selama ni. Dalam perlawanan kedua, Liverpool menang 1-0 hasil jaringan penalti Gary McAllister. Liverpool melangkah ke perlawanan akhir Eropah yang pertama mereka dalam 16 tahun. Mereka melangkah ke ortmund dengan yakin.

Steven tak pernah setenang itu ketika menghadapi perlawnaan akhir. Baginya, apa pun yang terjadi, mereka sudah menang Piala Liga dan Piala FA. Jadi untuk menang piala ketiga adalah bonus baginya. Suasana di Dortmund ketika itu meriah macam biasa. Penyokong Liverpool kat kedai mamak pun boleh jadi meriah. Heheh.. Ada penyokong yang memakai baju “treble” kerana yakin Liverpool akan menang. Liverpool menang…Tapi bukan tanpa sebarang drama….


Detik berharga buat Stevie apabila dia menjaringkan gol ke-2 hasil lorongan Michael. Yang paling aku tak tahan, waktu pemain Alaves jaring gol sendiri, Steven dah bersedia nak ke tengah untuk sepak mula sedangkan perlawanan tu guna peraturan Gol Emas (Golden Goal) dalam masa tambahan. Siapa yang jaringkan gol, dia menang. Tak perlu main sampai masa tambahan habis. Bila dah sedar baru dia berlari raikan kemenangan dengan pemain lain. Treble akhirnya tercapai! Sampai sekarang penyokong Liverpool masih menghormati dan menyayangi Gerard untuk itu. Dia datang ke Liverpool menjanjikan trofi dan dia menunaikan janjinya. Musim itu juga Steven diberikan kontrak baru. 4 tahun. 50 000 pound seminggu. Untuk budak berumur 21 tahun…sangat lumayan! Waktu tu dia dah ada apartmen sendiri dan boleh hantar duit kerumah untuk mak ayah…huhu.

Kredit : dailymail

Sedar tak sedar dah  11 tahun dah berlalu daripada saat aku tengok perlawanan ni. Cepat betul masa berlalu kan?

Kredit : bigsoccer.com

Sumber : BBC

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 15



Credit untuk : redderscreepers


EPL Masters Football 2012 - Liverpool Masters Juara

Written By peminat liverpool on Isnin, 23 April 2012 | 3:33 PTG

Semalam telah pun berlangsungnya EPL Masters Football 2012 yang telah dilangsungkan di stadium tertutup Melawati Shah Alam. Jadi dikesempatan itu juga paparazi kami berkesempatan untuk membuat lintas langsung dari stadium berkenaan ketika kejohanan sedang dilangsungkan.

Tournament ni adalah kejohanan yang membabitkan pemain2 EPL yang dah pencen, menggunakan format permainan 6-sebelah dan menggunakan saiz gol yang sebenar. pendek kata macam main futsal la. ini merupakan edisi ketiga selepas kali pertama dianjurkan pada tahun 2008.


Paukan-pasukan yang terlibat sudah tentulah Liverpool Masters, MU Masters, EPL All Stars dan Malaysia Masters. Antara pemain-pemain yang sudi memeriahkan kejohanan ini ialah :


Liverpool Masters
Paul Jones
Stephane Henchoz
Mark Wright
 Rob Jones,
Vladimir Smicer
BjornTore Kvarme,
Steve McManaman
Robbie Fowler
Patrik Berger
Phil Neal (pengurus)

MU Masters
Fraser Digby
 David May
Clayton Blackmore
Quiton Fortune
Paul Parker
Lee Martin
Andy Cole
Ben Thornley
Andy Ritchie
Viv Anderson (pengurus)

EPL All Stars
Ian Walker
Rufus Brevett
Regi Blinker
Tino Asprillia
Michael Thomas
Frank LeBoeuf
Steve Harkness
Jorg Albertz
Peter Van Hooijdonk
John Barnes (pengurus)

Malaysian Masters
Azlisham Ibrahim
Zainal Abidin Hassan
Ong Kim Swee
Khan Hung Meng
K Gunalan,
K Sanbagamaran, 
Shahrin Majid
Khairul Anuar Baharom
Ahmad Shahrul Azhar


Dan berikut keputusan perlawanan yang berlangsung:

Liverpool Masters 7 - MU Masters 4
EPL All Stars 6 - Malaysian Masters 1
EPL All Stars 4 - MU Masters 4
Liverpool Masters 9 - EPL All Stars 8
Liverpool Masters 8 - Malaysian Masters 3
Malaysian Masters 2 - MU Masters 10

 -Final-

Liverpool Masters 4 - MU Masters 4 (Liverpool Masters won penalty 5-4)

Nampaknya lagenda Liverpool lebih hebat dari kuda tua MU. hahahhah

Jom tengok apa koleksi gambar-gambar yang telah diambil oleh paparazi kami. KLIK SINI YER

-KhaiRin_Anies-


Galeri EPL Masters Football Cup 2012

Antara aksi-aksi menarik yang telah berjaya dirakamkan oleh paparazi kami ketika berlangsungnya kejohanan semalam. Sekadar kenangan bersama lagenda-lagenda Liverpool ketika di Malaysia. YNWA..

Sila baca artikel mengenai perlawanan terlebih dahulu.


Ini saja yang mampu dimiliki

Sungai Petani Kopite!

Sponsor by.....

ingatkan ada latest merchandise tapi yang jual cuma jersi dengan t-shirt je ;-)

ni booth MU

orang ramai mula membanjiri perkarangan stadium

ni Liverpool fans tengah ber chanting

gigih sungguh diorang ni mengangkut banner sebesar alam...

sanggup berpanasan semata-mata nak jumpa Liverpool Master.

here they come! Liverpool Masters diketuai Smicer. tinggi betul mamat ni. tengok dalam tv kemetot je ;-)

Bjorn Tore Kvarme (depan) dan Henchoz (belakang) bila tengok si Kvarme ni tetiba tingat kat Roy Evans.. 

Bjorn Tore Kvarme (depan) dan Henchoz (belakang) bila tengok si Kvarme ni tetiba tingat kat Roy Evans..

autograph session. session ni cuma untuk Standard Chartered account holder je.

kalau dulu tengok kat tv, paper and tenet je. la ni da ada kat depan mata.

nak juga mencelah minta autograph tapi apakan daya...



yang kelakarnya, ada cameraman yang merajuk masa time ni.katanya: "kami ni cameraman, kalau tak dapat pic diorang, habislah kerja kami!"kehkehkeh

yang botak tu, Rob Jones. dia main sezaman dengan Kvarme di bawah pengurusan Roy Evans.

ni Smicer. antara pemain yang kami suka. sebabnya? dia score masa final CL 2005 @ Istanbul ;-)

bila tengok Berger, tingat kat Andy Carroll. dulu Berger ni suka simpan rambut.dia pun rajin juga score.

"thank you Smicer!"

Jauhnya gambar. Ni ler gara2 tiket paling murah. 

EPL All Stars vs MU Masters

presiden FAM sila letak jawatan! hikhikhik

GGMU = garu-garu molest unta? hahahahahahaha

 ni game yang melibatkan penyampai2 Hot.FM dan Astro celebrity

Liverpool fans memang kellas!!

Liverpool Masters vs Malaysian Masters

Liverpool Masters vs MU Masters

Malaysian Master vs EPL All Stars


-KhaiRin_Anies-
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger