Home » , , , , » Lagenda Budak Merah - Bahagian 12

Lagenda Budak Merah - Bahagian 12

Written By peminat liverpool on Sabtu, 21 April 2012 | 9:08 PTG


Salam dan selamat sejahtera. Minta maaf la ye terlambat buat entri LBM minggu ni. Agak sibuk tapi aku selit-selit masa untuk buat entri ni. Nasib baik server kat tempat kerja ni asyik down je minggu ni jadi server down je aku boleh la kemaskini blog kejap..hehe. Kali ni aku pecah 3 bahagian sebab nak cerita 3 piala kan?  Kepada yang menunggu tu terima kasih la sebab tanpa korang siapalah aku…cewaah~ Terima kasih atas sokongan selama ni. Selamat membaca.

Ingat lagi perlawanan ni? (Kredit : lfchistory.net)

Lagenda Budak Merah – Bahagian 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11


Steven dan Manchester United

Mesti pelik tengok tajuk ni kan? Dah tentu Steven sebagai seorang anak kelahiran Liverpool membenci MU jadi apa kaitan dia dengan kelab itu? Menurut Steven hanya 2 kali dia pernah mengenakan baju MU. Pertama sekali ketika menjalani perlawanan percubaan di MU dan kali kedua adalah sewaktu dia bermain di hadapan rumahnya. Dia hanya menjalani percubaan dan meninjau keadaan di MU untuk menguji kesungguhan Liverpool terhadapnya. Kali kedua pula dia sebenarnya teringin untuk memakai baju Bryan Robson, pemain lagenda England.

Sewaktu bermain dengan rakan-rakannya, dia teringin untuk memakai baju Robson yang dimiliki salah seorang rakannya. Mereka bertukar baju. Dia rasa sangat hebat. Dia berlari kesana kemari, menbuat bentesan, menjaringkan gol-gol berani dan cuba meniru gaya Robson. Walaupun baju itu baju Robson ketika bermain untuk MU, dia tak kisah semua tu. Dia hanya menganggap Robson sebagai seorang hero England. Tapi malangnya, bapa Steven menjengah keluar tingkap. “Masuk sekarang!” Jerit bapanya. Dan dia dimarah dengan teruk sekali kerana memakai baju itu. Punyalah teruk sehingga dia rasa bapanya akan menyuruh dia pindah rumah atas sebab itu..heheh…

Gulp! Tiba-tiba aku rasa bersalah. Sebab dulu aku pun pernah pakai baju MU. Aku pakai baju tu sebab aku berangan jadi Beckham. Tak silap aku ada cerita dalam ruang “Siapa Aku”. Sama la kot perasaan pakai baju orang yang kita minat. Waktu tu memang tiru bulat-bulat gaya Beckham. Cara tendang, cara rembat dan cara tahan bola semua nak tiru. Ada satu masa tu rambut pun aku tiru dia walaupun ambut aku taklah semahal rambut dia..huhu. Siapa pemain yang korang pernah tiru?

Pandangan Steven kepada beberapa pemain musim 2001

Musim 2000-20001 merupakan musim yang mantap untuk Liverpool waktu itu. Houllier membawa pemain-pemain yang hebat untuk membawa Liverpool ke hadapan. Liverpool akhirnya menang 3 piala. 3 piala! Bukan 1, 2 tapi 3! Walaupun orang kata ini treble mickey mouse tapi ada Steven kisah? Tak langsung. Untuk budak yang berumur 20 tahun rasa 3 piala dalam satu musim memang hebat la.

Westerveld – Steven sebenarnya kurang yakin dengan penjaga gol dari Belanda ni. Sebab dia selalu lepas bola nampak boleh diselamatkan. Tapi tak dinafikan tendangannya memang kuat dan refleksnya juga bagus. Steven, Michael dan Carra selalu duduk bersama mengulangkkaji video perlawanan dan mereka setuju yang banyak cubaan yang patut dapat diselamatkan dengan mudah oleh Sander Westerveld tapi waktu itu dia hanya seorang budak baru jadi dia tak rasa dia layak untuk berdiri dalam mesyuarat pasukan dan memberitahu perkara itu.

Markus Babbel – Steven kata Westerveld bernasib baik sebab Liverpool ada pemain pertahanan yang hebat waktu tu. Antaranya ialah Markus Babbel yang bermain sebagai bek kanan. Houllier mendapatkannya secara percuma daripada Bayern Munich waktu tu. Dia sebenarnya seorang pemain bek tengah tapi menyerlah sebagai pemain kanan di Liverpool. Dia merupakan seorang pemain yang konsisten namun dia kemudiannya disahkan menghidap sindrom Guillain-Barre yang memaksanya bersara awal dari bola sepak.

Sami Hyypia – Dia merupakan pembelian yang mengejutkan kerana dia sebenarnya bukan dibawa masuk sebagai pertahanan utama. Tapi ketinggian dan kemahirannya membaca permainan melonjakkan namanya. Dia merupakan antara bukti yang pertahanan tak perlu terlalu laju untuk mengekang penyerang asalkan ada kemahiran membaca perlawanan dan teknikal yang bagus.

Stephane Henchoz – Dia dibawa masuk daripada Blackburn dan serta merta menghasilkan gandingan mantap dibahagian tengah dengan Hyypia. Mereka berdua antara sebab Babbel dialihkan ke bahagian kanan. Steven menggambarkan mereka sebagai batu di bahagian pertahanan. Penyerang yang datang hanya akan melanggar dan berpatah balik dengan lebam dan bengkak, fizikal dan mental dan tanpa ragu-ragu merupakan penyebab Liverpool berjaya mendapatkan 3 piala musim itu.

Jamie Carragher – Siapa yang tak kenal Carra? Tapi yang mungkin ramai tak tahu, Carra dulu berlatih lebih masa untuk memantapkan kaki kirinya. Selepas semua pemain lain balik dia akan memanggil budak-budak akademi untuk menghantar bola kepadanya supaya dia boleh  berlatih mengeluarkan bola menggunakan kaki kirinya. Dia berlatih bersungguh-sungguh dari subuh ke senja dan dia kini merupakan antara pemain tengah  hebat yang boleh mengggunakan kedua-dua kaki. Jadi dia tak kisah bermain dibahagian mana sekalipun. Carra main di bahagian bek kiri pada musim 2000-01 ini.

Gary McAllister – Sewaktu Houllier membawa McAllister ke Liverpool, Steven terkejut melihat orang tua ni. Kenapa dia dibeli? Umurnya ketika itu sudah 35 tahun. Walaupun dia cemerlang untuk Leeds dan Coventry Steven pasti zaman kegemilangannya dah lama berlalu. Tapi dia silap. Berada dalam satu pasukan dengan Gary Mac banyak membantu permainannya. Dulu Steven sering mempunyai masalah untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk menghantar bola dekat dan bila masa yang sesuai untuk menghantar bola jauh. Gary Mac lah yang banyak menasihatinya berkenaan perkara ini. Dan aku masih ingat beberapa gol penting yang dia jaringkan seperti sepakan percuma disaat akhir dan penalti menentang Barcelona.

Danny Murphy – Steven kecewa kerana Murphy tidak menghabiskan kariernya dengan Liverpool. Mereka merupakan kawan rapat. Dia merupakan pemain yang tak pernah mendapat penghargaan yang setimpal daripada pengurusan Liverpool.  Steven sedih melihat Danny dijual kepada Charlton dan kemudian Spurs. Dia dijual tanpa kerelaan. Dia tak mahu tinggalkan Liverpool waktu itu. Danny dah bagi kita banyak memori indah terutamanya sepakan percuma menentang MU

Patrik Berger – Mengikut Steven, Berger merupakan antara pemain kaki kiri yang mampu merembat bola dengan hebat. Dia boleh merembat bola ke mana-mana yang dia mahu dibahagian gol lawan. Kemahiran yang sangat hebat!

Vladimir Smicer – Vladi dan Berger selalu bersama di Liverpool kerana mereka berdua berasal daripada Republik Czech. Vladi merupakan seorang pemain yang hebat semasa latihan tapi jarang menunjukkan kebolehan yang sama di atas padang ketika perlawanan. Tapi aku rasa ramai tak kisah dengan prestasi dia selepas dia jaringkan gol kedua di Istanbul dan ketika penentuan penalti. Penutup karier terbaik untuknya dengan Liverpool.

Nick Barmby – Nick Barmby merupakan salah seorang pemain yang berani menukar kelab dari Everton ke Liverpool. Tapi Steven faham, Barmby mahukan kejayaan dan dia tak akan menolak Liverpool yang mahu mendapatkannya.

Jari Litmanen – Pada Bulan Januari jentera serangan Liverpool diperkuatkan lagi dengan kehadiran Jari Litmanen. Dia merupakan pemain dalam kelas tersendiri. Dia sentiasa 4,5 langkah dihadapan pemain lain dan dia serasi bermain dengan Steven. Dia dapat membaca apa yang Steven cuba lakukan. Dia merupakan seorang pemain yang hebat ketika di Ajax dan Barcelona. Liverpool membelinya ketika kariernya sudah mahu berakhir. Dia tidak lagi mampu untuk menghadapi kepantasan Liga Perdana tapi dia masih mempunyai kemahiran dan kebolehan. Apa yang aku ingat tentang Jari adalah jaringan jarak jauhnya ketika menentang Spurs kalau tak salah dan gaya dia mengambil penalti…heheh…

Piala Liga

Steven tak main dalam 2 perlawanan awal kerana dia cedera untuk perlawanan menentang Chelsea dan direhatkan ketika menentang Stoke. Dia tketawa terbahak-bahak menonton perlawanan Stoke itu. Bukan gelak mereka kalah 8-0. Mereka bermain bermati-matian. Dia gelak kerana Pegguy Arphexad merupakan penjaga gol Liverpool hari itu. Dan ketika dia cuba menyepak bola ke atas seorang pemain Stoke membentesnya tapi bola yang disepak kearah gol selepas itu terkena tiang dan dapat ditangkap semula oleh Arphexad. Steven ketawa sehingga hampir jatuh daripada sofa Yang kelakarnya itu antara peluang sebelum Liverpool jaringkan sebarang gol. Siapa tahu kalau gol itu masuk Liverpool mungkin main dengan cara lain dan mungkin tak dapat cari gol penyamaan..huhu.


Steven kembali ketika Liverpool menang menentang Fulham 3-0 dalam masa tambahan. Selepas itu mereka bertemu Crystal Palace. Ketika ini kecoh mengenai Clinton Morrison yang mengutuk Michael Owen kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang gol menyebabkan Liverpool kalah 1-2. Tetapi dalam perlawanan kedua, dia diejek seluruh penyokong Liverpool di Anfield dan gagal menyempurnakan peluang yang datang kepadanya. Ada sekali tu dia hampir mematahkan belakangnya kerana cuba membuat sepakan gunting. Steven puas hati dengan pembalasan itu. Liverpool menang 5-0!


Liverpool bertemu Birmingham pada perlawanan akhir. Merasakan yang Liverpool akan menang, peminat membanjiri Stadium Millenium. Semua mahu berada di sana termasuk Steven sendiri. Dia kurang cergas kerana selalu cedera tapi ketika Houllier bertanya kepadanya dia terpaksa menipu yang dia dalam keadaan cergas. Dia tidak mahu terlepas peluang bermain dalam perlawanan akhir. Tapi dia akhirnya dikeluarkan pada minit ke 78. Houllier meletakkan Fowler bersama Heskey dbahagian serangan dan strategi itu berhasil! Fowler menjaringkan gol yang cantik.






Tapi pada minit ke-90 Birmingham diberikan sepakan penalti dan perlawanan akhirnya berlarutan ke masa tambahan dan seterusnya penentuan penalti. Carra menjaringkan penalti terakhir dan Birmingham tak berjaya menyempurnakan sepakan terakhir mereka! Liverpool menang! Malam itu mereka berparti di hotel. Carra menguasai semuanya. Dia berkaraoke dan menari. Dia lebih pandai menari daripada main bola! Kata Steven. Lain pula dengan Steven. Dia tak pernah dan tak akan membodohkan dirinya kerana dia tidak pandai menyanyi apatah lagi menari. Dia hanya suka melihat rakan-rakannya berseronok bersama keluarga. Liverpool bergembira dan bersedih bersama. Itu cara Liverpool.

Senarai perlawanan Liverpool sehingga ke perlawanan akhir adalah seperti di bawah. Aku cuba cari semua video perlawanan tapi tak jumpa. Kepada sesiapa yang ada jumpa boleh bagitahu aku. Apa yang aku jupa cuma video menentang Stoke dan Fulham. Kalau aku jumpa video lain aku akan kemaskini jadi selalu-selalu la jenguk post ni ye?  Sekian dulu. YNWA.

Pusingan ke-3:Liverpool 2-1 Chelsea
Pusingan ke-4:Stoke City 0-8 Liverpool
Pusingan ke-5:Liverpool 3-0 Fulham
Separuh Akhir 1:Crystal Palace 2-1 Liverpool
Separuh Akhir 2:Liverpool 5-0 Crystal Palace
Akhir:Liverpool 1-1 Birmingham (5-4 pen)


Credit untuk : redderscreepers


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger