Home » , , , » John Houlding - Bapa kelahiran Liverpool FC

John Houlding - Bapa kelahiran Liverpool FC

Written By peminat liverpool on Selasa, 27 Mac 2012 | 1:01 PG

John Houlding (1833-1902) adalah antara ahli perniagaan inggeris yang paling berjaya ketika zamannya. Beliau yang berasal dari Merseyside telah mendapat pendidikan di Kolej Liverpool. Melalui perniagaannya yang mengusahakan pembuatan bir, dari segi kewangan sememangnya beliau tidak mempunyai masalah dan ini membuatkan kehidupannya cukup selesa.

Disebalik kejayaan John Houlding dalam perniagaannya, beliau seterusnya telah dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik pula untuk menyandang jawatan Datuk Bandar Liverpool. Tetapi perlu diketahui, sebelum beliau menyandang jawatan ini, beliau adalah bekas pengerusi kelab profesional pertama di kota Liverpool merangkap musuh setempat iaitu Everton FC pada tahun 1882.

Jika kita memahami sejarah penubuhan Liverpool FC, mungkin ramai akan beranggapan bahawa John Houlding ini adalah insan yang kejam lagi tamak. Sebenarnya kisah kemelut diawal penubuhan Liverpool FC dan kemarahan Everton FC ini berakar umbi dan terlalu sukar untuk dibicarakan. Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Ini membuatkan pemegang saham Everton naik berang dan menuduh John Houlding hanya mengaut untung dari kejayaan mereka. Akhirnya Everton telah keluar dan membeli padang baru di Goodison Park.

Selepas terjadi insiden berkenaan maka terciptalah sebuah lagi pasukan bolasepak profesional dari kota merseyside yang diberi nama LIVERPOOL FC.

-SG-
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger