Written By Unknown on Jumaat, 10 Ogos 2012 | 3:04 PTG
Siapa yang tak tengok perlawanan awal pagi tadi memang rugi besar rasanya. Selain jaringan sulong Fabio Borini semenjak menyarung jersi Liverpool bulan lalu, Abang Long Gerrard pula telah berjaya menjaringkan gol yang ke 150 peribadinya selama bersama Liverpool. Hebat tak abang long kita ni.
Walaupun kita boleh mengatakan gol Gerrard pada perlawanan pagi tadi adalah seperti pejam mata pun boleh score, tapi seharusnya penghargaan tinggi diberikan untuk menaikkan semangat pada musim baru yang penuh mencabar ini.
Selain itu juga Carragher telah pun mendapat anugerah sewaktu sebelum berlangsungnya perlawanan pagi tadi. Anugerah ini diberi diatas penampilan yang ke 700 Carragher dalam kesebelasan utama Liverpool. Sememangnya Carragher ni otai dan bukan lalang ler. Harap bakal ramai lagi pemain yang mampu mengikut jejak seperti Carragher dan juga Gerrard ini.
p/s: Berbaktilah selagi anda mampu untuk mengubahnya.
Written By Unknown on Jumaat, 11 Mei 2012 | 2:05 PG
Selepas perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan Liverpool menang 4-1 tempohari, semua pemain dan kakitangan pasukan keluar di sekitar padang stadium Anfield untuk memberi penghargaan diatas kesetiaan peminat Liverpool. Ucapan terima kasih sekalug budi dari semua kepada peminat diseluruh dunia terutamanya yang menyaksikan perlawanan terakhir di Stadium Anfiled bagi musim 2011/2012 ini.
Walaupun dalam prestasi yang tidak menentu pada persaingan liga musim ini, tetapi kesetiaan dan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi terhadap kelab sememangnya sukar sekali untuk dinilai. Oleh dikesempatan ini juga saya sebagai peminat setia Liverpool FC merasakan sokongan selama ini amatlah berbaloi walaupun musim ini hanya piala Mickey Mouse sahaja yang mampu dihadiahkan kepada peminat. Apapun, kita berharap agar musim depan adalah lebih baik dari musim ini dan seterusnya begitu untuk menjadikan Liverpool kembali disegani dan disanjungi bukan sahaja di England malah seluruh dunia. YNWA...
VIDEO
P/S: Bila tengok gambar-gambar dan video diatas ni, terasa terharu pula terhadap kerja keras yang selama ini telah ditunjukkan mereka. Rasa sedih juga kerana dapat membayangkan musim depan sudah tentu ada diantara mereka yang bakal meninggalkan Anfield serta muka-muka baru pula menghiasi kehilangan mereka. Kepada mereka yang bakal berhijrah musim depan, walaupun dimana anda berada kami tetap sanjungi anda. Semoga anda berjaya walaupun dimana kelab anda berada. YNWA..
Written By peminat liverpool on Jumaat, 13 April 2012 | 3:08 PTG
Masih panas dan baru dilancarkan. Video Youtube karya anak Malaysia mengenai kisah pasukan Liverpool semenjak dari musim 2005 hingga pertengahan musim 2012. Hasil suntingan yang menarik dan dapat menaikan kembali semangat peminat Liverpool yang kini dalam kerunsingan.
Video Youtube selama 8:22 minit ini memaparkan detik2 kejayaan dan kebangkitan Liverpool yang telah di lalui. Bermula aksi dipentas perlawanan akhir Champion League tahun 2005 di Istanbul, kemudian disusuli pula pemain2 bintang yang hadir mencipta nama seperti Steven Gerrard, Fernando Torres dan Luis Suarez. Diakhir2 babak video kita disajikan pula dengan aksi mendebarkan perlawanan akhir piala Carling Februari lalu dimana Liverpool telah pun berjaya mengalahkan Cardiff City diiringan lagu rasmi pasukan Liverpool "You'll Never Walk Alone". Sungguh terharu dengan kejayaan video ini dihasilkan.
Tahniah kepada pencipta video ManiaTvProduction diatas kejayaan menghasilkan video diantara yang terbaik ini. 5 bintang diberikan kepadanya. YNWA
Written By peminat liverpool on Rabu, 21 Mac 2012 | 3:37 PG
Malam yang penuh bergaya. Liverpool telah pun berjaya menambah koleksi ke 8 piala Carling dalam sejarah kejuaraannya. Disini kami sempat mengambil beberapa gambar serta video aksi-aksi perlawanan akhir tersebut untuk tatapan anda peminat setia Liverpool FC. Semoga ia menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan. YNWA.
Sila baca analisis perlawanan ini terlebih dahulu DISINI..