Latest Post

Mari belajar taktik PARKING BAS

Written By Unknown on Selasa, 29 April 2014 | 2:48 PG


KHAS UNTUK KAKI TAKTIKAL.... (spy spy chelsea di KPLM mesti suka baca ni)

Verdict - Post Match  (Silalah baca dengan hati terbuka.)

BPL 2013/14 (Game 36) - Liverpool 0-2 Chelsea - Anfield 27.04.2014


Chelsea super defensive and quick counter Menewaskan Liverpool

Wah , 11 perlawanan lamanya Liverpool asyik menang sahaja. Kekalahan semalam menyebabkan City berada di driving seat untuk kejuaraan Liga. Mourinho tiada option lain, kerana jika dia memilih untuk bermain open play football , sudah pasti mereka dikuburkan Liverpool dengan ketiadaan pemain utama mereka.

1. Team B Chelsea ???
Seakan-akan pemain yang diturunkan ialah jenis yang boleh mengawal disiplin defensive taktikal agak lama. Reason kenapa Luiz tak diturunkan . Kerana dia tak akan mahu untuk terkurung lama di kotak penalti sendiri tanpa menyerang.

2. Kalas
Pemain yg agak mengejutkan kita semua . Dia diturunkan kerana disiplin. Mourinho mahukan pemain yang analitikal, yang mampu menerima arahan. Kerana mereka datang untuk bermain sat back and quick counter. Kalas sebenarnya decoy kepada Liverpool. Dia ada di dalam team sheet untuk menaikkan lagi semangat Liverpool supaya lebih excited, untuk menyerang kerana berpendapat, memang ini team B, jom kuburkan mereka. Ia menyebabkan Liverpool pressing di kawasan Chelsea dengan intensiti Tinggi. Cahill dimasukkan selepas itu, ini bermakna pemain ini fit.

3. Defensive Football dan 2 gol di masa kecederaan.
Memang mereka defensive dan gol di masa kecederaan itu memang sebahagian dari perancangan JM. Dia tahu gol sebelum rehat akan membunuh sedikit semangat dan menaikkan lagi offensive minded Liverpool bila start 2nd half. Mereka mendapat beberapa ruang untuk menyerang beramai ramai bila bola di kaki cole, ataupun salah tapi offensive mereka sengaja dikawal kerana mereka ini melancarkan serangan di minit akhir. Gerrard memudahkan tugas mereka. Lihat posisi Ba, dia pressing ke atas bila masa pertama nak habis dan bila second half Ba banyak di kawasan sendiri dan kadang kadang di belakang bola. Mourinho memasukan Willian untuk mencari ruang counter attack bila Liverpool pressing di luar kotak .Sekali lagi Liverpool memudahkan tugas chelsea, bola terlepas ke kaki Torres dan Torres melorongkan kepad Willian .




4. Break the Liverpool Diamond.
Chelsea pasukan paling berjaya memecahkan diamond Liverpool dengan sistem rectangular shape. Ini memaksa diamond Liverpool menjadi wide dan tak compact. Hubungan antara pemain untuk melakukan passing amat sukar kerana shape segi empat itu menutup ruang di hadapan back 4 chelsea dan mereka sangat disiplin. So takut, team lain belajar benda ni. Perkara yang tak dilakukan City dan Arsenal sebelum ini. Shape ini amat fluid dan boleh berubah dalam sekejap tapi compactness tetap diutamakan

5. Back 5 + 3DMF atau sistem - 5-3-1-1 dan kekalkan disiplin
Sistem yang compact di tengah dan cuba menghalang Liverpool masuk dengan disiplin tinggi untuk tidak melakukan silly foul. Mereka berjaya sekali lagi. Liverpool banyak mencuba dari Luar kotak kerana terlalu sesak. Masa iniliah Liverpool patut masukkan big man, seperti Agger. Letakkan Agger skrtel di atas untuk menyambut cross. Cross sekerap mungkin.




6. Liverpool's Plan B,C,D??
Sepatutnya Liverpool dah ada plan B. BR pasti tahu yang Chelsea akan bermain defensive approach, kenapa tak menggunakan plan B sama ada dari segi taktikal atau teknikal. Taktikal, Liverpool sudah meletakkan Extra man tapi gagal, kenapa tak masukkan big man seperti Agger untuk battle di dalam kotak penalti chelsea. Dan gunakan pendekatan crossing crossing dan crossing untuk mendesak mereka melakukan kesilapan. Ini tak, mereka masih nak gunakan method masuk ke dalam final third dengan fizikal sterling, coutinho dan aspas untuk merempuh 7 atau 8 pemain chelsea memang sukar. Sebab itu saya kata, masukkan big man untuk jadi extra man atau tanam sakho atau skrtel di kawasan pintu gol Chelsea dan Johnson serta flanno menjadi back 3 bersama sakho. Masukkan Aspas, ternyata silap. Sturridge pula masih tak fit, memang dia out dalam game.

Dari segi teknikal, Liverpool patut berlatih lebih banyak shoot dari Luar dah tahu orang nak parking bas. Ini cuma Gerrard dan Suarez berkemampuan . Sterling???? Cubaan dari luar kotak dengan kualiti shot yang baik satu satunya cara untk memecah kebuntuan. Seringkali Schwarzer termuntah bola bila ada sepakan dari luar , tapi ia tak kerap.



7. Liverpool to blame...Gol pendahuluan lawan dan Individual error.
Memang kita sendiri harus dipersalahkan. Defensive atau negative football ialah sebahagia taktikal dan kenapa kita perlu terlalu agresif dan tidak menjemput atau menarik mereka masuk ke channel kita dengan posession bola di kawasan sendiri. Kerana bagi saya jika Chelsea pasif kita lagi la boleh nak main pasif sebab seri adalah keputusan yg memihak pada kita dan bukan untuk mereka. Tapi bila memberi gol awal, ia lagi menyukarkan Liverpool untuk bermain selamat. Gol kedua Chelsea mistake sturridge yang teragak agak.

Malam tadi kita telah kalah secara taktikal dan tak cukup plan B ,C, atau D. Ini jerana Mourinho mengenali corak BR. Henderson sekali lagi dirindui dengan kemampuan dia untuk track back. Chelsea nampak senang masuk ke kawasan backline Liverpool kerana speed yang ada pada Schurle mahupun Willian. Satu yang kita harus belajar, oofensive football bukan sesuatu yang menjamin kemenangan dan Jose membuktikan, tanpa striker yang bagus tapi jika anda ada defensive organisation yang baik anda boleh menang walaupun ugly, sebab yang penting 3 mata. Yang pasti walaupun kita menguasai bola tapi Chelsea menang sebab mereka bagus dengan taktikal mereka. Dalam erti kata lain, best team wins. Kita banyak terlepas bola, hantaran tak tepat selalu kena potong. Tahniah CHELSEA!

KPLM


BPL 2013/14 (Game 36) - Liverpool 0-2 Chelsea

Written By Unknown on Isnin, 28 April 2014 | 2:04 PG


Lebur sudah rekod bersih Liverpool untuk mencipta 12 kemenangan berturut-turut apabila tersungkur di halaman sendiri dengan pasukan Chelsea. Tewas 0-2 boleh dikatakan agak perit untuk diterima lebih-lebih lagi bermain di stadium Anfield dan menentang pasukan Chelsea yang hanya menurunkan barisan keduanya.

Nampaknya Brendan Rodgers masih belum mampu lagi untuk mengatasi bekas bosnya di Chelsea dulu. Masih banyak lagi ilmu silap mata yang masih disimpan rapi oleh Mourinho tidak diperturunkan kepada sahabatnya ini. Dari segi perang saraf dan tektikal sememangnya perkara utama yang melayakkan Chelsea merentap keegoan Liverpool.


Over confident adalah punca sebenar Liverpool hilang pertimbangan. Memang diakui Liverpool amat lemah apabila bertemu pasukan yang mengamalkan corak permainan bertahan. Sudah lama diperhatikan, apabila menentang pasukan yang kuat berkampung, pasti Liverpool akan kalah dengan jaringan counter attack atau paling tidak pun seri. Bayangkan Mourinho meletakkan 10 pemainnya untuk bertahan dan penjaga golnya pula cekap bagai nak rak. Memang maut gila punya nak tembus. Jadi tektikal pertama Mourinho sudah berjaya.

Tektikal kedua sudah pastilah Counter attack. Disebalik Liverpool mengerah kudrat setiap pemain untuk terus mengasak kubu Chelsea, pemain terlupa bahawa ada seorang musuh yag sudah bersedia untuk membuat serang hendap. Kalau pertahanan pun dah tiada, nak harapkan Mignolet sahaja memanglah tak boleh. Harap nasib sajalah. yang boleh membantu itupun tetap hampa.

Semenjak Lucas kembali bermain, kita lihat Gerrard masih terus menghuni posisi defensive midfielder. Bukan pada perlawanan ini sahaja, malah sebelum-sebelum ini pun begitu juga.Bukankah posisi tersebut lebih layak untuk Lucas. Tak salah untuk bertukar-tukar posisi seandainya terdesak tiada pemain yang layak masih boleh diterima tetapi terlalu lama meletakkan pemain di posisi yang salah, inilah ubatya.

Bermain dalam tekanan biasanya akan memakan diri sendiri. Sedikit kesilapan pasti akan dihukum. Begitulah yang dilakukan oleh Gerrard. Tergelincir dari landasan telah memudahkan Demba Ba punya kerja. Adakah kapten boleh terlepas dari sebarang kutukan? Apapun walau siap pun pemain Liverpool yang melakukan kesilapan, kemaafan perlu diberikan. Tak semuanya perfectkan.

Dari berada di kedudukan selesa untuk menjulang piala liga dengan lebih awal, kini Liverpool terpaksa berhempas puas kembali untuk merealisasikanya. Peluang kembali terbuka kepada Chelsea dan Manchester City. Chelsea hanya kurang 2 mata dibelakang sementara MC 3 mata kurang dan masih lagi ada 3 perlawanan berbanding Liverpool dan Chelsea. Seandainya Livepool dan MC memenangi kesemua baki perlawanan masing-masing, nampaknya MC akan ditabalkan sebagai juara dimana walaupun mata sama, tetapi perbezaan jaringan lebih memihak kepada mereka. Ketika ini Liverpool hanya mempunyai 50 gol perbezaan berbanding 58 gol untuk MC. Jadi seain mengharapkan MC kehilangan mata penuh pada baki perlawanan mereka, Liverpool mesti berkerja keras untuk mendapatkan lebih dari 10 gol. Persoalannya adakah mampu Liverpool untuk buat kerja gila ni? Kalau boleh tak mahu lagi insiden 2008/09 berulang kembali lagi.


Apapun pun nasib kesudahan Liverpool dipenghujung musim ini, kita terimalah dengan seadanya. Matlamat asal di awal musim sudah pun tercapai untuk kembali ke kancah persaingan liga juara-juara Eropah. Menjulang trofi liga sebenarnya adalah bonus hasil kerja keras keluarga Liverpool. Walau bagaimana pun harapan masih ada dan berharap tuah 2013/14 ini milik Liverpool. YNWA......

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan (Aspas), Skrtel, Sakho, Johnson, Gerrard, Allen, Lucas (Sturridge), Coutinho, Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Toure, Agger, Cissokho, Alberto, Aspas, Sturridge

CHELSEA : Schwarzer, Azpilicueta, Ivanovic, Kalas, Cole, Lampard, Mikel, Matic, Salah (Willian), Ba (Torres), Schurrle (Cahill)
SUBS : Hilario, Ake, Cahill, Van Ginkel, Baker, Willian, Torres




Baca juga - Mari belajar taktik PARKING BAS


Preview : BPL 2013/14 (Game 35) - Norwich City vs Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 20 April 2014 | 3:33 PG


Minggu ini adalah minggu yang cukup menggembirakan. Selepas mengalahkan pasukan Manchester City 3-2 Ahad lalu, kita di khabarkan pula kegembiraan dan keajaiban yang telah dilakukan oleh pasukan Sunderland. Sunderland adalah pasukan yang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran EPL telah berjaya membantu Liverpool untuk menyukarkan lagi peluang dua pasukan pesaing bagi merebut gelaran juara liga.

Selepas mengikat Manchester City 2-2 di Etihad, hari ini Chelsea pula menjadi mangsa terbaru Sunderland. Bermain di Stamford Bridge bukanlah lesen untuk memperolehi kemenangan mudah apatah lagi dengan kebanggaan rekod mourinho disini yang 77 perlawanan tidak pernah kalah. Pemain yang dipinjamkan oleh Liverpool ke Sunderland, Borini telah melenyapkan impian Chelsea buat seketika apabila jaringan melalui penaltinya memberikan kemenangan bergaya 2-1 Sunderland. Wajarkah Borini diberi peluang kali kedua untuk Liverpool ada musim hadapan?

Dipendekkan cerita, apa yang terjadi kepada dua pasukan tersebut adalah peluang untuk Liverpool menjarakkan lagi mata jauh dari mereka. Peluang mesti disempurnakan apabila Liverpool berkunjung ke Carrow Stadium hari ini untuk menentang pasukan Norwich City.

Mengikut rekod pertemuan dengan Norwich dibawah kendalian Bendan Rodgers ini, Liverpool sebenarnya tidak mempunyai masalah daan cabaran besar untuk mudah menjinakkan mereka. Dua kali pertemuan di musim 2012/13 serta satu pertemuan dimusim ini dimenangi oleh Liverpool dengan penuh bergaya sekali. Liverpool menang 2-5 dan 5-0 pada musim lalu serta menang 5-1 pada musim ini. Semuanya lima gol.

Tetapi janganlah dijadikan rekod tersebut sebagai suatu kejayaan yang belum pasti. Harus diingat, pasukan Norwich ini masih belum berada dalam kedudukan selamat dari zon penyingkiran EPL. Menduduki tangga ke 17 liga bukanlah lesen untuk mereka bermain sambil lewa apatah lagi hanya dibezakan 2,3 mata dari tiga pasukan terbawah liga yang lain. Ini menjadikan pasukan Norwich akan bermain mati-matian untuk membenam Liverpool dan menyelamatkan diri dari tergolong dalam kelompok tersingkir.

Tanpa kelibat Henderson yang digantung tiga perlawanan akibat kad merah yang diperolehi ketika menentang Manchester City lalu, bukanlah alasan untuk Liverpool goyah. Brendan Rodgers pasti akan menggunakan khidmat Joe Allen ataupun Lucas untuk bergandingan dengan Gerrard. Mungkin akan sedikit terasa akibat kehilangan Henderson yang tidak pernah terlepas sebarang perlawanan liga sebelum ini. Harapnya Liverpool mampu untuk mencapai impian yang diimpikan.

Macam biasa berapa jaringan yang mesti dijaringkan adalah tidak penting. Tiga mata berharga itulah yang mesti diperolehi. Andainya boleh kenduri gol, memang tabik spring. Andainya 1 gol pun sudah memadai. Yang penting kita penyokong Liverpool happy. YNWA.


NORWICH CITY vs LIVERPOOL
[Game 35 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : CARROW Stadium
Tarikh : 20 April 2014 | Ahad
Waktu : 07:00 Malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)


BPL 2013/14 (Game 34) - Liverpool 3-2 Manchester City

Written By Unknown on Jumaat, 18 April 2014 | 11:45 PTG


Maaf terlambat update dan berceloteh mengenai perlawanan yang cukup getir ini. Minggu ini sungguh sibuk dengan urusan Seri Paduka Baginda sehingga nak berhalaman sosial pun tak sempat. Begitulah rutin kehidupan saya, apabila sampai masanya sibuk, memang tak fikir apa melainkan kena fokus dan settlekan juga segala urusan.

Ok ler. Pasti masih ramai lagi peminat-peminat setia Liverpool FC masih terbayang-bayang dengan kejayaan  Liverpool mengalahkan pasukan Manchester City dengan keputusan 3-2 pada hari Ahad lalu. Rasa dah macam perlawanan akhir dan kucup piala pula. Mana taknya, kapten Steven Gerrard sampai dah tahap menangis-nangis selepas tamat perlawanan. Itulah nikmatnya merasai kemenangan dengan pasukan penuh bintang dalam mempertahankan dan memperkukuhkan kedudukan di takhta liga.


Perlawanan yang cukup mendebarkan bagi kedua-dua pasukan lebih-lebih lagi ketika pasukan MC berjaya mengikat kedudukan 2-2 selepas Liverpool mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Jika dilihat sejak perlawanan bermula, boleh dikatakan Liverpool lebih menyerlah berbanding MC. Mengunci permainan Silva dan Nasri serta Yaya Toure yang terpaksa dikeluarkan akibat cedera seawal minit ke-19 adalah punca kemerosotan MC.

Walau bagaimanapun MC kembali berubah watak pada separuh masa kedua. Kemasukkan Milner menggantikan Navas yang tak bernafas telah membuatkan pergerakkan Silva kembali bermaya. Pertahanan Liverpool seharusnya belajar dari punca gol awal Silva yang tidak diterima oleh pengadil akibat bola sudah pun keluar dari kawasan permainan sebelum dihantar oleh Milner. Kegagalan membaca pergerakkan-pergerakkan pantas Milner dan Silva inilah membuatkan Silva sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan.


Bila dah dapat satu gol, semangat untuk merobek gawang Liverpool berterusan dilancarkan. Macam biasa, Silva kalau terlepas pandang pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada pasukan lawannya. Itulah yang terus terjadi apbila Silva yang ingin membuat hantaran silang, gagal dikuis kemas oleh Johnson dan Mignolet untuk memberi MC gol kedua. Terteralah Johnson sebagai penjaring gol sendiri. Tetapi kalau dah tertulis dua gol sahaja M dapat, cuba macam manalah pun, tetap tak akan bolos lagi dengan kecekapan Mignolet dan kesedaran barisan pertahanan untuk menangkis asakan.

Kalau Johnson dah buat baik bagi gol sendiri, kali ini Kompany pula membalas budi. Kegagalan Kompany untuk mngeluarkan bola dengan kemas dari dalam kotak penalti telah membuatkan bola terhidang dihadapan mata Coutinho untuk disudahkan dengan baik sekali. Memang terkedu Kompany dan Joe Hart dengan gol tersebut.


Apapun Liverpool terus berjaya mempertahankan keputusan 3-2 sehingga tamat perlawanan walaupun dipenghujung perlawanan Henderson dilayangkan kad merah. Untuk pengetahuan anda, inilah kad merah pertama untuk pemain Liverpool bagi musim ini. Sayang jugakan. Kalau tak dah tentu Liverpool boleh diiktiraf sebagai pasukan terbersih bagi musim ini.

Sedikit menduka citakan, Sturridge agak tenggelam pada perlawanan ini. Sikap tamaknya masih berterusan. Suarez pula mula menjadi pelakon-pelakon untuk meraih simpati samaada didalam kotak penalti ataupun diluar. Perbuatan itu jugalah menyebabkan apabila betul-betul terjadi Suarez dikasari, pengadil mengendahkannya. Harapnya kedua-dua pemain ini perlu memperbaiki sikap mereka dalam menamatkan kemarau gol yang sedang melanda.


Tahniah kepada Sterling, Skrtel dan juga Coutinho yang berjaya memberi tiga mata berharga untuk Liverpool. Kegagalan MC untuk meraih mata penuh selepas seri pada perlawanan menentang Sunderland pada pertengahan minggu ini telah membuatkan kita tersenyum gembira  memandangkan perbezaan mata telah menjadi 6 mata antara Liverpool dan MC walaupun MC masih lagi berhutang satu perlawanan. Fokus kali ini sudah tentu terhadap pasukan Chelsea yang berbeza dua mata. Seandainya Liverpool membuat sedikit kesilapan, peluang Chelsea untuk memintas amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi baki perlawanan nanti Liverpool akan bertemu Norwich dan Crystal Palace yang akan berjuang habis-habisan untuk mengelakkan terhumban ke liga Championship untuk musim hadapan. Semoga Liverpool dapat mengekalkan penguasaan liga. YNWA.

FAKTA

  • Kemenangan pada perlawanan ini adalah kemenangan ke 10 berturut-turut Liverpool di dalam EPL. 
  • Kemenangan ini juga menjadikan Liverpool tidak pernah tewas dalam 15 perlawanan berturut-turut. (13 menang, 2 seri). Rujuk DISINI.
  • Henderson adalah pemain pertama dalam pasukan Liverpool yang dianugerahkan kad merah untuk musim ini. 
  • Johnson adalah pemain ke-3 yang menjaringkan gol sendiri selepas Skrtel (2 gol) dan Kolo Toure (1 gol) Rujuk DISINI

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Sakho, Skrtel, Johnson, Gerrard, Henderson, Coutinho (Moses), Sterling (Lucas), Suarez, Sturridge (Allen)
SUBS : Jones, Toure, Agger, Aspas, Moses, Allen, Lucas

MANCHESTER CITY : Hart, Zabaleta, Kompany, Demichelis, Clichy, Yaya (Garcia), Fernandinho, Navas (Milner), Nasri, Silva, Dzeko (Aguero)
SUBS : Pantilimon, Lescott, Milner, Negredo, Kolarov, Garcia, Aguero



highlights & goals - Liverpool vs Manchester... by TotallyOffside

BPL 2013/14 (Game 33) - West Ham 1-2 Liverpool

Written By Unknown on Isnin, 7 April 2014 | 4:35 PG


Dua jaringan melalui penalti menunjukkan tuah terus menyebelahi pasukan Liverpool. Kedua-dua jaringan penalti tersebut berjaya disempurnakan oleh kapten Liverpool Steven Gerrard untuk melakar kemenangn 1-2 menewaskan West Ham di Upton Park.

Seperti yang dijangkakan, Liverpool pasti akan menerima tentangan sengit oleh pasukan-pasukan di kelas pertengahan malah bawahan liga. Barisan tengah dan pertahanan West Ham pada perlawanan ini sememangnya amat kebal dan terlalu sukar untuk ditembusi oleh skuad penyerang Liverpool.


Kepekaan dan keterlanjuran pengadil sedikit sebanyak membuatkan kita memujinya malah kita akan memakinya. Untuk memuji pengadil sudah tentulah dengan keputusannya untuk menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Liverpool. Keterlanjurannya pula ialah jaringan kontroversi West Ham yang dihasilkan berpunca dari kekasaran Andy Carroll terhadap Mignolet sebelum disudahkan oleh Guy Demel. Jika dilihat selepas kejadian tersebut, penjaga garisan sudah pun mengangkat bendera menandakan ada kekasaran yang telah berlaku. Walau bagaimanapun, selepas pengadil dan penjaga garisan berbincang, akhirnya keputusan sepakat telah diperolehi untuk menghalalkan jaringan tersebut.


Minggu ini bukanlah perlawanan bertuah untuk Suarez apatah lagi Sturridge. Dalam banyak-banyak percubaan, dua kali Suarez dihampakan oleh palang gol membuatkannya terus menggigit jari. Sturridge sukar untuk bergerak bebas apabila dikawal rapi oleh pertahanan West Ham. Kalau adapun percubaanya langsung tidak merbahayakan penjaga gol.

Sakho yang terlalu lama bercuti telah digandingkan semula bersama Skrtel. Gandingan mereka sama seperti dahulu terbukti kental walaupun adakalanya terlepas pandang. Memasukkan Lucas diawal separuh masa kedua untuk menggantikan Coutinho sememangnya dialu-alukan. Kelibatnya telah banyak membantu mengerakkan kembali kuasa menyerang dengan lebih tersusun. Tidak cukup dengan itu juga, posisi tengah bertahan yang digalasnya cukup membantu untuk menangkis asakan yang cuba dilakukan oleh pemain West Ham.


Secara keseluruhannya, Liverpool perlu untuk lebih berusaha dalam setiap perlawanan tanpa memandang rendah terhadap pasukan lawan bagi memastikan terus berada dipuncak liga. Hanya tinggal 5 perlawanan sahaja lagi untuk ditempuhi bagi merealisasikan impian menjadi juara liga. Peluang yang terhidang seharusnya tidak dipersiakan. Sedikit kesilapan yang membawa tercicir dari memungut 3 mata penuh dalam setiap perlawanan pasti akan mengundang kecelakaan di penghujung musim. Jangan sampai ada pasukan lain memintas diselekoh terakhir membuatkan Liverpool menggigit jari. Next game bertemu pasukan Manchester City. Harap pemain Liverpool tidak bermasalah untuk mengutip 3 mata berharga. YNWA.


WEST HAM UNITED : Adrian, Reid, Nolan (Nocerino), Tomkins, Armero, Carroll, Taylor (Jarvis), Noble, Demel, Diame (C.Cole), Downing
SUBS : Jaaskelainen, Jarvis, C.Cole, J.Cole, Potts, Johnson, Nocerino

LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Flanagan, Sakho, Skrtel, Gerrard, Henderson, Coutinho (Lucas), Sterling, Suarez, Sturridge (Toure)
SUBS : Jones, Toure, Cissokho, Lucas, Moses, Allen, Aspas


Highlights & All Goals ~ West Ham vs Liverpool... by bruceblack0106


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger