Home » , , , » Pencarian penulis Liverpool FC

Pencarian penulis Liverpool FC

Written By peminat liverpool on Sabtu, 14 April 2012 | 5:02 PG

Jawatan kosong untuk mencari penulis artikel secara tetap dan jemputan.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM). Walau dimana anda berada terima kasih diucapkan diatas kesudian menjenguk blog yang masih dalam proses pembangunan sama seperti pasukan Liverpool kerana tanpa anda blog ini akan menjadi sepi tanpa pengunjung.

Kali ini dengan rasa hati yang ikhlas lagi jujur, kami dipihak admin blog KPLM sedang menjalankan pencarian blogger-blogger samaada berpengalaman atau tidak untuk mencurahkan idea dan pengetahuan anda mengenai Liverpool FC. Berdasarkan semangat "You'll Never Walk Alone", sudah pastinya kami mempelawa sambil cuba mencungkil bakat-bakat terpendam yang anda miliki tetapi tiada tempat untuk diperkembangkan.

Disini kami mengharapkan anda sudi menghiaskan artikel-artikel yang menarik lagi bernas untuk dikongsi oleh semua pengunjung blog KPLM diseluruh dunia khasnya untuk peminat-peminat Liverpool FC. Jika anda tergolong didalam kategori syarat-syarat dibawah, apa salahnya mencurahkan sesuatu demi kebaikan kelab KPLM dan juga Liverpool FC. Renung-renungkan dan selamat berbakti. YNWA


Syarat-syarat dan kelayakan

  • Anda adalah penyokong tegar LIVERPOOL FC
  • Keutamaan akan diberikan kepada anda yang sudah bejinak2 dalam dunia blogger dan mempunyai blog sendiri. Sekiranya blog anda juga berkisar Liverpool FC adalah amat dialu-alukan.
  • Blog yang sedang dibina ini berasaskan blogspot. Jadi anda mestilah tahu untuk menggunakan perisian tersebut. Tetapi sekiranya anda tidak tahu itu bukan alasannya kerana anda juga boleh menghantar artikel anda untuk kami postkan dalam blog.
  • ADMIN TETAP - Untuk menjadi admin tetap anda perlulah sekurangnya menghantar kepada kami 4-5 artikel untuk kami nilai terlebih dahulu. Sekiranya layak anda akan diberitahu kelak. Tetapi kelebihan akan diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai blog mengenai Liverpool FC sendiri kerana tiada ujian akan dilakukan terhadap anda melainkan terus diiktiraf sebagai admin.
  • PENULIS JEMPUTAN - Anda tidak terikat untuk menghantar Artikel atau pandangan dalam membahaskan isu Liverpool. Jika kami fikir ia tidak layak untuk dijadikan artikel rasmi, kami juga masih boleh mempertimbangkan artikel anda tersebut sebagai surat peminat yang juga akan dimuatkan dalam ruangan blog ini. Tetapi berkemungkinan artikel-artikel anda akan diolah sedikit dari yang asal mengikut kesesuai keadaan semasa. Harap maklum ye.
  • COPY & PASTE bulat-bulat dari halaman lain adalah amat dilarang sama sekali melainkan ia dari hasil karya dalam blog anda sendiri. Curi bahan tu adatlah, tapi olahan biar sendiri punya buah fikiran.
  • DILARANG MEMAKI HAMUN, MENCARUT dan MENJATUHKAN MARUAH pasukan Liverpool kerana kami menganggap blog ini adalah sebagai blog rasmi. Jadi berilah sesuatu artikel atau pandangan yang positif. Kalau nak buat macam tu juga buatlah di blog anda sendiri. Harap faham maksud istilah blog RASMI dan INDIVIDU.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab keatas komen-komen pengunjung diatas artikel yang anda tuliskan.
  • Semua artikel anda TIDAK AKAN DIBAYAR walau sesen pun. FREE je tau. Kira buat kerja amal dan hobi mengarang untuk Liverpool.
  • Sekiranya berminat sila hubungi kami untuk keterangan lanjut samaada melalui EMAIL KPLM ataupun di ruangan MAKLUMBALAS. Selamat mencuba.
-SG-
Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

11 Ogos 2013 pada 2:35 PTG

Saya nak memohon jadi penulis artikel jemputan. Saya memang peminat tegar dari awal tahun 80an lagi.

Saya telah berpengalaman menjadi blogger dan menggunakan blogspot sejak tahun 2006 tapi hanya sekarang baru saya wujudkan blog peribadi mengenai liverpool fc.

artikel pertama saya untuk liverpool fc adalah seperti berikut:-

http://akusokongliverpool.blogspot.com/2013/08/rooney-ganti-suarez.html

YNWA

Hairul

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger