![]() |
gambaran jersey pertama Liverpool |
Jika dilihatkan kepada sejarah lampau pada aspek jersey yang pernah dipakai oleh pemain-pemain Liverpool. sememangnya berkemungkinan anda agak terkejut kerana pada awal penubuhan kelab warna Home Kit untuk Liverpool adalah berasaskan kepada warna biru. Anatara sebab mengapa pada era itu dipilih warna biru adalah kerana untuk mengikut jiran Kita iaitu Everton Fc yang turut juga memakai warna berasaskan biru. Dan warna ini digunakan sekitar tahun 1892 hingga 1896.
Dan selepas itu dengan secara rasminya Liverpool memakai warna merah sebagai warna tunjang dalam home kit jersey. Pada tahun 1955, berlaku lagi sejarah penting dalam pasukan dimana, pada tahun tersebut dengan secara rasminya liver bird diletakkan di setiap jersey yang dipakai oleh pemain Liverpool dan perkara ini berterusan sehingga sekarang.
![]() |
Carlsberg merupakan penaja paling lama di Liverpool |
Pada tahun 1979, setelah berlaku era profesional dalam setiap kelab yang bermain di Liga Perdana ketika itu, Liverpool Fc telah menerima tawaran untuk meletakkan logo penaja di Jersey kelab. Dan ini juga merupakan salah saltu sejarah dimana pada ketika itu Liverpool Fc adalah pasukan pertama dalam mana- mana kelab yang bermain di Liga Perdana yang mempunyai Logo penaja di jersey kelab.
![]() |
Jersi terkini menampilkan tajaan dari Standard Chartered |
1979-1982 => Hitachi
1982-1988 => Crown Paints
1988-1992 => Candy
1992-2010 => Carlsberg
2010-? => Standard Chartered Bank
-BobDaron-
Catat Ulasan