Home » , , , » KPLM - Kelab Peminat Liverpool (Malaysia)

KPLM - Kelab Peminat Liverpool (Malaysia)

Written By peminat liverpool on Jumaat, 23 Mac 2012 | 11:36 PG

Selamat datang ke Blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM). Blog yang bakal memberi maklumat untuk pengunjung khasnya untuk peminat Liverpool FC (LFC) bukan saja di Malaysia malahan diserata dunia. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada anda dalam pencarian dan pengetahuan serta info semasa lebih tepat mengenai KPLM dan juga LFC.

Sebelum kami merungkai lebih jauh tentang matlamat sebenar  terciptanya KPLM ini, terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan latar belakang mengenai KPLM. KPLM secara ringkasnya telah diwujudkan hasil dari usaha peminat-peminat setia yang ingin mengumpulkan lebih ramai lagi penyokong Liverpool diserata dunia di alam maya ini. Bukanlah niat kami untuk berlumba2 mencipta KPLM dengan rujuan melawan kekuatan atau apa sahaja dengan kumpulan penyokong Liverpool yang lain. Tetapi mengawal kumpulan-kumpulan kecil adalah lebih mudah dari mengawal kumpulan yang sudah sedia besar dan ramai peminatnya.

Memang diakui sehingga kini telah banyak kelab penyokong LFC yang berjaya di wujudkan terutamanya di Malaysia. Setiap kelab mempunyai ideologi yang berlainan tetapi tetap sama matlamat iaitu terus menjadi penyokong setia LFC. Oleh sebab itu tidak menjadi masalah kiranya KPLM ini diwujudkan dengan pandangan serta pendapat tersendiri disamping terus bersatu menyokong LFC dengan sepenuh hati.

PENUBUHAN KPLM

FACEBOOK PAGE



Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) ini telah ditubuhkan pada hari Rabu bersamaan 21 Disember 2011. KPLM mula disebarkan kepada umum selepas didaftarkan di halaman sosial Facebook  (LIKE PAGES). Sehingga artikel ini ditulis, halaman KPLM telah pun berusia 3 bulan atau lebih tepatnya 92 hari dan berjaya mengumpulkan  seramai  lebih dari 8600 orang yang menyukai halaman KPLM (untuk lebih tepat dan terkini sila rujuk BADGE FACEBOOK  disebelah kanan blog). Purata sehari yang mengemarinya ialah dalam linkungan 100 orang. Jika anda menyukai halaman kami, sila LIKE badge Facebook disebelah kanan blog ini.

FACEBOOK GROUP



Tidak lama selepas itu, kami terus bergiat aktif dengan memperkembangkan KPLM dengan membina halaman kumpulan (GROUP) di Facebook. Sambutan yang amat mengalakkan dikalangan penyokong-penyokong  setia LFC disamping peminat halaman KPLM ini sendiri. Walaupun kumpulan ini hanya kumpulan tertutup khas untuk peminat yang benar2 menyintai LFC sahaja, tetapi kini penyertaan ahli amatlah memberansangkan dah telah mencecah lebih dari 1700 orang. Dihalaman ini juga perbincangan diantara ahli kumpulan mengenai perkembangan serta isu-isu semasa mengenai LFC dan KPLM  sering dibincangkan untuk mencari kata sepakat. Jika anda berminat untuk menyertainya sila KLIK DISINI

Selepas 3 bulan kelahiran KPLM ini, kini kami di KPLM mengembangkan lagi sayap dengan mencipta pula blog ini untuk tatapan ahli KPLM dan juga peminat setia LFC. Ketika artikel ini ditulis, blog KPLM ini baru berusia 5 hari dan masih belum beberapa sempurna seperti yang anda lihat sekarang. Walaupun begitu kami masih lagi belum boleh mendabik dada dengan beberapa kejayaan kami mengembangkan sayap KPLM dimana usia kelab yang masih mentah, banyak lagi yang perlu kami perbaiki demi menjamin kepuasan kepada semua ahli  KPLM dan peminat LFC.

Oleh itu kami berharap anda sebagai pengunjung yang kami hormati agar dapat memberi pandangan serta teguran kepada kami dalam penghasilan yang lebih baik dimasa akan datang.  Segala persoalan dan pandangan boleh anda usulkan di halaman maklumbalas. Semoga segala tunjuk ajar anda dapat membantu kami untuk memperkukuhkan lagi KPLM dimata peminat setia Liverpool FC. YNWA

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger