Latest Post
Memaparkan catatan dengan label YOU'LL NEVER WALK ALONE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YOU'LL NEVER WALK ALONE. Papar semua catatan

Sigurdsson, Next Season dan Oh, England..

Written By Captain on Selasa, 26 Jun 2012 | 6:05 PTG

Sigurdsson, Luc Castaignos, Aly Cissokho, Salomon Rondon, Mbaye Niang, Gaston Ramirez, Victor Moses, Raul Garcia, Milos Krasic, Cristian Tello dan Salomon Kalou.

Itu sebahagian daripada nama² yang dikaitkan dengan Liverpool FC sempena transfer season yang akan dibuka semula pada 1 Ogos nanti. Seperti biasa waktu² begini saya akan baring, berangan dan senyum (lebar :D ) memikirkan siapa yg akan join LFC utk season 2012-13.


Apa yang boleh dirumuskan berdasarkan season lepas, jujur saya katakan LFC kini mempunyai sebuah pasukan yang mantap, dan bermain dengan cantik (thank you King for the quick flowing football you've given us!) TETAPI LFC kekurangan wide players dan finishers. Pendapat peribadi, LFC akan menjadi sebuah pasukan yang lebih umphh! jikalau Mr. Brendan kita membawa masuk at least 3 attacking players.

Cukuplah jikalau hanya Sigurdsson, Victor Moses dan Cristian Tello menyertai kita, saya pasti season 2012-13 akan menjadi satu season yang menarik buat LFC. Dan jika ada budget lebih, bolehlah dapatkan Aly Cissokho on the way

Tak perlu berbelanja besar, Mr. Brendan hanya perlu implement gaya tiki takanya dan insyaallah next season akan menjadi suatu musim yang menarik.

Oh, sekarang agak keciwa pasal England tersingkir dari Euro 2012. Walaupun hati sedih, otak mengatakan memang agak susah utk England melepasi Italy. Walaubagaimanapun saya gembira melihat Gerrard selaku captain England bermain dengan cemerlang, dan juga Carroll dengan header mantapnya.

BRING ON THE NEW SEASON!

(picture credit:  http://www.mirrorfootball.co.uk )

# Takziah kepada Miki Roque, bekas pemain Liverpool yang meninggal kerana cancer. :(
-- Captain -- JFT96 

Kikis Budaya Plastic Fans, dan 'United We Stand'

Written By Captain on Jumaat, 15 Jun 2012 | 9:41 PG


                                                                                
Season 2011-12 Liverpool merupakan satu season yang menyedihkan buat kebanyakkan peminat LFC, bukan hanya kerana league standing kita yang kurang memuaskan, tapi LFC telah kehilangan seorang lagenda yang betul betul berdarah merah, King Kenny Dalglish.

Tapi artikel ini bukan mahu mengulas apa yg telah dilakukan the King (saya rasa kita semua sedia maklum kehebatan beliau), tetapi saya tertarik dengan sebilangan comment pahit yg diberikan ‘penyokong’ Liverpool sendiri.  Para ‘penyokong’ yang layak dibilang sebagai plastic fans.

Saya sememangnya kagum dengan loyalty yang ditunjukkan oleh para penyokong Liverpool di UK. Melalui research dan berforum dengan beberapa orang Scousers, saya lebih memahami kenapa penduduk Merseyside begitu bersatu sekali.

Tragedi Heysel merupakan satu kecelakaan yang menyedihkan LFC, tetapi tragedi Hillsborough bukak peluang kepada media untuk menghentam Liverpool sebagai bandar bermasalah. Penduduk Liverpool bersatu dalam hal ini, tetapi di zaman hooliganism berleluasa LFC disalahkan kebanyakkan media UK (terutamanya The Sun UK). Di sini penduduk Liverpool ditindas….Kerajaan UK pula pada tahun 80 – 90 an mempopularkan pelabuhan-pelabuhan di selatan, menenggelamkan zaman emas Liverpool sebagai bandar pelabuhan penting di England (begitu juga terkuburnya Albert Dock). Sekali lagi penduduk Liverpool disisihkan. Ini merupakan antara beberapa peristiwa yang tidak adil buat penduduk Merseyside secara am, dan penyokong LFC khasnya.

Tapi kita di sini pula, bila season 2011- 2012 berjalan tidak seperti yang kita ingini, keluarlah suara-suara sumbang yang mengkritik itu ini. Kalau baca komen mereka (para pengkritik) memang kita akan kagum…kerana mereka ini memberikan idea taktikal, transfers insight kepada Daglish seumpama mereka ada coaching license dari FIFA. Malah (sebelum Daglish dipecat) ada plastic fans ini yang cukup lantang memanggil kepada pemecatan Daglish. Inilah golongan plastic fans tuan puan sekalian.

Oleh itu dengan season baru yang bakal bermula tidak lama lagi, saya harap kita sebagai penyokong the Reds Malaysia, dan ahli KPLM sokonglah dengan sepenuh hati.

Luahkan sokongan kita, dan  berdirilah bersama sama LFC, bukan hanya bersorak ketika LFC menang, dan kutuk mengutuk ketika LFC kalah.

#Oh ya Euro 2012 dah start, anda rasa team mana yang akan menang? Bet saya adalah pada Germany ataupun Spain.

-- Captain -- JFT96 

You'll Never Walk Alone - Lagu tema Liverpool FC

Written By peminat liverpool on Rabu, 28 Mac 2012 | 2:40 PG


Ini adalah antara koleksi-koleksi video lagu tema Liverpool FC 'You'll Never Walk Alone' yang terbaik dapat dikumpulkan. Marilah kita bersama-sama untuk menyaksikan video tersebut sambil menyanyikan lagu ini untuk menaikkan lagi semangat kita tehadap kelab kesayangan kita Liverpool FC. YNWA...


You'll Never Walk Alone" 2012 Tribute


YNWA dengan lirik


You'll Never Walk Alone - Charity Single





-SG-

Wikipedia - Sejarah lagu You'll Never Walk Alone

Written By peminat liverpool on Selasa, 20 Mac 2012 | 7:00 PG

You'll Never Walk Alone simbolik rasmi kepada penyokong Liverpool di seluruh dunia 

Asal usul sebenar lagu You'll Never Walk Alone yang selalu kedengaran dan dinyayikan oleh penyokong Liverpool adalah sebenarnya bedasarkan kepada persembahan muzikal di Broadway yang seperti sememangnya dikenali sebagai landasan insan seni teater untuk mempersembahkan persembahan mereka.

Pertama kali lagu ini, diperdengarkan di khalayak ramai adalah semasa teater muzikal yang benama Carousel dipesembahkan pada tahun 1945. Dan penyanyi pertama mendendangkan lagu ini adalah Christine Johnson Smith.

Bermula pada sekitar era tahun 1960 Liverpool dan seluruh penyokong Liverpool mula menggunakan lagu keramat ini sebagai acara rasmi sebelum squad Liverpool bermain di mana-mana perlawanan.

Dan pada 1963 dengan secara rasminya tiga ahli muzik yang terkenal di Liverpool iaitu Liverpudlian, Merseybeat dan Gerry & The Pacemakers pada era masa tersebut telah bergabung tenaga untuk membuat rakaman dan sekaligus menjadikan lagu ini sebagai satu simbolik kepada seluruh penyokong Liverpool. Dan perkataan You'll Never Walk Alone ini juga diletakkan di Shankly Gates yang merupakan pintu masuk utama untuk masuk ke stadium rasmi Liverpool iaitu Anfield.

Nak dengar lagu tersebut. sila KLIK DISINI



-BobDaron-

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger