Bagi seseorang yang bergelar peminat dan juga penyokong setia Liverpool FC, sudah pastinya akan teruja untuk mengenali pasukan ini dengan lebih mendalam lagi. Perasaan ingin tahu kisah sejarah lampau terciptanya Liverpool FC mungkin adakalanya kurang mendapat perhatian dari generasi peminat baru. Alangkah bagusnya kalau dihati semua peminat Liverpool FC ini dapat mengkaji serta memahami pembangunan kelab dimasa lampau untuk menjamin kesetian kepada kelab yang berterusan.
Kisah sebelum kelahiran Liverpool FC
Sebelum lahirnya kelab Liverpool FC (LFC) didunia ini, ada beberapa peristiwa yang tercatat dalam lipatan sejarah untuk disingkap dalam memahami bagaimana tertubuhnya kelab LFC ini. Seperti yang kita sedia maklum sebelum kelahiran LFC, kota Merseyside dahulunya sudah pun mempunyai kelab bolesepak profesional yang telah diwujudkan pada tahun 1878 iaitu kelab Everton FC. Everton terlebih dahulu lagi telah menempa nama dalam persada dunia bolasepak British.
John Houlding |
Episod pertelingkahan John Houlding dengan bekas kelab yang dikuasainya dulu Everton, bermula dari hal mengenai penyewaan padang bolasepak. Sebelum Everton menyewa padang di Anfield, terlebih dahulu mereka telah pun menggunakan pada awam yang terbuka di Stanley Park. Tetapi disebabkan Persatuan Bolasepak England pada tahun 1882 telah pun mensyaratkan Everton untuk bermain di stadium yang tertutup, maka usaha untuk berpindah ke lokasi lain bermula. Hasilnya melalui mesyuarat yang diadakan di Sandon Hotel yang kebetulan milik John Houlding membawa kepada Everton FC menyewa sebuah padang di Jalan Priory. Apabila pemilik padang tersebut tidak lagi membenarkan Everton FC menggunakan padang di Jalan Priory, John Houlding berjaya menyewa padang baru milik rakannya John Orrell yang terletak di Jalan Anfield. John Orrel bersetuju supaya Everton membayar sewaan pada kadar yang murah.
Pertelingkahan
Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Dalam tahun 1891, John Orrell mengancam hendak menamatkan sewaan stadium Anfield, dan John Houlding mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Syarikat Berhad untuk membeli padang tersebut. John Orrell bersetuju menjual Anfield, tetapi John Houlding juga adalah tuan punya tanah bersebelahan, John Houlding merancangkan supaya Syarikat baru tersebut membeli sekali tanah milik beliau bersekali dengan padang Anfield.
Stadium Anfield sekitar 1903 - 1906 |
Pemegang saham Everton terlalu marah dan menuduh John Houlding hendak mengaut keuntungan daripada kesukaran yang mereka hadapi. Pada 15 Mac 1892 John Houlding tewas undi dan Everton mengambil keputusan untuk meninggalkan Anfield and membeli padang baru. Everton berjaya membeli Goodison Park stadium yang digunakan sehingga kini, di sebelah utara Stanley Park dengan harga £8,000.
Kelahiran liverpool fc
Sijil penubuhan LFC |
Akibat kekalahan undi dan berpindahnya Everton FC ke Goodison Park, Houlding dan Orrell kini ditinggalkan dengan padang kosong dan 3 pemain. Pada 15 Mac 1892, Houlding telah mengambil keputusan untuk menubuhkan pasukan baru dimana disitulah bermulanya era kelahiran Liverpool FC. John McKenna dilantik menjadi pengarah dan pengurus pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. Pada awalnya nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding adalah hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.
John McKenna - Pengarah merangkap pengurus pertama |
Pasukan pertama Liverpool FC |
Menyertai Liga Inggeris
Undang-undang yang dibuat oleh John Houlding |
Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.
McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.
Jersi pertama pasukan |
Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947. Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.
Tiket perlawanan pertama |
p/s: Bayangkan betapa sukarnya untuk membangunkan sesebuah pasukan untuk menjadi ternama. Generasi kini hanyalah sekadar menumpang kegemilangan yang ditinggalkan oleh mereka2 yang terdahulu. Terima kasih John Houlding kerana tanpa beliau tidak akan wujud Liverpool FC hari ini. Andaikata tiada Liverpool FC, adakah ketika ini kita sedang menyokong Everton FC? sekadar renungan bersama.
Credit : Wikipedia
--BobDaron-
Catat Ulasan