Home » , , , , » Lagenda Budak Merah - Bahagian 13

Lagenda Budak Merah - Bahagian 13

Written By peminat liverpool on Sabtu, 21 April 2012 | 9:44 PTG


Salam dan selamat sejahtera. Dalam bahagian lepas aku dah kongsi cerita Piala Liga. Kali ni sambung cerita dengan Piala FA pula. Ingat tak lagi perlawanan ni? Mungkin ramai yang akan ingat bila aku cakap Owen Cup Final. Hahah…dah ingat kan?


Lagenda Budak Merah1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12

Kata Steven kalau menang Piala Liga dah rasa seronok, Piala FA lagilah. Pada musim itu (2000-2001) Liverpool mulakan kempen Piala FA dalam pusingan ke-3 menentang Rotherham di Anfield. Liverpool menang mudah 3-0 hasil dua jaringan Heskey dan satu daripada Hamann. Tapi Liverpool dapat undian yang sukar dalam perlawanan seterusnya kerana mereka bertemu dengan Leeds United. Aku ingat lagi, waktu tu Leeds memang digeruni. Lawan Leeds mesti cuak macam lawan Spurs musim ni. Pemain mereka waktu tu adalah Rio Ferdinand, Woodgate, Bowyer, Batty, Viduka, Alan Smith dan lain-lain. Leeds membuatkan Liverpool kepenatan dalam perlawanan tu. Penyokong Leeds semua bersorak mahukan gol tapi entah macam mana Barmby dan Heskey dapat jaringkan gol dalam 3 minit terakhir.

Steven terlepas perlawanan pusingan ke-5 menentang Manchester City dimana Liverpool menang dengan jaringan 4-2 hasil jaringan penalti Litmanen, Heskey, penalti Smicer dan gol Babbel. Pusingan ke-6 (suku akhir) menyaksikan Liverpool bertemu dengan Tranmere Rover, pasukan jiran mereka. Walaupun tak sehebat Liverpool vs Everton Steven tahu semangat Tranmere pasti berkobar-kobar untuk mengalahkan Liverpool. Lebih-lebih lagi pengurus mereka ketika itu adalah John Alridge, Lagenda Liverpool. Aldo tahu mereka dalam kelas yang berbeza jadi mereka perlu menarik Liverpool ketahap yang sama. Ini bermakna…lawan sepak kaki! “Ini perlawanan akhir mereka” Kata Houllier. “Saya memilih pemain-pemain Inggeris kerana ini akan menjadi perlawanan yang sengit dan mereka (pemain Inggeris) mampu berhadapan dengannya”

Perlawanan dengan Tranmere merupakan perlawanan antara jiran jadi Houllier menggunakan pemain-pemain tempatan. Carra, Wright, Murphy, Barmby, Fowler, Owen dan Steven sendiri. Mereka tahu apa yang dipertaruhkan. Maruah mereka dan tempat ke separuh akhir. “Jangan buat silap. Jangan bagi mereka peluang” Kata Steven, Owen dan Carra sesama sendiri. Sewaktu bersalam dengan pemain Tranmere Steven boleh nampak semangat yang membara dalam diri mereka. Dua kelab Inggeris bertarung atas padang yang sangat teruk. Hanya yang kuat akan selamat. “Bagus, ini memang perlawanan untuk aku”. Kata Steven dalam hati. Dan keputusan Houllier menurunkan pemain Inggeris membuahkan hasil apabila Danny, Michael, Steven dan Robbie menjaringkan gol untuk Liverpool.

Dekat kan?

Undian separuh akhir lebih memihak kepada Liverpool. Mereka diundi bertemu dengan Wycombe, kelab yang berada 2 liga dibawah mereka. Atas kertas Liverpool patut menang dengan mudah tapi disebabkan oleh cerita yang digembar-gemburkan oleh media, Wycombe semakin bersemangat dan mereka percaya mereka mapu buat kejutan. Pada hari perlawanan memang nampak kesungguhan pemain-pemain Wycombe. Liverpool hanya dapat menjaringkan gol pada minit ke 78 melalui tandukan jarak dekat Emile Heskey dan menerusi sepakan percuma Robbie Fowler 5 minit kemudian. Penjaga gol mereka merupakan pemain terbaik selepas berjaya menghalang cubaan demi cubaan Liverpool sebelum bolos 2 gol dalam masa 5 minit. Wycombe Berjaya mendapatkan 1 gol saguhati tapi dah terlambat. Liverpool ke perlawanan akhir lagi! ( Eh..macam musim ni la!  )


Menjelang perlawanan akhir menentang Arsenal, Steven masih tidak percaya dia akan ke Stadium Millenium sekali lagi. Ini merupakan impiannya dari kecil. Temubual, rancangan televisyen dan peminat berpusu-pusu ke stadium menambahkan kemeriahan suasana sebelum perlawanan. Steven tak setuju dengan pandangan orang yang mengatakan Piala FA sudah hilang magiknya. Cuba beritahu berpuluh ribu peminat yang berpusu-pusu ke stadium dan pemain-pemain Inggeris sepertinya perkara itu. Pasti mereka kata mengarut. Ramai yang mengatakan Liverpool hanya ada nasib waktu itu tapi bagi Steven, Liverpool juga ada Owen.

Barisan pemain menentang Arsenal

Aku masih ingat perlawanan ni. Arsenal menguasai perlawanan dari mula sampai habis. Liverpool nampak macam budak-budak. Hantar bola banyak yang tak sampai. Pertahanan terlalu rapuh. Terlalu mudah Arsenal cari ruang menyerang. Jadi bila Ljungberg jaringkan gol untuk Arsenal, Steven dah rasa yang tak ada harapan lagi. Tapi Liverpool tak pernah menyerah kalah. Dengan berbaki 7 minit, bola masuk kedalam kawasan penalti Arsenal. Arsenal gagal mengeluarkan bola, Steven menahan bola dan dia cuba melepaskan rembatan tapi bola dah hilang dari kakinya. Golll!!!! Owen jaringkan gol! Menurut Steven dia masih lagi sedang menghayun kakinya sewaktu Michael dah berlari menuju tepi padang untuk meraikan jaringan itu.

Steven, Michael, Robbie dan Heskey meraikan gol menentang Arsenal

Liverpool sasarkan untuk sampai kemasa tambahan tapi sewaktu jam menunjukkan minit ke-88 Michael melakukan sesuatu yang mengecewakan pemain dan penyokong Arsenal. Bola daripada Berger jauh kehadapan antara dua pertahanan Arsenal tapi Michael mengejar dan berjaya melepasi kedua-duanya dan dengan kaki kirinya dia menolak bola melepasi David Seaman! Gol!!!!!! Liverpool mendahului! Beberapa minit kemudian wisel penamat dibunyikan. Liverpool sudah menang 2 daripada 3 piala musim ini! Steven bersalam dengan pemain Arsenal yang nampak tidak bernyawa selepas wisel ditiup. Dia mencari Vieira. Mereka bersalam dan berpeluk. Dia menghormati pemain itu. Bukan seperti Ljungberg dan Wenger yang tak sudah-sudah memberi komen mengenai nasib Liverpool sewaktu di temubual dan bagaimana Arsenal sebenarnya lebih layak menang. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu hanya medal, baju Vieira dan balik ke hotel untuk meraikan kemenangan ini.


Minggu hadapan, Piala UEFA. Tungguuuuu~


Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 14


Credit untuk : redderscreepers
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger