Home » , , , , » Minggu ke-5 EPL, minggu pijak memijak

Minggu ke-5 EPL, minggu pijak memijak

Written By Unknown on Isnin, 23 September 2013 | 6:04 PTG

Baru lima perlawanan berlangsung, dah nampak berlaku persaingan sengit dalam Barclays Premier League. Proses pijak memijak antara satu pasukan dengan pasukan lain telah berlaku dengan ketara sekali. Kelompok 4 terbaik liga terus berubah hanya dengan kekalahan pasukan pendahulu sebelum ini.


Bermula pada hari Sabtu dengan pasukan kesayangan kita Liverpool FC yang tumpas kepada Southampton, telah menampakkan Liverpool jatuh dari tahta. Cheslsea yang berjaya mengalahkan Fulham selepas itu terus melonjak memintas Liverpool menjadikan Liverpool berada di tangga kedua. Masih boleh senyum walaupun hakikatnya hati masih berdebar menantikan hari Ahad yang membabitkan pasukan-pasukan elit bermain.

Super Sunday bermula dengan pasukan yang menduduki tangga kedua sebelum ini Arsenal berjaya juga mengalahkan Stoke City dan terus memintas Liverpool bahkan Chelsea sekali untuk mengungguli tahta liga pada minggu ini. Perlawanan paling menarik pada minggu ini sudah pastinya pertemuan dua musuh setempat Manchester City dan Manchester United. Sambil mengharapkan kedua-dua pasukan ini seri bagi membiarkan mereka terus berada di bawah Liverpool, rupanya harapan tidak kesampaian. Manchester City makan besar semalam dengan melaukkan MU 4-1 dan terus juga memintas Liverpool dan Chelsea untuk menduduki tangga kedua dibawah Arsenal.

Melihatkan keputusan semasa Crdiff dengan Tottenham, harapan cerah Liverpool masih berada dikelompok 4. Tapi itulah bolasepak, disaat masa dihujung tanduk, boleh pula Tottenham score gol tunggal untuk memenangi perlawanan dan terus melompat jauh memintas tiga pasukan untuk menduduki tangga kedua. jadi kesudahannya hanya dengan sekali kekalahan sahaja, Liverpool terus menjunam ke tangga ke-5. Sungguh pedih, sungguh siksa. Nasib baik mata tak jauh mana.

Apapun persaingan sebeginilah yang sebenarya merancakkan persaingan musim pertandingan. Tak macam dulu, Manchester United jauh mendahului mana-mana pasukan. Jadi macam dah nampak siapa juara, nak kutuk mengutuk pun dah tak seronok. Harapnya selepas ini Liverpool kembali bangkit untuk terus mengekori bahkan memintas pasukan-pasukan yang kononnya hebat-hebat ini. Adakah Liverpool mampu?


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger