Roy Hodgson tersenyum puas apabila melihat kejayaan anak-anak buahnya mengalahkan Liverpool 0-1 pada perlawanan malam tadi. Lebih manis lagi bagi beliau adalah berjaya mengecewakan peminat setia Liverpool di halaman sendiri bagi membalas dendam kutukan dan macian terhadapnya setahun yang lalu sewaktu menjadi pengurus di Anfiled. Ini adalah kemenangan kedua Hodgson dalam siri 3 pertemuan semenjak Dalglish merampas kerusi pengurus darinya.
Kalau tak tiang, palang pula bola tu tuju. Adoiii |
Adakalanya menguasai 3/4 perlawanan belum menjamin kemenangan. Kita lihat ketika Chelsea menundukkan Barcelona dalam Liga Juara-juara serta Barcelona tewas kepada Real Madrid dalam La liga. Kedua-dua perlawanan tersebut dikuasai lebih 70% penguasaan bola oleh Barcelona, tetapi mereka tetap juga kalah. Begitulah nasib ceritanya yang terjadi kepada Liverpool pada perlawanan ini. Ben Foster yang selama ini mudah melepaskan bola, bukan main cekap pula menangkis serta menafikan percubaan Liverpool. Sememangnya sudah menjadi kemestian bahawa sesiapa sahaja penjaga gol lawan yang bermain di Anfield pasti akan berusaha bermati-matian menyelamatkan gawang mereka.
Adakalanya keputusan berpura2 tergolek lebih baik berbanding betul2 dijatuhkan. |
Latihan yang ditekankan untuk tidak menyepak bola kearah tiang dan palang gol masih lagi gagal untuk diterjemahkan. Dengan kawasan penalti penuh pemain-pemain West Brom berkampung seperti ada kenduri kahwin, sememangnya amat menyukarkan Suarez, Carroll, Maxi dan lain-lain untuk melepasi halangan. Tapi macam biasa, disebabkan leka menyerang, pasti terlupa nak kunci rumah yang ditinggalkan. Serangan balas yang sentiasa menjadi igauan musim ini sekali lagi menjadi punca kita merelakan West Brom berpesta malam tadi.
Abang Long yang gelisah tengok permainan rakan2nya |
Apapun nasib baik tiada apa lagi yang perlu dikejarkan dalam liga Premier musim ini. Baki-baki perlawanan yang tinggal hanyalah sekadar pelengkap jadual serta memantapkan lagi pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA pada awal bulan depan. Jadi tak perlu tekan punat panik kerana segala percaturan dan kekalah hanya Dalglish yang memahami. Tugas kita hanya sokong saja. Bukan kena bayar pun kan.
-SG-
+ ulasan + 1 ulasan
asyik tiang dgn palang jer. adoiii
Catat Ulasan