Latest Post
Memaparkan catatan dengan label JOHN MCKENNA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JOHN MCKENNA. Papar semua catatan

Lagenda Budak Merah - Bahagian 8

Written By peminat liverpool on Selasa, 10 April 2012 | 11:24 PTG

Salam dan selamat sejahtera. Seperti biasa, aku menyediakan sambungan cerita LBM untuk pengunjung-pengunjung setia blog ni. Lupakan perlawanan menentang Arsenal sebelum ini. Menang kalah adat perlawanan dan setiap perlawanan bola sepak tidak boleh dijangka dengan tepat. Sehebat-hebat pasukan seperti Bacelona pun pernah tewas dan pernah seri. Sehebat-hebat pemain seperti Messi pun pernah menghampakan. Jadi tak guna bergaduh sesama sendiri memikirkan sebab semuanya terjadi. Lebih elok kita berbaik-baik dan tunggu sahaja perlawanan seterusnya seperti yang kita buat sebelum ni. Ingat, bola sepak untuk menyatukan. Satu dunia faham apa itu goal, foul dan lain-lain bahasa bola sepak yang menyatukan mereka dengan peminat lain seluruh dunia. Jangan kerana bola sepak kita satu negara bergaduh. Kepada yang terlepas bahagian-bahagian sebelum ini boleh ke pautan di bawah atau klik sahaja LBM di bahagian menu atas.
Steven bermain untuk England pada tahun 2000 (Kredit : holymoly.com)
Bermain untuk England merupakan salah satu impian Steven. Sewaktu kecil dia sering berlari di Ironside dengan baju Gazzanya, menggelecek melepasi budak-budak Huyton dan merembat bola antara dua tong sampah. Dia sering membayangkan golnya itu sebagai gol di Piala Dunia. Gol yang membawa trofi itu ke England. Dia sering membayangkan penonton menjerit dan bersorak “Gerrard! Gerrard!” Dia mahu memakai baju England dengan logo 3 ekor Singa di bahagian dadanya. Tetapi kariernya dengan England mempunyai banyak halangan. Dia berusaha dengan keras untuk sampai ketahapnya sekarang.

Halangan yang pertama adalah Lilleshall. Seperti yang aku dah ceritakan sebelum ni, Lilleshall tidak memilih Steven untuk pasukan bawah 15 tahun. Tetapi setahun selepas itu, selepas dia mengerjakan pemain-pemain Lilleshall di Melwood, dia dipanggil untuk skuad bawah 16 tahun. Penampilan sulungnya adalah ketika England menang 4-0 menentang Denmark pada 3 Februari 1996. Dia masuk sebagai pemain gantian. 17 hari selepas itu, dia mendapat tempat dalam pasukan utama menentang Ireland di Lilleshall. Antara pemain yang bermain untuk Ireland ketika itu ialah Richard Dunne yang sekarang berada di Aston Villa dan Steve McPhail yang pernah bermain untuk Leeds. England pula menurunkan pemain seperti Wes Brown dan Michael Ball yang cemerlang di bahagian pertahanan ketika itu. Steven menjaringkan gol pertama England. England menang 2-1 tapi Steven tahu dia tidak bermain dengan baik. McPhail lebih hebat daripadanya ketika itu.Tapi dia berpuas hati kerana England menang dalam perlawanan penuh pertamanya.

Pada tahun 1996 Steven bersorak untuk England di Euro 96 dari rumahnya sahaja di estet Bluebell. Dia bersorak untuk Shearer, Gazza dan Sheringham. Dia mahu berada di sana. Tapi dia baru sahaja masuk 16 tahun. Dia terdesak untuk bermain dengan England. Steven meneruskan latihan bersama England. Dia memanjat tangga umur England dengan stabil. Fizikalnya semakin besar dan teknikalnya semakin berkembang. Sampai waktu untuk France 98. Dia duduk di hadapan televisyen untuk melihat rakannya Michael Owen menakluk dunia. Sebenarnya sebelum Piala Dunia di Perancis itu, nama Michael Owen telah disebut-sebut oleh media sebagai salah seorang yang akan dibawa oleh Glenn Hoddle. Steven bukan sahaja menyokong kerana mereka merupakan sahabat di Liverpool. Tapi bagi Steven, sekiranya Michael boleh bermain dengan pemain England, dia juga boleh melakukannya. Aku masih ingat lagi perlawanan menentang Argentina. Michael buat pemain Argentina macam budak sekolah. Dia berlari dan terus berlari sehingga dia hanya berhadapan dengan penjaga gol. Waktu tu nampak macam Scholes akan menolak masuk bola itu tapi tiada peluang. Michael bersungguh mahu menyudahkan gerakan yang dia mulakan.


Bila tengok balik video ni aku cuba bayangkan perasaan Steven. Bayangkan budak berusia 18 tahun bermain untuk England. Menjaringkan gol dan dipeluk oleh pemain seperti Shearer dan Beckham. Kejayaan Michael ini membuatkan Steven semakin percaya yang dia akan berjaya. Satu nama yang penting dalam perjalanan kariernya dengan England adalah Howard Wilkinson yang merupakan Pengarah teknikal FA waktu itu. Dia selalu memilih Steven untuk pasukan B-18 dan B-21 tahun. Dia jugalah yang menjadikan Steven kapten untuk pasukan B-18. Waktu dia mendengar berita yang Wilkinson akan menjadi pengurus England B-21 dia mula terbayang dirinya mendapat panggilan bermain untuk pasukan itu. Dan dia tidak silap. Pada penghujung musim panas 1999 dia mendapat surat arahan lapor diri untuk tugas England B-21 menentang Luxembourg. Dia yakin Wilkinson mempercayainya kerana dia diletakkan di bahagian tengah. Posisi yang diminatinya. Dia membalas kepercayaan Wilkinson dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-12. England menang 5-0 dalam perlawanan itu!

Semua pemain di England waktu itu tahu yang musim 2000 berakhir dengan Euro dan semua pemain muda yang bercita-cita tinggi ingin mendapat tempat dalam skuad Kevin Keegan. Setiap kali Keegan dalam kotak pengarah di stadium, semua pemain sedar yang mereka perlu melakukan yang terbaik. Steven juga sedar. Keegan memerhatikannya ketika Liverpool menang 2-0 keatas Coventry. Dia juga disana sewaktu England B-21 menentang Denmark. Steven bermain dengan cemerlang pada musim 1999/2000. Dia mendapat gol senior pertamanya menentang Sheffield Wednesday. Dia juga bermain pelbagai posisi musim itu. Bek kanan, bek kiri, sayap kanan dan bahagian tengah. Tiada masalah baginya. Sewaktu liverpool mengalahkan Leeds 3-1 dia menggunakan sepenuh tenaganya menjaga dan menghalang Harry Kewell. Seorang pemain yang licik dan lincah. Aku pasti ramai yang masih ingat Harry walaupun sewaktu dia bermain untuk liverpool dia tidak sehebat dahulu. Seminggu selepas Leeds, Steven mengumpan Titi Camara untuk gol menentang Arsenal di Highbury (Stadium lama Arsenal). Ljungberg hampir menjaringkan gol dalam perlawanan itu tapi Steven berjaya menghalangnya setelah Ljungberg berjaya melepasi Westerveld, penjaga gol Liverpool waktu itu.

Gol pertama Steven

Hantaran cantik Steven untuk Camara (maaf kualiti teruk, kalau jumpa yang ok bagitahu aku ye)

Seminggu selepas itu ayahnya memanggil. “Pergi dapatkan Steve Heighway dan Gerard Houllier. Ada perkara mereka nak beritahu” Steven cuak. Tertanya-tanya. Dia terus menelefon Steve. “Kevin Keegan mahu awak berlatih bersama England sebelum perlawanan menentang Argentina”. Dia tidak percaya apa yang didengarnya. Berlatih dengan England? Gerard kemudian mengesahkan berita itu. “Tapi ingat Steven, kamu belum dipilih ke dalam skuad England lagi, cuma kamu akan berlatih dengan mereka”. Tidak bagi Steven. Dia rasa dia sudah berada dalam skuad England. Dia akan gunakan peluang ini untuk meyakinkan Keegan untuk memilihnya untuk perlawanan menentang Argentina nanti. England menawarkan untuk mengambil Steven untuk dibawa ke hotel pasukan England di Burnham Beeches tapi dia menolak. Dia sangat gugup. Dia memandu kereta Honda yang dipinjamkan bapanya. Sewaktu memandu dia mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia rasa dia tak layak untuk England. Dia mahu pusing balik ke Liverpool. Steve Heighway boleh telefon Keegan untuk minta maaf sebab Steven Gerrard belum sedia untuk England. Tapi dia teruskan perjalanan. Dia perlu mengawal paniknya. “Baiklah, pandu masuk kawasan hotel, jangan langgar kereta mahal, pergi ke kaunter dan kemudian terus ke bilik”. Katanya dalam hati.

Dia berjaya! Dia kini duduk di hujung katilnya. Dia harus melapor diri kepada Keegan di ruang makan. Sekali lagi dia panik. Dia tak rasa dia boleh berjalan masuk ke ruang makan yang penuh dengan heronya sepeti Alan Shearer, Tony Adams dan David Beckham. Macamana seorang budak baru dari Liverpool boleh masuk dan dengan tenang duduk di sebelah David Beckham, nama yang dikenali di seluruh dunia? Dia nekad. Dia menelefon Jamie Redknapp untuk mengambilnya di atas. Jamie dengan senyap dan pantas pergi ke bilik Steven. “Jom. Keegan takkan panggil kalau dia tak rasa kau layak” Steven turun dengan pemain Liverpool yang lain. Robbie (Fowler), Macca (Steve McManaman) dan Michael (Owen). Tanpa mereka Steven pasti tak turun. “Hai Steven. “Selamat Datang ke England!” Ucap Keegan apabila dia melihat Steven. Mereka bersalam dan kemudian dia bangun. “Kamu semua..berhenti makan sekejap”. Dia menuding ke arah Steven. “Ini Steven Gerrard. Budak ini akan berlatih bersama kita. Dia seorang pemain. Jangan main baik dengannya kerana dia sudah pasti takkan main baik dengan kamu”. Muka Steven waktu tu semerah baju Liverpool. Dia dapat rasa semua pemain England sedang memandangnya.

Dia kemudiannya duduk bersama pemain Liverpool yang lain. Dia pernah dengar yang pemain duduk dalam klik mereka sewaktu dalam kem England. Ternyata memang benar. Mereka semua duduk mengikut kelab. Steven kemudiannya diperkenalkan kepada pemain lain oleh rakan-rakan Liverpoolnya. Pertama sekali David Seaman. kemudian Sol Campbell. Aku masih ingat Sol Campbell. Antara pemain pertahanan yang hebat untuk England. Dulu waktu aku main game Football manager atau Championship Manager Sol Campbell merupakan salah satu pemain pertahanan yang boleh halang Ronaldo! Bukan Cristiano…Ronaldo yang sebenar. Meja terakhir yang Steven lawati adalah meja pemain Manchester United. Phil Neville, Paul Scholes, Andy Cole dan David Beckham memandang dan senyum kepadanya. Apa yang terjadi? Dia tak faham. Mereka sepatutnya menjadi musuh untuk pemain dari Liverpool. Di Huyton dia dibesarkan untuk membenci Manchester United. Semua yang berkenaan. Termasuklah pengurus kedai di sana sekali pun. Tapi waktu tu semuanya hilang sewaktu bersalaman dengan pemain-pemain MU. Dia mula berasa seronok di kem England. Seterusnya, LATIHAN bersama England. Tapi sampai sini dulu bahagian kali ni. Tunggu sambungan minggu depan ye.

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 9








Credit untuk : redderscreepers

Wikipedia - Sejarah awal Liverpool FC

Written By peminat liverpool on Rabu, 28 Mac 2012 | 2:08 PG


Bagi seseorang yang bergelar peminat dan juga penyokong setia Liverpool FC, sudah pastinya akan teruja untuk mengenali pasukan ini dengan lebih mendalam lagi. Perasaan ingin tahu kisah sejarah lampau terciptanya Liverpool FC mungkin adakalanya kurang mendapat perhatian dari generasi peminat baru. Alangkah bagusnya kalau dihati semua peminat Liverpool FC ini dapat mengkaji serta memahami pembangunan kelab dimasa lampau untuk menjamin kesetian kepada kelab yang berterusan.

Kisah sebelum kelahiran Liverpool FC

Sebelum lahirnya kelab Liverpool FC (LFC) didunia ini, ada beberapa peristiwa yang tercatat dalam lipatan sejarah untuk disingkap dalam memahami bagaimana tertubuhnya kelab LFC ini. Seperti yang kita sedia maklum sebelum kelahiran LFC, kota Merseyside dahulunya sudah pun mempunyai kelab bolesepak profesional yang telah diwujudkan pada tahun 1878 iaitu kelab Everton FC. Everton terlebih dahulu lagi telah menempa nama dalam persada dunia bolasepak British.


John Houlding
Bapa kelahiran Liverpool FC, John Houlding adalah antara orang terpenting dalam episod sejarah diantara LFC dan Everton FC. Selain menjadi ahli perniagaan dalam pembuatan bir, John Houlding juga menjadi antara orang terpenting di dalam bandar Liverpool dimana beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton serta menyandang jawatan Datuk Bandar Liverpool pada tahun 1897. Selain itu beliau juga pernah menyandang jawatan pengerusi kelab Everton pada tahun 1882. Dalam keadaan begini kita dapat membayangkan bahawa John Houlding ini sememang mempunyai pengaruh kuat di kawasan Merseyside.

Episod pertelingkahan John Houlding dengan bekas kelab yang dikuasainya dulu Everton, bermula dari hal mengenai penyewaan padang bolasepak. Sebelum Everton menyewa padang di Anfield, terlebih dahulu mereka telah pun menggunakan pada awam yang terbuka di Stanley Park. Tetapi disebabkan Persatuan Bolasepak England pada tahun 1882 telah pun mensyaratkan Everton untuk bermain di stadium yang tertutup,  maka usaha untuk berpindah ke lokasi lain bermula. Hasilnya melalui mesyuarat yang diadakan di Sandon Hotel yang kebetulan milik John Houlding membawa kepada Everton FC menyewa sebuah padang di Jalan Priory. Apabila pemilik padang tersebut tidak lagi membenarkan Everton FC menggunakan padang di Jalan Priory, John Houlding berjaya menyewa padang baru milik rakannya John Orrell yang terletak di Jalan Anfield. John Orrel bersetuju supaya Everton membayar sewaan pada kadar yang murah.

Pertelingkahan

Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Dalam tahun 1891, John Orrell mengancam hendak menamatkan sewaan stadium Anfield, dan John Houlding mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Syarikat Berhad untuk membeli padang tersebut. John Orrell bersetuju menjual Anfield, tetapi John Houlding juga adalah tuan punya tanah bersebelahan, John Houlding merancangkan supaya Syarikat baru tersebut membeli sekali tanah milik beliau bersekali dengan padang Anfield.

Stadium Anfield sekitar 1903 - 1906

Pemegang saham Everton terlalu marah dan menuduh John Houlding hendak mengaut keuntungan daripada kesukaran yang mereka hadapi. Pada 15 Mac 1892 John Houlding tewas undi dan Everton mengambil keputusan untuk meninggalkan Anfield and membeli padang baru. Everton berjaya membeli Goodison Park stadium yang digunakan sehingga kini, di sebelah utara Stanley Park dengan harga £8,000.


Kelahiran liverpool fc


Sijil penubuhan LFC

Akibat kekalahan undi dan berpindahnya Everton FC ke Goodison Park, Houlding dan Orrell kini ditinggalkan dengan padang kosong dan 3 pemain. Pada 15 Mac 1892, Houlding telah mengambil keputusan untuk menubuhkan pasukan baru dimana disitulah bermulanya era kelahiran Liverpool FC. John McKenna dilantik menjadi pengarah dan pengurus pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. Pada awalnya nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding adalah hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

John McKenna - Pengarah merangkap pengurus pertama
Pasukan pertama Liverpool FC

Menyertai Liga Inggeris


Undang-undang yang dibuat oleh John Houlding

Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.

McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Jersi pertama pasukan

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947. Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.

Tiket perlawanan pertama

p/s: Bayangkan betapa sukarnya untuk membangunkan sesebuah pasukan untuk menjadi ternama. Generasi kini hanyalah sekadar menumpang kegemilangan yang ditinggalkan oleh mereka2 yang terdahulu. Terima kasih John Houlding kerana tanpa beliau tidak akan wujud Liverpool FC hari ini. Andaikata tiada Liverpool FC, adakah ketika ini kita sedang menyokong Everton FC? sekadar renungan bersama.

Credit : Wikipedia




--BobDaron-

Kenali pengurus Liverpool

Written By peminat liverpool on Ahad, 25 Mac 2012 | 6:34 PG

Sebagai peminat setia Liverpool, seharusnya kita mengenali mereka-mereka yang telah bertungkus lumus untuk menaikkan nama Liverpool di mata dunia. Tugas seorang pengurus tiodak semudah yang dijangkakan. Memerlukan pengorbanan besar dari segi masa, pemikiran dan tektik mengikut kesesuaian peredaran zaman. Tanpa mereka, sesebuah pasukan itu sukar dibentuk kerana kuasa didalam pembangunan pasukan adalah ditangan mereka. Sesungguhnya jasa-jasa dan pengorbanan mereka dalam memertabatkan Liverpool untuk disegani sehingga saat ini haruslah dikenang dan dihargai.

Oleh sebab itu untuk artikel kali ini, kami akan memaparkan pengurus-pengurus yang telah berkhidmat serta banyak berjasa kepada pasukan Liverpool sehingga sekarang.

WILLIAM BARCLAY

Tahun Berkhidmat : 1892 - 1896

PENCAPAIAN
Perlawanan : 127
Menang  : 77
Seri  : 20
Kalah : 30

KLIK untuk maklumat lengkap


JOHN MCKENNA

Tahun Berkhidmat : 1892 - 1896

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 3 Jan 1855
Tempat Lahir : County Monaghan
Warganegara : Irish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 127
Menang  : 77
Seri  : 20
Kalah : 30

KEJUARAN
Second Division champions - 1894, 1896

KLIK untuk maklumat lengkap


TOM WATSON

Tahun Berkhidmat : 1892 - 1896

MAKLUMAT PERIBADI
tarikh lahir : 9 Apr 1859
tempat lahir : Newcastle-Upon-Tyne
warganegara : English

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 741
Menang : 328
Seri : 141
Kalah : 272

KEJUARAAN
First Division champions - 1901, 1906
Second Division champions - 1905

KLIK untuk maklumat lengkap


DAVID ASHWORTH

Tahun Berkhidmat : 1896 - 1915 

MAKLUMAT PERIBADI
tarikh lahir : 1 Jan 1868
tempat lahir : Waterford
warganegara : Irish

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 139
Menang: 70
Seri : 40
Kalah : 29

KEJUARAAN
First Division champions - 1922

KLIK untuk maklumat lengkap


MATT MCQUEEN

Tahun Berkhidmat : 1923 - 1928

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 18 May 1863
Tempat Lahir : Harthill
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 229
Menang : 93
Seri : 60
Kalah : 76

KEJUARAAN
First Division champions - 1923

KLIK untuk maklumat lengkap


GEORGE PATTERSON

Tahun Berkhidmat : 1928 - 1936

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 1 Jan 1887
Tempat Lahir : Tidak Di Ketahui
Warganegara : Tidak Di Ketahui

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 366
Menang : 137
Seri : 85
Kalah : 144

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


GEORGE KAY

Tahun Berkhidmat : 1936 - 1951

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 21 Sep 1891
Tempat Lahir : Manchester
Warganegara : English

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 354
Menang : 140
Seri : 93
Kalah : 121

KEJUARAAN
First Division champions - 1947

KLIK untuk maklumat lengkap


DON WELSH

Tahun Berkhidmat : 1951 - 1956

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 25 Feb 1911
Tempat Lahir : Manchester
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 234
Menang : 82
Seri : 59
Kalah : 93

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


PHIL TAYLOR

Tahun Berkhidmat : 1956 - 1959

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 18 Sep 1917
Tempat Lahir : Bristol
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 150
Menang : 76
Seri : 32
Kalah : 42

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


BILL SHANKLY

Tahun Berkhidmat : 1959 - 1974

MAKLUMAT PERIBADI
Tarik Lahir : 2 Sep 1913
Tempat Lahir : Glenbuck
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 783
Menang : 407
Seri : 198
Kalah : 178

KEJUARAAN
First Division champions - 1964, 1966, 1973
Second Division champions - 1962
FA Cup - 1965, 1974
UEFA Cup - 1973
FA Charity Shield - 1964 (shared), 1965 (shared) 1966, 1974,

KLIK untuk maklumat lengkap


BOB PAISLEY

Tahun Berkhidmat : 1974 - 1983

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 23 Jan 1919
Tarikh Lahir : Hetton-le-Hole
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 535
Menang : 308
Seri : 131
Kalah : 96

KEJUARAAN
First Division champions - 1976, 1977, 1979, 1980, 1982, 1983
League Cup - 1981, 1982, 1983
European Cup - 1977, 1978, 1981
UEFA Cup - 1976
European Super Cup - 1977
FA Charity Shield - 1976, 1977 (shared), 1979, 1980, 1982

KLIK untuk maklumat lengkap


JOE FAGAN

Tahun Berkhidmat : 1983 - 1985

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 12 Mar 1921
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 131
Menang : 71
Seri : 36
Kalah : 24

KEJUARAAN
League Championship - 1983-84
Milk Cup - 1984
European Cup - 1984

KLIK untuk maklumat lengkap


KENNY DALGLISH

Tahun Berkhidmat : 1985 - 1991

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 4 Mar 1951
Tempat Lahir : Glasgow
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 307
Menang : 187
Seri : 78
Kalah : 42

KEJUARAAN
First Division champions - 1985-86, 1987-88, 1989-90
FA Cup - 1986, 1989
FA Charity Shield - 1986 (shared), 1988, 1989, 1990 (shared)

KLIK untuk maklumat lengkap


GRAEME SOUNESS

Tahun Berkhidmat :  1991 - 1994

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 6 May 1953
Tempat Lahir : Edinburgh
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 157
Menang : 66
Seri : 45
Kalah : 46

KEJUARAAN
FA Cup - 1992

KLIK untuk maklumat lengkap


ROY EVANS

Tahun Berkhidmat : 1994 - 1998

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 4 Oct 1948
Tempat Lahir : Bootle
Waganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 226
Menang : 117
Seri : 56
Kalah : 53

KEJUARAAN
Coca Cola Cup - 1995

KLIK untuk maklumat lengkap


GERRARD HOULLIER

Tahun Berkhidmat : 1998 - 2004

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 3 Sep 1947
Tempat Lahir : Lille
Warganegara : French

PENCAPAIAN
Perlawanan : 307
Menang : 160
Seri : 73
Kalah : 74

KEJUARAAN
FA Cup - 2001
UEFA Cup - 2001
FA Charity Shield - 2001
UEFA Super Cup - 2001
Worthington Cup - 2003

KLIK untuk maklumat lengkap


RAFAEL BENITEZ

Tahun Berkhidmat : 2004 - 2010

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 16 Apr 1960
Tempat Lahir : Madrid
Warganegara : Spain

PENCAPAIAN
Perlawanan : 350
Menang : 194
Seri : 77
Kalah : 79

KEJUARAAN
Champions League - 2005
Super Cup - 2005
FA Cup - 2006
Charity Shield - 2006

KLIK untuk maklumat lengkap


ROY HODGSON

Tahun Berkhidmat : 2010-21 januari 2011

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 09 Aug 1947
Tempat Lahir : Croydon
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 31
Menang : 13
Seri : 9
Kalah : 9 

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


KENNY DALGLISH

Tahun Berkhidmat : 22 January 2011- sekarang

KEJUARAAN
Carling Cup - 2012

KLIK untuk maklumat lengkap


Info diambil dari LFC.tv


-SG-

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger