Latest Post
Memaparkan catatan dengan label ANUGERAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANUGERAH. Papar semua catatan

Sturridge dipilih pemain terbaik bulan Ogos

Written By Unknown on Isnin, 16 September 2013 | 6:44 PTG


Selepas merangkul anugerah pemain terbaik Barclays Premier League dua hari lalu, Sturridge juga terus menjadi pilihan peminat Liverpool untuk merangkul pula anugerah pemain terbaik bulan Ogos Standard Chartered.

Sturridge setakad ini telah menyumbang 3 gol dalam liga Premier dan 2 gol piala Capital One sememangnya dilihat sedang berada dalam prestasi terbaik untuk menjadi ayam tambatan dan pengempur utama Liverpool selain Suarez. Dalam undian untuk bulan Ogos yang telah diadakan di Twitter ini, Sturridge menerima hampir 7 ribu undi, dua kali ganda mendahului Simon Mignolet di tempat kedua dan Kolo Toure di tangga ketiga.

Sturridge yang dibeli oleh BR pada perpindahan Januari tahun ini, telah menyumbangkan 16 gol  dari 20 penampilannya bersama pasukan Liverpool. Harap-harapnya beliau mampu untu menjaringkan lebih dari 25 gol untuk musim ini seperti yang diperkatakan oleh lagenda Liverpool Ian Rush. Seandainya Suarez dan Sturridge mampu membuat diri masing-masing menjadi mesin gol, sudah pasti kelompok empat terbaik liga dalam genggaman, bahkan untuk menjuarai liga juga terbuka cerah. Tunggu dan lihat........


Liverpool bolot anugerah BPL pemain dan pengurus terbaik

Written By Unknown on Ahad, 15 September 2013 | 10:40 PG


Permulaan yang baik amat memberangsangkan pasukan Liverpool di awal musim baru 2013/2014 ini sememangnya membawa tuah kepada dua orang dalam kem pasukan. Sturridge dan Branden Rodgers secara rasminya telah diumumkan sebagai pemain dan pengurus terbaik bulan Ogos Barclays Premier League.

Sturridge yang telah menjaringkan 1 gol dalam setiap 3 perlawanan adalah aset terbaik Liverpool serta England buat masa ini dan dianggap oleh FA sebagai pemain paling menyerlah diawal musim ini. Selain 3 gol yang telh dikumpulnya dalam liga, Sturridge juga telah berjaya menjaringkan 2 gol dalam piala Capital One dalam pertemuan menentang Notts County menjadikan 5 gol secara keseluruhannya.


Mencipta 3 kemenangan berturut-turut dalam 3 perlawanan awal musim disamping mengekalkan rekod tanpa kalah telah membawa pula Branden Rodgers untuk merangkul anugerah pengurus terbaik. Sememangnya kejayaan beliau ini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pengurus lain bersandarkan kedudukan Liverpool ketika ini.


Tahukah anda bahawa anugerah Barclays ini telah lama sekali tidak dianugerahkan kepada pemain ataupun pengurus dalam pasukan Liverpool. Jika anda masih ingat, kali terakhir anugerah ini terpampang nama pasukan Liverpool adalah pada tahun 2009 dimana Fernando Torres telah menjadi pilihan pada bulan Ogos sebagai pemin terbaik sementara Rafa Benitez pula pada bulan Mac sebagai pengurus terbaik. Jadi setelah 4 tahun tanpa anugerah, Liverpool membolot kedua-dua anugerah ini sekali gus, adalah sesuatu penghargaan yang tiada bandingannya. Diharapnya anugerah ini tidak melalaikan kebangkitan pasukan dan jadikan ia sebagai pendorong untuk maju dan lebih aggresif lagi. YNWA


Martin Skrtel dipilih pemain terbaik musim 2011/2012

Written By Unknown on Selasa, 15 Mei 2012 | 5:29 PG


Semalam website Liverpool FC telah menyatakan bahawa Martin Skrtel telah dipilih oleh peminat untuk menjadi pemain terbaik Liverpool FC secara keseluruhannya bagi musim 2011/2012 ini. Beliau mendapat 44%  dengan jumlah 66,937 undian diikitu Luis Suarez 33% dan Daniel Agger 4%.

Pada musim 2011/2012 ini, Skrtel merupakan pemain yang paling konsisten diatas padang  dalam mengawasi kubunya dari dibocori. Beliau telah membuat 45 penampilan bersama Liverpool musim ini dan telah berjaya menjaringkan 4 gol peribadinya. Ia termasuk gol terbaiknya sewaktu perlawanan akhir piala Carling ketika menentang pasukan Cardif February lalu.

Selain itu, beliau juga dipilih berdasarkan faktor dirinya yang juga dipilih sebagai pemain terbaik Slovakia untuk tiga tahun berturut2. Apapun tahniah kepada Skrtel diatas segala sumbangannya terhadap pasukan Liverpool. Semoga musim hadapan beliau dapat terus mengekalkan prestasi sedemikian untuk memantapkan lagi barisan pertahanan pasukan Liverpool. YNWA..
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger