Walaupun secara keseluruhannya Liverpool menguasai perlawanan, tetapi akibat sikap pengadil Michael Oliver yang agak berat sebelah membuatkan kita sedikit kecewa dengan nasib pemain2 kita. Beberapa insiden bola terkena tangan pemain Aston Villa dalam kotak penalti hanya di pandang sepi sahaja oleh pengadil disaat Suarez beberapa kali menjerit rasa kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Jika perlawanan menentang Newcastle lalu, Liverpool bermain dengan lemah gemalai, tetapi penampilan kali ini membuatkan kita berasa lebih yakin dengan kesebelasan utama yang diturunkan.
Untuk aksi malam tadi, J. Spearing diketepikan untuk memberi ruang kepada Jonjo Shelvey bergandingan bersama Gerrard. Nampaknya pemain2 muda seperti Shelvey dan Flanagan dapat memberi sesuatu yang terbaik dan jika diasah bakat2 mereka berterusan sudah pasti ia akan berkilauan dimasa akan datang. Tidak lupa juga buat pertama kalinya kelibat Doni dalam kesebelasan utama menjadi kenyataan. Selepas Pepe Reina dilayangkan kad merah pada perlawanan lalu, Doni kini menjadi harapan utama Liverpool untuk menjadi benteng terakhir pasukan. Kredit juga diberikan kepada Doni, walaupun beliau telah melepaskan 1 gol pada perlawanan ini, sedikit sebanyak beliau akan berusaha memberi sesuatu yang lebih baik berbanding Reina dalam dua perlawanan yang mendatang. Sekiranya beliau mampu membuktikannya, sudah pasti Dalglish boleh merehatkan Reina sehingga habis musim untuk terus bertapa bagi memperkasakan lagi ilmunya.
Sebenarnya Liverpool boleh memperolehi lebih dari 3 gol pada perlawanan ini. Tetapi penyakit lama seperti bola terkena tiang, penjaga gol cekap dan gagal menyempurnakan peluang dihadapan mata membuatkan kita terus menggigit jari. Tidak salah rasanya jika sudah ada penyokong2 pasukan lain yang membandingkan Messi serta Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 30 gol dalam 30 perlawanan sama dengan jaringan oleh keseluruhan pemain2 Liverpool dalam jumlah perlawanan yang sama. Kita terpaksa menerima kenyataan yang sebenar.
Suarez yang sekian lama ketandusan jaringan boleh dianggap wira penyelamat bagi Liverpool untuk terus tidak diaibkan. Menduduki tangga ke 8 sememangnya sudah tidak apa yang perlu lagi dikejarkan melainkan memberi banyak pendedahan kepada pemain2 muda dalam baki2 perlawanan. Itu sajalah yang terbaik dalam memperkasakan kembali pasukan pada masa akan datang. Yang penting untuk musim ini, fokus terhadap perlawanan separuh akhir piala FA pada sabtu ini menentang Everton di Wembley. Hanya kejuaraan itu sajalah mampu menutup mulut2 pengkritik yang sentiasa mencari kelemahan pasukan lain tanpa memikirkan pasukan mereka sendiri, apa pun masih tak dapat pada musim ini.
Apapun sebelum perlawanan tersebut sudah pastinya berkunjung ke Ewood Park untuk menentang Blackburn pada pagi Rabu nanti menjadi medan untuk mengembalikan semangat yang semakin jauh menghilang. Kami masih berharap dan percaya Liverpool mampu melakar satu lagi kejayaan pada penghujug musim ini. YNWA.
-SG-
Catat Ulasan