Home » , , , » Blog KPLM kembali bernafas di musim baru 2013/2014

Blog KPLM kembali bernafas di musim baru 2013/2014

Written By Unknown on Khamis, 1 Ogos 2013 | 6:15 PG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat The Kop di Malaysia. Hampir setahun berlalu blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) ini terkulai layu tanpa ada sebarang posting dari pihak admin KPLM. Apakan daya, blog KPLM yang telah diterbit pada Mac 2012 ini hanya bertahan 6 bulan sahaja dengan update berita terkini mengenai kelab bolasepak kesayangan kita iaitu Liverpool FC atau The Red. Selepas itu, blog ini terus diam menyepi tanpa berita sensasi dari pihak admin KPLM sendiri.

Selama setahun ini, mungkin telah ramai peminat-peminat setia Liverpool FC terutamanya pengikut KPLM yang datang melawat blog ini. Ini terbukti ada yang melawat dan meninggalkan jejak bertanya mengapa tidak diupdatekan lagi blog yang banyak memberi maklumat kepada penyokong Liverpool ini. Untuk pengetahuan, sebelum ini, blog ini telah dikendalikan oleh tiga orang admin. Malangnya semua admin termasuk diri saya hanyut kelemasan dalam dunia kesibukkan dan terus melupai kewujudan blog ini. Sampaikan blog peribadi saya sallehsgerrard sendiri juga menerima nasib yang sama terabai dimamah usia. Dalam sibuk-sibuk menjalani kehidupan seharian, selera nak menulis pun entah hilang kemana. Sekali sekala ada juga melawat blog-blog yang ditinggalkan ini, sungguh sedih melihatnya. Bukan sahaja penyakit tak update, malah kudis-kudis di wajah blog ini juga telah merebak akibat beberapa code html blog yang tidak lagi berfungsi setelah Google memperketatkan syarat serta melupuskan  code-code yang sedia ada.

Kini setelah hampirnya bermula musim baru EPL 2013/2014 ini, saya telah kembali untuk memperbaiki serta merawat luka-luka dan kudis yang menjalar. Dari segi wajah kulit blog KPLM, saya telah menukar dengan gaya baru supaya nampak lebih kemas dah teratur. Admin-admin lama saya telah singkirkan dan mula kembali melantik admin-admin baru yang benar-benar berminat dalam dunia penulisan. Mungkin masih tidak ramai lagi yang berminat untuk menceburi dunia penulisan ini. Dalam page FB KPLM pun, kalau ada yang memohon hanyalah jawatan admin page dan bukannya admin di blog. Memang diakui, admin page lebih glamer dan popular berbanding admin blog. Post apa sajalah, pasti akan mendapat sambutan yang hangat dengan komen-komen dari peminat. Di blog, tulislah banyak manapun belum tentu orang komen. Lagi-lagi nak mengarang dan menyediakan fakta dalam mengulas sesuatu berita.

Jadi disini sebenarnya saya masih lagi berharap sekiranya ada insan-insan penyokong tegar Liverpool FC yang sudi bersama-sama saya untuk memerah otak dalam menghasilkan karya yang bermanfaat di dalam blog ini khas buat penyokong Liverpool. Apa gunanya jika anda mempunyai maklumat dan pengetahuan tentang Liverpool jika tidak diolah dan dikongsikan bersama. Oleh itu kepada yang berminat anda bolehlah membaca iklan jawatan kosong admin blog KPLM ini, DISINI .

Akhir kata dari saya, semoga sekembalinya saya dan rakan-rakan admin baru blog KPLM ini, dapat memberikan sesuatu perubahan serta dapat menyalurkan sumber maklumat yang tepat dan padat serta terbaik untuk tatapan anda semua. Semoga bermanfaat. YNWA .

-SG- @ sallehsgerrard.blogspot.com

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger