Home » , , , » Wikipedia - Sejarah stadium Anfield

Wikipedia - Sejarah stadium Anfield

Written By peminat liverpool on Selasa, 20 Mac 2012 | 6:49 PG

ANFIELD - Gelanggang keramat Liverpool FC

Anfield dibina pada tahun 1884 yang besebelahan dengan Stanley Park,yang pada mulanya digunakan oleh jiran jita iaitu Everton FC sebelum mereka ke stadium baru pada 1892 iaitu Goodison Park setelah berlaku pertikaian dengan pemilik tanah iaitu John Houlding.

Kapasiti penonton yang boleh ditampung di Anfield adalah sekitar 45,362 orang penonton dalam sekali masa. Jika dilihatkan kepada sejarah sebenarnya kapasiti penonton sekitar tahun 1990-an, sebenarnya Anfield mampu memuatkan sehingga 60.000, tetapi disebabkan kejadian bencana Hillsborough disaster pada 1989, maka keputusan untuk mengurangkan jumlah penonton kepada jumlah yang lebih sesuai iaitu sekitar 45,362. Hal ini dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berulangnya peristiwa dinding stadium runtuh yang menyebabkan kematian.

Stadium Anfield sekitar tahun 1903-1906

Pada Mei 2002. disebabkan penurunan kapasiti jumlah penonton dan pertambahan jumlah penonton , maka pihak pengurusan Liverpool telah merancang untuk membina stadium yang baru yang bertempat Stanley Park. Dan pada Julai 2004 pihak tertinggi pengurusan telah memberikan lampu hijau untuk membina stadium baru tersebut, ini diikuti dengan pelan tindakan pada September 2006, dimana Liverpool City Council ataupun lebih senang dipanggil majlis perancangan bandar di Liverpool telah bersetuju untuk menyewakan tanah dimana lokasi stadium baru tersebut hendak dibina selama 999 tahun.

Shankly Gates yang penuh dengan sejarah

Pada Februari 2007 diikuti pengambilalihan kelab oleh George Gillett dan Tom Hicks, dan kedua ahli perniagaan Amerika ini telah menyatakan pesetujuan untuk membina stadium baru dan mereka mahu memberikan dana yang secukupnya untuk mamastikan pembinaan berjalan lancar. Tetapi proses pembinanan mengalami sedikit masalah di mana pada Mei 2008 dihentikan kerana pemilik Liverpool pada ketika itu mengalami masalah hutang sebanyak £300 juta.

Pada 15 Oktober 2010 dengan kemasukan pemilik baru iaitu New England Sports Ventures (NESV) telah menyatakan hasrat mereka untuk menyambung kembali proses pembinaaan stadium.



-BobDaron-
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger