Latest Post

BPL 2013/14 (Game 12) - Everton 3-3 Liverpool

Written By Unknown on Khamis, 28 November 2013 | 12:33 PG


Seperti yang saya katakan sebelum ini, kehadiran pemain pinjaman Everton dari Chelsea Romelu Lukaku sememangnya amat merbahaya. Lukaku hampir-hampir membuatkan Liverpool terluka. Dua jaringannya hampir-hampir memberi tiga mata penuh untuk Everton sebelum diselamatkan oleh Sturridge untuk mengikat keptusan seri 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Jangkaan awal saya sememangnya tepat belaka. Perlaanan sengt dua musuh setempat ini disajikan dengan beberapa kekasaran dan layangan kad kuning untuk kedua-dua pasukan. Tiga pemain Liverpool dipaksa menitiskan darah akibat beberapa kekasaran yang telah dilakukan oleh pemain Everton. Daniel Agger pecah bibir setelah disiku oleh Distin. Begitu jug Luis Suarez yang makan stut di pehanya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam akibat terjahan keras oleh Kevin Mirallas. Henderson turut juga menjadi mangsa keganasan apabila dahinya juga berdarah akibat pelempang Mirrallas.

Coutinho telah memberi semangat awal untuk Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke 5. Walubagaimanapun ia tidak lama apabila 3 minit berselang, Mirallas pula berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Luis Suarez telah mencipta keajaiban pada perlawanan ini apabila sepakan percumanya bejaya melepasi benteng Everton dan seterusnya menerjah jaring tanpa berjaya diselamatkan oleh Howard. Separuh masa pertama kekal, Everton 1-2 Liverpool.

Separuh masa kedua, Lukaku mula menunjukkan taringnya apabila berjaya menyumbat dua gol menjadikan Everton dihadapan 3-2. Kemasukkan Sturridge untuk menggantikan Lucas sememangnya amat berbaloi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 89. Sturridge sekali lagi berjaya menjaringkan gol selepas itu, tetapi malangnya gol tersebut tidak diterima oleh pengadil kerana Sturridge berada di kedudukan offside. Tamat perlawanan Everton dan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan 3-3 untuk berkongsi satu masa.


Secara keseluruhannya Everton lebih menguasai permainan berbanding Liverpool. Kawalan bola yang kemas, mencipta ruang-ruang serangan adalah kunci kecemerlangan mereka. Dua perkara seandainya berlaku, keputusan mungkin akn berpihak kepada Liverpool. Pertamanya seandainya Mirallas dilayangkan kad merah selepas mengasarai Suarez, Pasti jentera serangan Everton akan buntu untuk membuat jarigan. Kedua, seandanya Joe Allen berjaya menyudahkan bola dihadapan gol yang telah terbuka, keputusan semasa akan menjadi 1-3 dan seterusnya 1-4 dan akan membuatkan pasukan Everton bermain dalam tekanan. Malangya akibat terlalu lama berehat dibangku simpanan, Allen sedikit gopoh untuk menolak bola tersebut kedalam gawang.

Apapun satu mata yang diperolehi sudah memadai berbanding tiada. Liverpool masih kekal ditangga kedua liga berkongsi mata dengan Chelsea dan hanya dipisahkan jumlah jaringan. Harapnya pasukan Liverpool akan kembali bangkit dan cemerlang untuk perlawanan seterusnya nanti menentang Hull City di arena lawan pada hari Ahad kelak. YNWA...

EVERTON : Howard, Baines (Deulofeu), Distin, Jagielka, Coleman, Barry, McCarthy, Pienaar (Stones), Barkley, Mirallas (Osman), Lukaku

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Agger, Skrtel, Johnson, Lucas (Sturridge), Gerrard, Allen (Moses), Henderson, Coutinho, Suarez


Preview : BPL 2013/14 (Game 12) - Everton vs Liverpool

Written By Unknown on Jumaat, 22 November 2013 | 4:08 PTG


Pasukan abang dan adik bakal bertembung kembali. Merseyside derby pasti menjanjikan perlawanan yang cukup hebat, cukup panas dalam mengejar gelaran raja bolasepak di wilayah Merseyside.

Pasukan Everton yang dianggap abang adalah pasukan yang cukup liat untuk dihadapi samaada pertemuan berlangsung di Goodison Park ataupun juga Anfield. Musim lalu Liverpool hanya mampu mencatat keputusan seri dalam kedua-dua perlawanan liga. Seri tanpa jaringan di Anfield dan 2-2 di Goodison Park.

Musim ini kita lihat Everton lebih gah berbanding musim lalu. Pasukan yang telah ditinggalkan oleh bekas pengurusnya David Moyes untuk digantikan oleh Roberto Martinez ini tiada banyak perubahan pemain di musim perpindahan lalu. Cuma yang sedikit mengusarkan adalah kehadiran penyerang yang dipinjamkan dari Chelsea Romelu Lukaku yang telah pun menyumbat 5 gol setakat ini.

Cuti rehat dua minggu sempena memberi laluan untuk perlawanan antarabangsa sebenarnya adalah minggu yang meletihkan bagi pemain-pemain utama kita. Luis Suarez terpaksa mengharungi pusingan Play Off untuk negaranya dalam melayakkan diri ke piala dunia 2014. Memandangkan Suarez hanya ada masa 2 setengah hari sebelum bertemu Everton, pemilik Liverpool John Henry telah menawarkan jet peribadinya untuk digunakan oleh Suarez pulang ke Liverpool bagi menjamin rehat yang cukup sebelum perlawanan.

Ketiadaan Jose Enrique yang terpaksa menjalani pembedahan kecil dilututnya pasti posisinya akan diisi oleh Aly Cissokho. Dengar-dengar juga Sturridge juga tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang telah melanda kakinya selepas mengharungi 90 minit perlawanan persahabatan diantara England dan Jerman tempoh hari. Tapi saya percaya, walaupun tiada Sturridge, Brenden Rodgers banyak pilihan untuk menggunakan pemainnya bergandingan bersama Suarez.

Apa yang dirasakan, seperti biasa perlawanan sengit ini pasti akan disajikan beberapa kad kuning dan kemungkinan juga ada kad merah. Harap-harapnya pasukan Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengekor rapat Arsenal dipuncak liga ataupun memintas mereka jika ada peluang. Menang 1-0 sudah memadai, tetapi kalau lebih memang terbaiklah. YNWA.

EVERTON vs LIVERPOOL
[Game 12 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Goodison Park Stadium
Tarikh : 23 November 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

BPL 2013/14 (Game 11) - Liverpool 4-0 Fulham

Written By Unknown on Isnin, 11 November 2013 | 2:41 PTG


Pertukaran formasi kepada 4-4-2 sememangnya membuahkan hasil. Belajar dari kesilapan yang telah dilakukan ketika menentang Arsenal minggu lalu, Liverpool bangkit untuk membenam cabaran Fulham dengan keputusan 4-0. Bermain di gelanggang keramat Anfield sememangnya digunakan sebaik mungkin untuk terus mengekori rapat Arsenal di tangga teratas liga.

Tidak dinafikan kehadiran semula Agger, Johnson dan Coutinho dalam kesebelasan utama telah banyak membantu kejayaan Liverpool pada perlawanan ini. Aksi cemerlang terutamanya Johnson telah menjadi nadi penggerak di sebelah kanan serta Cissokho yang nampak lebih selesa untuk berada di lokasi kegemarannya pertahanan kiri.


Suarez terus menjadi mesin gol bagi pasukan Liverpool apabila beliau sendiri telah berjaya menyumbat 2 gol menjadikan 8 gol peribadinya dalam liga Premier untuk musim ini. Sturridge terpaksa menerima hakikat bahawa persembahannya tidak menjadi pada perlawanan ini dan terpaksa dikeluarkan untuk digantikan oleh Moses.


Selepas ini liga akan berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada pusingan playoff World Cup. Perlawanan seterusnya pula Liverpool akan bertemu musuh setempat iaitu Everton di Goodison Park. Harapnya cuti rehat yang agak panjang mampu untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada perlawanan akan datang. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger, Cissokho (Jose Enrique), Lucas, Gerrard (Joe Allen), Henderson, Coutinho, Suarez, Sturridge (Victor Moses)

FULHAM : Stekelenburg, Zverotic (Aaron Hughes), Senderos, Amorebieta, Richardson, Dejagah, Sidwell, Parker, Kacaniklic (Bryan Ruiz), Kasami, Berbatov (Giorgos Karagounis)


liverpool-4-0-fulham 9-11-2013 by baphuc1024

BPL 2013/14 (Game 10) - Arsenal 2-0 Liverpool

Written By Unknown on Selasa, 5 November 2013 | 11:15 PG


Sebelum sepak mula lagi saya sudah merasakan bahawa Liverpool akan kalah pada perlawanan ini. Seperti yang saya perkatakan pada preview perlawanan ini, formasi 3 pertahanan sememangnya akan memakan diri sendiri jika dipraktikkan menentang pasukan Arsenal.

Jika sebelum ini Branden Rodgers lebih gemar menggunakan formasi 3-5-2, tetapi kali ini beliau melakukan sedikit perubahan dengan menggunakan formasi 3-4-3. Nampak lain tapi ada sedikit persamaan. Pertahanan utama tetap juga bermain 3 orang. Nampaknya BR masih belum memahami corak permainan Arsenal yang sebenar. Permainan pantas dengan hantaran-hantaran pendek yang dipersembahkan oleh anak didik Arsene Wenger membuatkan pemain Liverpool seperti mudah diperbodoh-bodohkan.

Terkejut juga bila melihat kesebelasan utama dimana BR menurunkan Jon Flanagan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Johnson akibat jangkitan virus. Bukanlah tidak percaya kepada Flanagan ni, tetapi perlawanan yang besar sebegini sepatutnya bukanlah medan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda seandainnya ada pemain utama lain lagi yang lebih layak. Sepatutnya BR lebih percaya kepada Agger untuk bergandingan dengan Skrtel dan Toure boleh bermain di sebelah pertahanan kanan. Nampaknya Agger seperti sudah tidak mendapat tempat didalam hati BR.


Sebenarnya walauapapun formasi yang digunakan, bahagian tengahlah yang mengemudi hala tuju pasukan. Saya juga pernah berkata sebelum ini, nak guna formasi seorang pertahanan pun tak mengapa asalkan tengah mantap, bijak dan pantas menguasai permainan. Bukan nak menghina tetapi terus terang cakap Gerrard boleh dianggap sudah sampai tempoh expirednya. Laju untuk menyerang tetapi berat untuk turun membantu barisan pertahanan. Begitu juga keadaannya diposisi kiri dan kanan, jarang sekali dapat membuat gerakan apatah lagi hendak menghantar bola kepada Sturridge dan Suarez. Pengalaman Toure yang pernah menjadi kapten di Arsenal juga langsung tidak membantu pasukan.

Dari dulu lagi Arsene Wenger telah mengajar pemain-pemainnya untuk bermain secara setia kawan dan semangat berpasukan. Walaupun setiap pemainnya mempunyai skil individu tersendiri, tetapi mereka lebih mengamalkan gol untuk pasukan dan bukannya untuk peribadi. Ini bermaksud mereka tidak kisah pun siapa yang menjaringkan gol asalkan mereka menang berbanding Liverpool yang lebih mengharapkan Suarez dan Sturridge sahaja. Jadi kita boleh lihat walaupun seseorang pemain Arsenal itu sudah berada dalam kotak penalti dan boleh menjaringkan gol, tetapi mereka masih lagi boleh main passing-passing dalam kotak penalti. Istilah kedekut memang tiada dalam pasukan Arsenal kerana kalau kedekut juga memang tak lamalah dalam pasukan tu.


Kita akui Sturridge dan Suarez ini sememangnya pemain yang mempunyai skil individu yang tinggi untuk menjaringkan gol peribadi. Jadi tidak boleh juga untuk menyalahkan mereka kerana bermain kedekut memandangkan pemain tengah juga gagal untuk mencipta peluang untuk mereka menjaringkan gol. Kita sedikit kecewa dengan pengadil perlawanan yang membatalkan jaringan Henderson. Sepatutnya advantage diberikan kepada Liverpool. Mengapa selepas Suarez dijatuhkan dan bangun segera untuk menolak bola tersebut kepada Sturridge pengadil tidak terus meniup wisel. Sebaliknya apabila sesudah Sturridge menolak bola tersebut kepada Henderson dan mahu menolak ke dalam gawang barulah terhegeh-hegeh pengadil meniup wisel. Jika gol tersebut dbenarkan, sedikit sebanyak keputusan atau mood perlawanan akan lebih berpihak kepada kita.

Kemasukkan Coutinho diseparuh masa kedua untuk mengantikan Cissokho menampakkan sedikit kemajuan. Walaupun begitu masih lagi kelihatan kelibat Coutinho yang malu-malu dan kurang lincah seperti dulu. Kemasukkan Moses juga banyak membantu dalam misi pencarian gol malangnya memang sudah tersurat bahawa Liverpool akan kalah 2-0 pada perlawanan ini. Kesimpulannya Liverpool seharusnya mengambil ikhtbar diatas kekalahan ini. Walaupun kita sudah boleh menganggap pasukan Liverpool mantap pada musim ini, tetapi masih ada lagi kebocoran yang perlu ditampal terutamanya di bahagian tengah. Apapun kekalahan kali ini masih tidak mengubah kedudukan Liverpool ditangga ke-3 liga cuma yang tak seronoknya point dengan pasukan dibawah semakin rapat. Jika kesilapan berulangan, akibatnya kita akan terus dipintas dan ditinggalkan dibawah pula. Bersabarlah wahai hati YNWA...


ARSENAL : Szczesny, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Gibbs (Vermaelen), Rosicky (Monreal), Arteta, Ramsey, Cazorla (Jenkinson), Ozil, Giroud.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho (Coutinho), Sakho, Skrtel, Toure, Flanagan (Moses), Lucas, Gerrard, Henderson, Suarez, Sturridge.



Preview : BPL 2013/14 (Game 10) - Arsenal vs Liverpool

Written By Unknown on Sabtu, 2 November 2013 | 1:13 PG


Siapa paling hebat? Siapa paling layak untuk berada di takhta liga? Segala persoalan akan terjawab selepas perlawanan tengah malam esok diantara musuh tradisi liga perdana Inggeris Arsenal bertemu Liverpool di Stadium Emirates.

The Gunners bukanlah pasukan asing bagi kita. Pasukan yang sentiasa berada didalam kelompok empat terbaik liga ini memang sukar untuk diramal akibat turun naik prestasi pemainnya. Jika musim lalu mereka memulakan awal musim dengan begitu teruk sekali, tetapi selepas separuh musim mereka bangkit dan seterusnya berjaya menduduki tangga keempat liga untuk melayakkan diri ke liga juara-juara Eropah. Musim ini pula mereka tampil dengan nafas baru dan buat pertama kalinya dalam sejarah kelab, mereka telah membeli pemain dari Real Madrid , Mesut Ozil dengan harga yang melebihi dari £40 juta. Memang pembelian ini memecah rekod kelab dan hasil pembelian tersebut pasukan Arsenal nampak lebih bersemangat serta berada di puncak liga ketika ini.


Rekod pertemuan selama 5 tahun yang lalu, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 11 kali di mana 10 kali dalam liga dan sekali di Carling Cup pada musim 09/10. Dalam kesebelas-kesebelas pertemuan tersebut Liverpool hanya mampu memenangi satu perlawanan sahaja berbanding Arsenal yang menang sebanyak 5 kali dan seri juga 5 kali. Satu-satunya kemenangan yang berjaya dicipta oleh Liverpool ini adalah pada musim 2011/12 ketika bertandang ke Stadium Emirates ini dengan keputusan 0-2 melalui hasil jaringan sendiri Ramsey dan Luis Suarez.

Memandangkan pasukan Arsenal ini bukanlah pasukan yang lebih kepada permainan bertahan, berkemungkinan besar Brendan Rodgers tidak akan menggunakan formasi 3-5-2 yang biasa digunakannya. Ini kerana formasi tersebut nampak sedikit kelemahan dibarisan pertahanan Liverpool memandangkan pemain-pemain Arsenal telah dilatih oleh Arsene Wenger untuk bergerak pantas dalam situasi serangan balas dikala pemain lawan sedang berkumpul dikawasan mereka.


Mungkin ramai yang berharap Coutinho akan bermain dalam kesebelasan utama pada perlawanan nanti. Mengikut pada pandangan saya, BR tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan Coutinho di awal perlawanan memandangkan kesebelasan yang sedia ada mampu menggalas tugas dengan baik. Meletakkan Coutinho dibangku simpanan terlebih dahulu adalah jalan selamat demi kecergasannya serta hanya menggunakannya ketika perlu.

Dibahagian serangan kita masih sentiasa mengharapkan gandingan Sturridge dan Suarez mampu merobek gawang pihak lawan. Yang pentingnya bahagian tengah yang dikemudi Gerrard dan Lucas mampu mengawal keadaan serta menghidupkan corak permainan Liverpool. Jika mereka gagal, maka untuk melihat Liverpool menang amatlah tipis sekali. Apapun setiap pemain yang diturunkan oleh BR seharusnya bersedia untuk menerima sebarang ancaman serta bijak menggunakan peluang yang terhidang. Tidak ada gunanya kalau banyak peluang yang dicipta tetapi disia-siakan.Adalah lebih berbaloi seandainya sekali sekala peluang itu hadir dan dapat disempurnakan dengan baik. Selamat berjuang untuk merampas tangga teratas liga. YNWA.


ARSENAL vs LIVERPOOL 
[Game 10 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Stadium Emirates
Tarikh : 3 November 2013 | Ahad
Waktu : 01:30 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger