Steven sewaktu berusia 18 tahun |
- Lagenda Budak Merah – Bahagian 1
- Lagenda Budak Merah – Bahagian 2
- Lagenda Budak Merah – Bahagian 3
- Lagenda Budak Merah – Bahagian 4
- Lagenda Budak Merah – Bahagian 5
Steven dan hari pertama di Melwood
Hari ini merupakan hari pertama Steven di Melwood. Dia dan Wrighty tercegat di depan pintu bilik persalinan. Dia menarik nafas panjang mengumpul kekuatan untuk membuka pintu. Mereka melangkah masuk. Kosong! “Wrighty, mereka tak tahu pun kita datang harini!” Steven kecewa. Hanya pengurus pakaian Liverpool yang sudah berada di situ. Pakaian latihan untuk setiap pemain telah disiapkan di tempat mereka. Steven dan Wrighty melihat-lihat kalau ada pakaian untuk mereka. Hampa. “Rasa macam penceroboh!” Kata Steven menggambarkan perasaannya waktu itu.
Sebaik sahaja mereka bertekad untuk keluar pintu dibuka dan semua bintang Liverpool mula masuk. Jamie Redknapp, Steve McManaman(Macca) dan Robbie Fowler. Steven gembira dan bersyukur melihat muka-muka yang dikenalinya. “Korang di sini secara kekal sekarang? ” tanya Jamie. “Bagus-bagus” kata Macca pula sambil tergelak. “Dah sampai masa pun!” Sambungnya. “Bukan agak lambat ke korang?” celah Robbie pula. Steven dan Wrighty semakin tenang. Mungkin mereka sebenarnya tahu kita datang harini. Bisik Steven dalam hati. “Ambil baju duduk sebelah aku” kata Jamie. “Aku dah tiba!” katanya dalam hati sambil dia duduk di sebelah pemain terkenal England itu. Tapi seorang jurulatih mengarahkannya duduk di hujung bilik. Bersama pemain-pemain yang jarang bermain, pemain berusia dan pemain muda yang lain tapi dia tidak kisah bersesak-sesak di bilik persalinan kerana yang penting adalah di atas padang.
Latihan dimulakan dengan semua pemain berdiri dalam bulatan. “Mereka di sini sekarang. Saya membawa mereka dari akademi” Sambil menunjuk Stevie dan Wrighty. Itu sahaja dan mereka terus berlatih..huhu..ringkas amat. Steven yang risau latihan terlalu ketat seronok berlatih dengan Houllier. Latihan corak permainan dan perlawanan latihan sangat menyeronokkan kata Stevie. Dia menyangkal dakwaan yang latihan Houllier sangat ketat. Selepas latihan Houllier memanggil mereka berdua. “Di sini semuanya bermula. Kami tak puas hati dengan rupa kamu. Kami mahu kamu lebih besar dan kuat. Lihat semua pemain lain. Mereka lebih besar daripada kamu. Kamu mesti sampai ke tahap mereka. Kami akan meletakkan kamu dalam rejim yang lain. Jangan merungut. Sekiranya kami menyuruh kamu balik lewat atau sampai awal pastikan kamu buat. Minum apa yang kami suruh. Makan apa yang kami suruh. Kami mahu kamu bersedia secara fizikalnya untuk pasukan utama” nasihat Houllier panjang lebar.
Steven dan Piala UEFA
Steven mendapat pengalaman pertamanya ke perlawanan Piala UEFA ketika Houllier membawanya ke Spain untuk pusingan ke-3 menentang Celta Vigo pada 23 November 1998. Tapi Steven yakin dia hanya ke sana untuk menolong mengemas pakaian atau hanya duduk di tempat penonton sahaja. Jangkaannya meleset. Sebaik tiba di biliknya, dia lihat ada baju Liverpool dengan namanya dan nombor 28. Dia kini sebahagian daripada Liverpool! Dia dan Wrighty dinamakan sebagai pemain simpanan memandangkan kelab dibenarkan untuk menamakan 7 orang pemain simpanan dalam kejohanan itu. Tapi dia dan Wrighty tidak berpeluang pun beraksi di atas padang. Liverpool diajar cara mengekalkan bola dalam kawalan malam itu. Antara pemain yang bermain ketika itu adalah Claude Makelele, Valeri karpin dan Alexander Mostovoi. Liverpool kalah 3-1 tapi pengalaman yang Stevie dan Wrighty dapat malam itu sangat berharga.
Steven dan penampilan pertama untuk Liverpool
Dalam sesi latihan pertama setelah kembali dari Spain, Steven mengerahkan sepenuh tenaganya. Paul Ince sangat bengang dengannya ketika itu kerana dia tak berpeluang langsung mendekati Steven. mengikut Steven, Paul Ince merupakan seorang yang kurang berminat dengan latihan dan lebih suka kepada perlawanan. Tapi dia boleh menunjukkan ‘minatn’ya bila-bila masa yang dia rasa perlu. Contohnya sewaktu dengan Steven. Steven turun untuk membuktikan sesuatu jadi ince menaikkan tahap permainannya. Tapi dia masih tak dapat menyentuh Steven. Jadi pemain lain mula menyakatnya. “Habislah karier kau Incey!” Jerit Fowler. “Jaga-jaga!” Ejek Jamie pula. Steven bukan menunjuk-nunjuk waktu itu. Dia hanya melakukan apa yang dirasakan betul.
Usahanya tak sia-sia. Houllier memasukkannya dalam senarai 18 untuk menentang Blackburn. 2 orang pemain akhirnya ditinggalkan dan dia dimasukkan ke bangku simpanan! Houllier memilihnya kerana dia boleh bermain beberapa posisi. Pemain tengah, sayap kanan dan bek kanan. Dia masih ingat perlawanan pertamanya di Anfield itu. Berbaris di koridor. Menyentuh tanda “This is Anfield” sebelum masuk ke padang. dan bunyi sorakan 41,753 orang penyokong yang memekakkan telinganya (sesiapa yang pergi Liverpool Asia Tour mesti tahu suasana ni kan?). Perlawanan tinggal 5 minit dan Liverpool mendahului 2-0 hasil jaringan Ince dan Owen. “Aku takkan masuk. Selamat!” Tiba-tiba Phil Thompson berpusing kearahnya.” Pergi panaskan badan!”. Dia akhirnya masuk menggantikan Vegard Heggem di posisi bek kanan. Bola sampai kepadanya. Dia tahan. Hantar kepada rakan berhampiran. Lega. Kemudian serangan bertukar kesebelah kanan dan Ince memberikannya bola. Dia cuba hantar ketengah. Tinggi! Merah padam mukanya waktu tu kerana 41,753 orang sedang menyaksikan bola yang melambung melepasi semua pemain. Nasib baik Liverpool menang..heheh. ”Tahniah. Kau dah main untuk Liverpool!” Ucap Wrighty.
Siapa sangka budak kurus yang buat cross melambung tinggi waktu perlawanan pertamanya ini akan jadi seorang Lagenda Liverpool? Harap-harap perlawanan lawan Cardiff ahad ni jadi satu lagi highlight dalam karier dia.
Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 7
Credit untuk : redderscreepers
Catat Ulasan