Home » , , , , » Krisis penjaga gol melanda Liverpool

Krisis penjaga gol melanda Liverpool

Written By peminat liverpool on Khamis, 12 April 2012 | 12:08 PTG

Disaat ingin mewujudkan kesebelasan utama yang mantap menjelang pertemuan separuh akhir piala FA Sabtu ini, Liverpool terpaksa mempertaruhkan penjaga gol simpanannya didalam kesebelasan utama. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang telah berlaku di posisi penjaga gol skuad utama Liverpool. Rasanya belum pernah lagi terjadi dimana 2 penjaga gol digantung perlawanan akibat kad merah serentak, tetapi Liverpool kali ini telah pun merasa bahang kesengsaraan tersebut.


Jika sebelum ini Pepe Reina mendahului sebagai penjaga gol yang diberi cuti paksa selama 3 perlawanan oleh pengadil, pagi semalam giliran Doni pula mengikut jejak langkahnya. Reina telah pun dilayangkan kad merah akibat insiden beliau menanduk muka James Perch ketika perlawanan menentang Newcastle minggu lalu. Kini sudah 2 perlawanan beliau lalui dan tinggal 1 perlawanan sahaja lagi sebelum tempoh kuarantin tamat. Manakala Doni pula yang baru berbakti diatas padang bersama liverpool selama 115 minit pada musim ini pula dilayangkan akibat terjahan terhadap David Hoilett pada pertemuan dengan Blackburn awal pagi semalam.


Brad Jones yang tenggelam dalam skuad Liverpool tiba2 menjadi popular selepas berjaya menangkap sepakan penalti Yakubu selepas beliau masuk mengantikan Doni yang dilayangkan kad merah. Sebenarnya rekod Jones ini tidaklah seteruk mana. Walaupun kerjaya lampaunya banyak dipinjamkan ke pasukan lain sewaktu di Middlesbrough tetapi beliau berjaya menempatkan  diri dalam skuad utama pasukan ini pada tahun 2008-2010. Disebabkan itulah Roy Hudgson telah membawa beliau ke Anfield pada tahun 2010 untuk menjadi backup kepada Reina. Malangnya pada Mac 2011, Dalglish telah meminjamkan beliau ke Derby Country sebelum dipanggil semula di penghujung tahun lalu.


Kini pembantu kepada Jones pula sudah tentulah Peter Gulacsi yang bakal mengisi kekosongan tersebut. Dalglish hari ini telah pun memanggil semula Gulacsi yang dipinjamkan ke Hull City pada Julai 2011 dalam usaha menyelesaikan masalah penjaga gol yang melanda. Apa yang bertuahnya kepada mereka berdua, tanpa susah payah, Brad Jones dan mungkin Gulacsi akan beraksi di Stadium Wembley pada perlawanan menentang Everton nanti. Betapa bertuahnya mereka ketika ini. Tetapi jika tuah tidak digunakan bersungguh2, merekalah dianggap punca kegagalan nanti tetapi jika kemenangan tercipta sudah pasti akan disanjung tinggi mengalahkan Reina.


Sebenarnya walau siapa pun penjaga gol yang bakal beraksi tidak akan menjadi masalah sekiranya sejak awal2 lagi Dalglish telah pun menekankan sistem giliran pemain diposisi penjaga gol. Hanya mempercayai Reina bulat2 dan diturunkan setiap perlawanan bukanlah jaminan Reina bertambah bagus malah pemain lain juga kaku dan lemah bila asyik diperam2 sahaja. Hakikatnya Dalglish perlu menjadikan krisis ini sebagai satu peringatan bahawa kad merah dan kecederaan tidak mengenal pemain walau diposisi mana sekali pun. Semoga Dalglish dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan sendiri dan jangan terlalu memanjakan pemain. Kepada Brad Jones dan Gulacsi, selamat berjuang untuk membuktikan anda adalah lebih baik dari yang terbaik untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir piala FA nanti. YNWA

-SG-
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger