Latest Post
Memaparkan catatan dengan label FSG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FSG. Papar semua catatan

Dulu marah Dalglish, kini marah Henry pula

Written By Unknown on Khamis, 17 Mei 2012 | 4:08 PTG


Beginilah episod sesebuah kehidupan samaada dalam kegiatan harian, ataupun didalam pertandingan yakni sukan. Sikap memaki mencaci serta tidak puas hati sering timbul apabila sesuatu keputusan berlaku diluar jangkaan.

Dulu masing-masing maki, kutuk dah marah Dalglish terhadap prestasi Liverpool yang tidak menentu. Majoritinya berpendapat Dalglish harus dipersalahkan 100% diatas segala kegagalan ini. Maka ada juga terkeluar suara-suara sumbang yang meminta agar Dalglish dipecat, letak jawatan dan pencen saja. Bila waktu menang, selori pula pujian yang diluahkan terhadap lagenda Liverpool ini. Tapi ia hanya seketika sahaja, Berbakul-bakul kembali hinaan terus dilemparkan kepada beliau.

Hari ini, tiba-tiba perasaan kepada Dalglish dulu berubah pula menjadi simpati. Kini mereka berpaling arah dan mula pula memarahi Fenway Sports Group (FSG) a.k.a John Henry sebagai pemilik Liverpool. Macamana mereka memaki Dalglish dahulu, begitu juga yang diterima oleh Henry. Itulah situasi yang berlaku kini setelah pemecatan lagenda Dalglish dari menjadi Pengurus Liverpool berkuatkuasa semalam.

Disini pada dasarnya saya bukanlah nak menyalahkan 100% apa yang diperkatakan oleh anti Dalglish ini. Malah  saya juga tidak mengatakan bahawa mereka yang sentiasa menyanjung lagenda ini betul kesemuanya. Bila kita renung diri kita kembali, siapalah kita disisi Liverpool FC untuk mengeluarkan kenyataan mengikut hati dan perasaan. Kita hanyalah sebagai peminat. Bukannya penyokong apatah lagi nak bau-bau bedak dengan ahli lembaga pengarah. Bukankan kata ada share ke apa dalam FSG ni, malah beli baju pun cap ayam made in Thailand yang tiada sebarang sumbangan kearah kelab. Jadi apa jua keputusan dan apa jua yang berlaku kita berserah sahaja kepada mereka yang layak menyelesaikannya.

Lumrah kehidupan. Sewaktu seseorang itu ada pasti adakalanya kita membencinya, tetapi sesudah kehilangannya pasti merinduinya malah akan berasa simpati terhadap nasib yang menimpa diri mereka. Saya akui, saya juga adakalanya terlepas kata juga mengutuk Dalglish ini. Tetapi setakat ini apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan fakta dan tak pernah pun untuk Dalglsih dipecat. Hormat sebagai lagenda tidak semesti tidak boleh memperkatakan kesilapannya. Tetapi dengan semangat untuk terus memberi kepercayaan adalah lebih penting dari memberi tekanan. Tapi sayang, semuanya kini tinggal kenangan.


Saya juga mengakui bahawa FSG dan Liverpool FC juga ada membuat kesilapan dalam situasi pemecatan ini. Mengapa baru kini berlakunya pemecatan, kenapa tidak diberi peluang kedua kepada beliau untuk menamatkan semusim lagi dalam kontraknya. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak. Ataupun tak payahlah ikat kontrak dua tahun sewaktu Dalglish telah menamatkan separuh musim menyelamatkan Liverpool yang lemas akibat peninggalan Roy Hodgson. Bukankah niat utama semasa mula-mula perlantikan sekadar menjadikan Dalglish pengurus sementara. Sekurang-kurangnya jika tidak sambung kontraklah ketika itu, peminat pasti boleh menerima keadaan dan tujuan sebenar berdasarkan motif perlantikan mengejut beliau menjadi pengurus.

Disini saya sekadar berkongsi artikel dari Daily mail yang telah menyenaraikan 7 sebab mengapa Kenny Dalglish diberhentikan kontrak sebagai pengurus Liverpool

1) Gagal untuk bermain dengan baik dihalaman sendiri (Stadium Anfield)
-Liverpool hanya mengutip 30 mata daripada 19 perlawanan di tempat sendiri musim ini

2) Isu perkauman Suarez dan Evra
-Tindakan Kenny Dalglish yang banyak mempertahankan pemainnya hampir merosakkan reputasi Liverpool termasuk juga pihak penaja serta FSG.

3) Pembelian yang tidak masuk akal dan munasabah
- Gabungan pemain-pemain seperti Downing,Henderson,Charlie Adam dan Jose Enrique dengan jumlah £50juta tidak setanding dengan kualiti yang mereka miliki.

4) Andy Carroll
-Jika pemain itu mengekalkan prestasinya seperti musim lepas sewaktu berada di Newcastle, sudah tentu prestasi Liverpool dalam liga akan bertambah baik

5) Kehilangan Steven Gerrard
-Steven Gerrard hanya bermain 23 perlawanan di bawah kendalian Dalglish dengan kapten England itu lebih banyak berehat kerana mengalami kecederaan.

6) Tiada penyudah berkesan
-Pemain Liverpool adalah pakar dalam menyepak bola kearah tiang dan palang gol.  Ini terbukti apabila telah membuat 33 percubaan terkena tiang dan palang hanya dikira dalam persaingan liga sahaja. Sesetengahnya mungkin keran tidak bernasib baik namun sesetengah membuktikan bahawa penyudah mereka kurang mantap. Sekiranya tragedi ini tidak berlaku sudah pastinya Liverpool adalah antara kelab penyumbang gol terbanyak pada musim ini.

7) Strategi perlawanan dan pemilihan pemain.
-Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez jarang dipilih bagi skuad utama dan kita boleh lihat banyak tektikal dan corak permainan Dalglish yang diragui. Gagal menurunkan pemain mengikut kesesuaian perlawanan dan yang paling penting gagal menggunakan sistem pertukaran pemain dengan sebaiknya. (Terlalu memanjakan dan mempercayai hanya sebahagian pemain sahaja)

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Kita yang hanya sekadar peminat di Malaysia pun terasa kesedihannya, inikan penyokong fanatik di Merseyside yang dan beribu-ribu keluar duit untuk menyokong pasukan kesayangan kita ini, pasti lebih memilukan. Jangan samapi ada yang menangis airmata darah sudahlah. Bagi yang nak sangat Dalglish dipecat, pasti mereka senyum sampai ketelingakan. Tahniah kerana suara dan keluhan anda didengari oleh FSG.

Dalglish ditendang keluar jua akhirnya


Nak kata terkejut, memang dah boleh agak. Nak kata sedih, adalah sedikit tapi taklah sampai nak melelehkan airmata. Nak komen lebih-lebih, siapalah SG disisi Fenway Sports Group (FSG) dan Liverpool FC yang lebih memahami keadaan sebenar akibat kocek yang sudah koyak cuma sedikit sahaja yang ditampal. Itulah nasib yang berlaku kepada Lagenda merangkap pengurus pasukan Liverpool Kenny Dalglish yang telah ditamatkan kontrak sebagai pengurus dengan serta merta pada 16 May 2012.

Bila sukan telah menjadi perniagaan singkat untuk mengaut keuntungan, beginilah kisahnya yang pasti terjadi. Sikap pemilik yang tidak sabar dengan pulangan lumayan dari apa yang dilaburkan membuatkan beliau tidak mengira siapa mereka, pasti akan merasa kekejamannya.


Diawal meminta pertolongan, Dalglish dipujuk, dirayu serta dipuja untuk menyelamatkan nasib pasukan Liverpool yang jatuh kelubang kehinaan akibat kegagalan Hodgson membawa perubahan. Dengan rela hati walaupun sedang bercuti, Dalglish bergegas kembali untuk menghulurkan bantuan keatas pasukan kesayangannya ini. Dengan berbekalkan pemain yang serba tak jadi, ayam tambatan mencurangkan diri ke Chelsea, pembelian panik pecah tradisi dan Suarez wira dihati, Dalglish berjaya menyelamatkan maruah Liverpool hingga ketahap yang selamat walaupun tanpa sebarang hadiah kegembiraan yang boleh diberikan kepada FSG a.k.a John Henry. Tapi FSG faham, mereka bagi peluang lagi ikat kontrak 2 tahun.

"Aku punya duit, suka hati akulah nak buat apapun." Mungkin itulah kata-kata Henry

Dengan keyakinan dan ayat power Dalglish dan Comolli, berjuta-juta duit lagi dikeluarkan dalam pembelian yang indah rupa dari khabar. Nasib baik kuda tua yang dapat secara percuma itu dapat cover sedikit kegagalan  hasil pembelian besar-besaran ini. Awal tahun 2012 bila tiada shopping pemain dilakukan, kita sudah boleh agak, Dalglish tak lama jer lagi ni jadi pengurus. FSG ikat kos untuk Dalglish habiskan musim dengan tunggul kayu yang ada. Ingat bila dah bagi piala Mickey Mouse tu, Dalglish boleh tidur lena, rupanya target FSG untuk layak ke liga Juara-juara musim hadapan hancur berkecai dengan keputusan perlawanan yang jauh dari harapan. Tapi Dalglish maintain, masih lagi boleh cover dengan FA Cup. Malangnya dalam FA cup, Linesman pula buat hal. Memang sepatutnya linesmanlah yang harus disalahkan dengan pemecatan Dalglish ini. huhuhuhu.

Banyak-banyak gambar KD, gambar inilah yang paling terharu untuk dilihat

Tak apalah Dalglish, bila dah tua-tua ni, anda sepatutnya duduk-duduk sahaja di bangku penonton dan terus menjadi duta Liverpool. Tak payah dah nak fikir-fikir untuk nak mencipta nama yang sedia terukir tu. Bagi sahaja kepada sesiapa yang difikirkan sesuai oleh FSG dan Liverpool FC. Tapi yang pastinya kali ini FSG tidak akan mendengar permintaan peminat seperti kisah Dalglish dahulu. So tak payahlah nak pekik-pekik nama RAFA BANITEZ ke, PEP GUARDIOLA ke hatta JOSE MOURINHO sekalipun kerana FSG dah tau, mereka-mereka ini tak boleh berjuang tanpa dana yang besar. Jadi siapa pun FSG nak pilih, lantaklah. Duit mereka, kita ni hanya peminat jer. Walaupun dihati ini, teringinkan Rafa kembali. Paling tidak pun Martin O'neill yang bijak memilih pemain walaupun main kutip-kutip je dari tepi jalan. Tapi apakan daya. Siapalah suaraku ini.....


*walauapapun terjadi, Liverpool tetap dihati.. YNWA...

Dalglish adalah pengurus ke 37 untuk musim 2011/2012 ini yang ditendang keluar dalam liga England
  1. August 25 - Peter Jackson (Bradford City)
  2. September 18 - Peter Reid (Plymouth)
  3. September 23 - Sean O'Driscoll (Doncaster)
  4. October 2 - Steve McClaren (Nottingham Forest)
  5. October 3 - Keith Millen (Bristol City)
  6. October 14 - Steve Cotterill (Portsmouth)
  7. October 24 - Sven Goran Eriksson (Leicester)
  8. November 10 - Dario Gradi (Crewe)
  9. November 14 - Gary Johnson (Northampton) 
  10. November 15 - Nigel Pearson (Hull)
  11. November 30 - Steve Bruce (Sunderland)
  12. December 6 - Mick Wadsworth (Hartlepool)
  13. December 14 - Phil Brown (Preston)
  14. December 19 - Steve Eyre (Rochdale)
  15. January 3 - Paul Buckle (Bristol Rovers)
  16. January 8 - Neil Warnock (Queens Park Rangers)
  17. January 9 - Terry Skiverton (Yeovil)
  18. January 24 - John Coleman (Accrington Stanley)
  19. February 1 - Simon Grayson (Leeds)
  20. February 13 - Mick McCarthy (Wolves)
  21. February 18 - Martin Allen (Notts County)
  22. March 1 - Gary Megson (Sheffield Wednesday)
  23. March 4 - Les Parry (Tranmere)
  24. March 4 - Andre Villas-Boas (Chelsea)
  25. March 5 - Jamie Pitman (Hereford)
  26. March 17 - Paul Peschisolido (Burton)
  27. March 18 - Gary Simpson (Macclesfield)
  28. March 19 - Andy Scott (Rotherham)
  29. March 25 - Lee Bradbury (Bournemouth)
  30. April 9 - Steve Evans (Crawley)
  31. April 16 - Lawrie Sanchez (Barnet)
  32. April 30 - Brian Horton (Macclesfield)
  33. May 8 - Nick Barmby (Hull City)
  34. May 8 - Andy Hessenthaler (Gillingham)
  35. May 11 - Richard O'Kelly (Hereford)
  36. May 14 - Alex McLeish (Aston Villa)
  37. May 16 - Kenny Dalglish (Liverpool)


Nasib Dalglish terus menjadi tanda tanya

Written By Unknown on Rabu, 16 Mei 2012 | 5:37 PG


Nasib Kenny Dalglish yang telah kembali dari perjumpaan bersama pemilik Liverpool John Henry masih lagi belum jelas dan menjadi tanda tanya pelbagai pihak.  Dalam spekulasi yang bertiup kencang bahawa berkemungkinan Dalglish akan diarahkan untuk meletak jawatan secara rela atau dipecat secara paksa untuk digantikan oleh pengurus Wigan Roberto Martinez, masih tiada sebarang luahan isi hati yang terkeluar dari mulut baikpun Dalglish, John Henry dan juga Tom Werner.

Berdasarkan situasi semasa, sebulan sebelum ini, Tom Werner menyatakan bahawa beliau dan Henry masih yakin dengan kebolehan Dalglish mengurus dan mereka tetap memberi sokongan penuh terhadap beliau. Tetapi perlu diingat kenyataan itu keluar sebelum berlangsungnya perlawanan akhir FA cup, dan selepas gagal memenangi piala terbabit, sokongna boleh jadi sebaliknya.

Seperti yang kita tahu, pada musim ini pasukan Liverpool jauh tersasar dari apa yang diharapkan dan dilaburkan oleh FSG. Sudah pastinya Dalglish dan Steve Clarke perlu menjawab soalan-soalan maut dari FSG yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar lebih £ 200 juta dalam memiliki kelab serta pembelian pemain tetapi hasilnya cukup mengecewakan. Sasaran utama untuk menduduki empat terbaik liga dalam melayakkan ke liga juara-juara musim hadapan hancur berkecai. Malah tewas 14 kali dalam kempen liga musim ini serta menduduki tangga ke-8 adalah yang terburuk sejak 18 tahun lalu. Disamping itu juga dengan memungut 52 mata pada musim ini, ia adalah paling terendah semenjak musim 1953/54.

Ketiadaan Dalglish bersama-sama Steve Clarke, Tom Werner dan John Henry menyaksikan perlawanan Boston menguatkan lagi spekulasi

Jika sebelum ini, Damien Comolli dan Peter Brukner sudah ditendang keluar akibat kegagalan mereka membuktikan kebolehan masing-masing, tidak salah rasanya kalau FSG juga bakal berbuat sedemikian terhadap Dalglish. Tetapi harapannya dengan menjuarai 1 piala pada musim ini sedikit sebanyak dapat melembutkan hati John Henry untuk terus memberi kepercayaan kepada Dalglish.

Cerita-cerita kosongnyalah. Seandainya Dalglish dipecat adakah Roberto Martinez mampu mengalas cabaran di kerusi panas ini. Bagi SG dengan corak dan penampilan pasukan Wigan ini, bukanlah ia sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Martinez. Dipendekkan cerita, Martinez adalah tidak layak untuk mengisi kekosongan tersebut. Kalau boleh panggillah balik Rafa Banitez yang telah membuktikan kebolehan beliau. Kalau tak pun SG lebih suka Martin 0'Neill untuk meneruskan kesinambungan zaman pembangunan Liverpool. Bagi anda siapa pula?
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger