Home » , , , , , , , » BPL 2013/14 (Game 9) - Liverpool 4-1 West Bromwich

BPL 2013/14 (Game 9) - Liverpool 4-1 West Bromwich

Written By saleehs gerrard on Ahad, 27 Oktober 2013 | 11:16 PG


Liverpool tidak berhadapan banyak masalah apabila berjaya membenam cabaran pasukan West Bromwich Albion (WBA) dengan keputusan 4-1. Bermain di hadapan penyokong sendiri, Suarez menjadi wira pasukan Liverpool apabila telah berjaya menjaringkan hatrick serta satu gol lagi melalui jaringan Sturridge.

Suarez tidak mengambil masa yang lama untuk membawa Liverpool mendahului apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 12 lagi. Kawalan bola yang kemas telah memberikan Suarez ruang untuk membuat percubaan menewaskan penjaga gol WBA Myhill. 5 minit berselang, Suarez sekali lagi membuktikan bahawa bukan kakinya sahaja tahu menjaringkan gol, malah kepalanya juga amat berbisa. Hantaran Cissokho berjaya ditanduk kemas Suarez tanpa langsung dapat ditepis oleh Myhill. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Liverpool 2-0 WBA.

Diawal separuh masa kedua, Liverpool terus memburu gol tambahan lagi. Gol ke-3 Liverpool hadir juga pada minit ke-55 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Gerrard berjaya ditanduk oleh Suarez. Selepas gol tersebut tiba-tiba sahaja Liverpool memperlahankan permainan dan lebih banyak memberi ruang kepada pemain WBA untuk menguasai perlawanan. Kesilapan Lucas yang membuat terjahan keatas Billy Jones didalam kotak penalti telah memberikan WBA sepakan penalti. Dalam insiden ini, pengadil membuat keputusan untuk meneruskan permainan tetapi pembantu pengadil telah mengangkat bendera untuk memberikan sepakan penalti. James Morrison berjaya menyempurnakan penalti tersebut.


Sturridge pada perlawanan ini agak sedikit hambar. Beberapa peluang yang hadir kepadanya gagal disempurnakan. Mungkin juga tertekan akbiat jaringan hatrick Suarez, Sturridge banyak membuat percubaan sendiri dari jarak jauh. Tapi usahanya itu berbaloi apabila beliau yang melihat kedudukan penjaga gol WBA yang agak kehadapan, berjaya melambungkan bola kearah gawang gol untuk menjadikan keputusan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan. Sepatutya Liverpool mampu memperolehi lebih dari 4 gol pada perlawanan ini. Malangnya 2 percubaan dari Suarez dan Sturridge mengenai palang gol disaat penjaga gol WBA sudah pun tertewas.

Kehadiran semula Lucas dalam kesebelasan utama, banyak membantu untuk mengerakkan barisan tengah pasukan. Walaupun ura-ura Coutinho sudah boleh bermain, tetapi Branden Rodgers masih belum bersedia untuk menurunkan beliau. Mungkin juga bagi memastikan Coutinho benar-benar 100% cergas untuk digunakan pada perlawanan akan datang. Diharapnya tiada kecederaan besar yang melanda Glen Johnson pada perlawanan ini memandangkan beliau sedikit terhincut-hincut sebelum dikeluarkan oleh dan digantikan dengan Martin Kelly.


Cabaran getir selepas ini sudah pastinya bertemu pasukan Arsenal yang masih berada dipuncak liga ketika ini. Bermain di stadium Emirate sudah pastinya menjadi cabaran besar untuk Liverpool menamatkan keegoan Arsenal yang berada pada tahap terbaik diawal musim ini. Harapannya Liverpool mampu untuk menewaskan Arsenal untuk memintas kedudukan pendahulu liga pada perlawanan tengah malam minggu nanti. YNWA.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Sakho, Skrtel, Johnson (Martin Kelly), Lucas, Gerrard (Joe Allen), Henderson, Sturridge, Suarez (Luis Alberto).

WEST BROMWICH ALBION : Myhill, Jones, McAuley, Olsson, Ridgewell; Yacob (Chris Brunt), Mulumbu; Amalfitano (James Morrison), Anelka (Shane Long), Sessegnon; Anichebe


Liverpool vs West Bromwich Albion 4:1 All Goals by Oleeh-1


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger