Home » , , , , , , » Preview : BPL 2013/14 (Game 12) - Everton vs Liverpool

Preview : BPL 2013/14 (Game 12) - Everton vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Jumaat, 22 November 2013 | 4:08 PTG


Pasukan abang dan adik bakal bertembung kembali. Merseyside derby pasti menjanjikan perlawanan yang cukup hebat, cukup panas dalam mengejar gelaran raja bolasepak di wilayah Merseyside.

Pasukan Everton yang dianggap abang adalah pasukan yang cukup liat untuk dihadapi samaada pertemuan berlangsung di Goodison Park ataupun juga Anfield. Musim lalu Liverpool hanya mampu mencatat keputusan seri dalam kedua-dua perlawanan liga. Seri tanpa jaringan di Anfield dan 2-2 di Goodison Park.

Musim ini kita lihat Everton lebih gah berbanding musim lalu. Pasukan yang telah ditinggalkan oleh bekas pengurusnya David Moyes untuk digantikan oleh Roberto Martinez ini tiada banyak perubahan pemain di musim perpindahan lalu. Cuma yang sedikit mengusarkan adalah kehadiran penyerang yang dipinjamkan dari Chelsea Romelu Lukaku yang telah pun menyumbat 5 gol setakat ini.

Cuti rehat dua minggu sempena memberi laluan untuk perlawanan antarabangsa sebenarnya adalah minggu yang meletihkan bagi pemain-pemain utama kita. Luis Suarez terpaksa mengharungi pusingan Play Off untuk negaranya dalam melayakkan diri ke piala dunia 2014. Memandangkan Suarez hanya ada masa 2 setengah hari sebelum bertemu Everton, pemilik Liverpool John Henry telah menawarkan jet peribadinya untuk digunakan oleh Suarez pulang ke Liverpool bagi menjamin rehat yang cukup sebelum perlawanan.

Ketiadaan Jose Enrique yang terpaksa menjalani pembedahan kecil dilututnya pasti posisinya akan diisi oleh Aly Cissokho. Dengar-dengar juga Sturridge juga tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang telah melanda kakinya selepas mengharungi 90 minit perlawanan persahabatan diantara England dan Jerman tempoh hari. Tapi saya percaya, walaupun tiada Sturridge, Brenden Rodgers banyak pilihan untuk menggunakan pemainnya bergandingan bersama Suarez.

Apa yang dirasakan, seperti biasa perlawanan sengit ini pasti akan disajikan beberapa kad kuning dan kemungkinan juga ada kad merah. Harap-harapnya pasukan Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengekor rapat Arsenal dipuncak liga ataupun memintas mereka jika ada peluang. Menang 1-0 sudah memadai, tetapi kalau lebih memang terbaiklah. YNWA.

EVERTON vs LIVERPOOL
[Game 12 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Goodison Park Stadium
Tarikh : 23 November 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger