Home » , , , , , , , » BPL 2013/14 (Game 24) - West Bromwich 1-1 Liverpool

BPL 2013/14 (Game 24) - West Bromwich 1-1 Liverpool

Written By Unknown on Isnin, 3 Februari 2014 | 1:22 PTG


Keputusan seri 1-1 menentang pasukan West Bromwich Albion (WBA) semalam, sememangnya sesuatu yang sukar untuk kita terima. Walaupun berjaya mencuri satu mata lebih memadai dari langsung tiada mata yang diperolehi, tetapi persembahan hambar yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Liverpool semalam membuatkan kita berasa benar-benar kecewa.

Nak menyalahkan Branden Rodgers (BR), sememangnya tidak. Akibat terlalu ramai pemain-pemain utama yang tercedera, beliau terpaksa menggunakan pemain yang ada untuk meneruskan perjuangan musim 2013/14 ini. Apa yang perlu diperkatakan, BR sebenarnya telah menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti ketika kenduri gol menentang Everton tempoh hari. Malangnya pemain-pemain Liverpool gagal mengekalkan persefahaman dan menyerlah seperti yang ditunjukkan pada perlawanan sebelum ini.


Mungkin Sturridge bernasib baik apabila dirinya hanya sedikit diposisi onside sebelum beliau menjaringkan gol untuk Liverpool. Andainya penjaga garisan mata juling, sudah pasti bendera akan diangkat menandakan Sturridge curi ayam. Tetapi yang kurang bernasib baiknya, Kolo Toure buat magic untuk membunuh tiga mata berharga yang sepatutnya milik Liverpool. Sikap pemain pertahanan Liverpool dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah-ubah apabila suka bermain-main di dalam kawasan sendiri. Begitulah kisahnya apabila Toure telah membuat hantaran lemah kepada Skrtel yang berjaya dipintas oleh Anichebe sebelum merembat masuk ke gawang Liverpool.

Kesilapan Toure kali ini sebenarnya elok bagi dirinya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dimasa hadapan. Biar silap sekarang jangan pula silap diperlawanan-perlawanan yang genting di penghujung musim. Lihat pada diri Skrtel yang jika sebelum ini bukan sahaja silap membuat hantaran malah dua gol sendiri juga telah dijaringkan olehnya. Tetapi dengan semangat untuk maju, kini Skrtel adalah pertahanan utama yang menjadi sandaran BR.


Suarez pada perlawanan ini juga agak hambar. Jika selalunya beliau mampu mengganas, kali ini tenggelam punca. Peluang dihadapan mata disaat hanya berhadapan dengan Foster sahaja pun gagal disudahkan dengan baik. Itulah payahnya jika mengharapkan hanya seorang dua sahaja untuk menjaringkan gol. Bila mesin merundum, ,pemain lain juga ikut sama tenggelam. Alangkah seronoknya jika pemain-pemain Liverpool sama seperti pemain Manchester City yang mampu menjaringkan gol tanpa mengharapkan Aguero.

Apapun kedudukan Liverpool didalam carta liga asih lagi kekal ditangga keempat dan telah diikut rapat oleh Everton. Menjarakkan diri dan mengekalkan kedudukan kelompok empat terbaik seharusnya perlu dicapai hingga ke akhir musim. Jika tidak impian hanya tinggal kenangan. Pada Sabtu ini pula Liverpool terpaksa mengharungi perlawanan sengit apabila menerima kunjungan Arsenal di Anfield. Jika Liverpool mampu untuk merentap keegoan pasukan The Gunners ini, Liverpool mampu untuk pergi lebih jauh lagi dalam pencarian tempat terbaik layak ke Champion League. YNWA.

WBA : Foster, Jones, McAuley, Olsson (Lugano), Ridgewell, Yacob, Mulumbu, Gera, Berahino (Anichebe), Vydra (Dorrans), Brunt
SUBS : Myhill, Dorrans, Anichebe, Lugano, Reid, Sinclair, Amalfitano

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Flanagan (Kelly), Gerrard, Henderson, Coutinho (Alberto), Sturridge, Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Allen, Alberto, Aspas, Moses


West Brom vs Liverpool (1-1) All Goals... by pradyothkalavagunta94

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger