Home » , , , , » Lagenda Budak Merah - Bahagian 1

Lagenda Budak Merah - Bahagian 1

Written By peminat liverpool on Selasa, 27 Mac 2012 | 2:45 PG

Steven Sewaktu berumur 7 tahun
 (diambil dari thekop.liverpoolfc.tv)
Salam dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia. Minggu lepas kita mendapat berita gembira berkenaan kapten kesayangan kita melanjutkan kontraknya dan akan terus bersama Liverpool sebagai duta walaupun setelah tamat karier sebagai pemain. Ada yang tanya aku tak buat ke post istimewa untuk Gerrard? Kata minat Gerrard? Aku jawab WAJIB la ada. Aku akan guna peluang ini untuk memulakan slot baru dalam blog aku ni. Aku akan ulas cerita hidup Steven Gerrard yang aku baca dari buku “GERRARD : MY AUTOBIOGRAPHY”. Aku takkan tulis bulat-bulat semuanya. Aku tak mahu rosakkan pengalaman membaca buku ini untuk orang lain. Buku ini dihadiahkan oleh kakak aku untuk hari lahir aku yang ke- 21. Bagi aku buku ni sangat bermakna kerana banyak yang aku dah pelajari dari kisah hidup seorang lagenda ini. Selamat membaca.


Jon-Paul

Jon-Paul
Jon-paul merupakan sepupu Steven. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu bolasepak dan Liverpool. Mereka dengan megahnya akan mengenakan jersey Liverpool sewaktu bermain bola di hadapan rumah Steven atau di padang. Liverpool adalah segalanya untuk mereka. Pada tanggal 15 April 1989 keluarga Gerrard menerima berita yang mengejutkan. Jon-Paul telah meninggal dunia. Semua orang dalam keadaan terkejut. Tidak percaya apa yang mereka dengar. Tidak percaya apa yang mereka lihat di televisyen. Steven yang hampir memasuki umur 9 tahun itu terpinga-pinga. Dia tidak faham bagaimana semua boleh terjadi. Jon-Paul terkorban dalam tragedi Hillsborough ketika perlawanan separuh akhir Piala FA Liverpool menentang Nottingham Forrest. Jon-Paul, 10 tahun merupakan mangsa termuda dalam tragedi itu.


Setiap kali Steven melihat ibu bapa Jon-Paul semasa latihan dalam Skim Pelatih Muda (Youth Trainee Scheme) dia semakin bersemangat untuk berjaya dalam bolasepak. Sebelum perlawanan pertamanya untuk Liverpool, ibu bapa Jon-Paul berkata kepadanya ” Jon-Paul pasti akan berasa bangga untuk kamu”. Dan Steven mendedahkan, yang dia bermain selama ini untuk Jon-Paul.




Terima Kasih Steve Heighway

Steve Heighway (Kredit gambar : http://gerrardfanclub.blogspot.com)
Ketika berumur 9 tahun, ketika Steven sedang bermain bola dengan rakan-rakan, bola yang disepak meliar ke dalam kawasan yang dipenuhi Pokok Jelatang. Dia bergegas untuk mengambilnya. Namun kerana dia takut terkena sengatan pokok itu, dia membuat keputusan untuk menyepak bola itu keluar. Dia menghayun sekuat hati dan Arggghhhh!!!!!!!!. Dia terduduk. kesakitan menjalar ke seluruh batang tubuh. Dia menjerit meminta tolong. Mukanya pucat ditoreh tidak berdarah. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Serampang kebun yang berkarat tertusuk di ibu jari kaki, menembusi kasut bolanya. Kawan-kawan yang lain berlari mendapatkan ibu dan ayah Steven. “Dia akan hilang kakinya” Bisik ayah kepada emak. Dia tidak mahu kakinya dipotong. Dia mahu bermain untuk Liverpool.


Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Alder Hey menaiki ambulans. Dia mengaduh setiap kali ambulans itu melanggar bonggol sepanjang perjalanan ke hospital. Bayangkan sahaja betapa pedihnya setiap kali besi berkarat itu bergeser dengan tulang ibu jari. Sebaik tiba di hospital doktor memutuskan untuk memotong ibu jarinya untuk mengelakkan gangren merebak. Tapi dengan pantas ayahnya menyuruh doktor berbincang dengan Steve Heighway, Pengarah Akademi Liverpool ketika itu. Tidak! Jangan potong ibu jarinya! Tegas Steve. Dan sehingga hari ini Steven berterima kasih kepada Steve heighway kerana menyelamatkan kariernya yang belumpun bermula waktu itu.

Pokok jelatang pasti menimbulkan rasa gerun pada Gerrard sehingga kini

Umur 9 tahun untuk aku tidak membawa makna apa-apa kecuali kenangan bersama rakan-rakan menangkap berudu dan mengejar rama-rama. Tapi untuk Steven, dia telah mempunyai cita-cita sendiri. Untuk bermain dengan Liverpool, untuk bermain dengan England. Tragedi Hillsborough dan bayangan kesakitan pada ibu jari kakinya mendorong dia untuk berjaya. Setiap kali dia berlari keluar ke Jalan Ironside atau padang Bluebell dia membayangkan Anfield dan Wembley yang dipenuhi penonton yang sentiasa bersorak untuknya. Begitulah semangat yang ditunjukkannya sejak kecil. Semangat ini beserta ibu bapa yang memahamilah yang acapkali membantu ketika dia dalam kesudahan, ketika dia mahu berputus asa. Ya. Dia juga lemah seperti orang lain. Tapi itu aku akan ceritakan dalam bahagian lain. Sekian dulu dari aku. YNWA.

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 2








Klik image untuk ke MPHONLINE


Credit untuk : redderscreepers.wordpress.com
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger