Preview : Liverpool vs Fulham
Written By peminat liverpool on Selasa, 1 Mei 2012 | 6:00 PG
Selepas 3 minggu tanpa perlawanan awal pagi, esok seluruh peminat Liverpool di sekitar Asia akan kembali bersengkang mata untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita ini bermain. Pada perlawanan esok di stadium keramat Anfield. Liverpool akan menerima kunjungan pasukan bimbingan Martin Jol Fulham untuk melengkapkan jadual perlawanan ke 36 liga Premier bagi musim 11/12 ini.
Untuk perlawanan ini, walau apa pun keputusan yang berlaku bukanlah menjadi persoalan utama yang timbul. Walaupun kemenangan juga yang perlu di cari, tetapi memantapkan pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA Sabtu ini adalah cabaran utama yang perlu dilaksanakan. Disebalik kejayaan membenam sang kenari Inggeris Sabtu lalu, ia masih lagi menampakkan ruang-ruang kekurangan dalam kesebelasan Liverpool.
Saya menjangkakan pada perlawanan esok, Dalglish akan menurunkan pemain-pemain simpanan dan mudanya untuk memberi rehat serta 100% kecergasan yang cukup terhadap kesebelasan utamanya. Shelvey dijangkakan akan sekali lagi menjadi nadi penggerak dibarisan tengah untuk bergandingan dengan Spearing. Sementara Coates pula bakal diturunkan untuk bergandingan dengan Carragher. Selain itu Saya juga mengharapkan Raheem Sterling dapat diturunkan dimana Suarez juga akan direhatkan.
Seperti yang dipamerkan pada perlawanan lalu, sebaiknya kesebelasan pemain-pemain esok dapat mempamerkan permainan seperti ketika menentang Norwich. Dengan tidak terlalu gopoh untuk menyerang, bertenang untuk mengawal bola untuk menjadikan perlawanan lebih seimbang akan memberi kelebihan dan ruang untuk pemain kita menjaringkan gol dan seterusnya mencipta kemenangan. Itulah hakikatnya, perlawanan yang lebih seimbang sebenarnya banyak memberi Liverpool kejayaan berbanding menguasai sepenuh perlawanan.
Label:
BERITA,
LIVERPOOL,
PREMIER LEAGUE,
PREVIEW
Catat Ulasan