Home » , , , , , » Preview : Swansea – Liverpool

Preview : Swansea – Liverpool

Written By hairulov chessmaniacs on Isnin, 16 September 2013 | 9:55 PTG

Preview : Swansea - Liverpool


Liverpool akan bertandang ke Swansea esok dengan azam untuk merampas semula kedudukan tempat teratas yang telah dipintas oleh dua pasukan - Arsenal dan Spurs yang masing-masing telah bermain lebih satu perlawanan. Kedua-dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama dengan Liverpool walaubagaimanapun kelebihan jaringan membolehkan mereka memintas Liverpool.

Liverpool memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk mengekalkan kedudukan tempat teratas namun berdasarkan prestasi cemerlang 100% kemenangan tanpa bolos, Liverpool pasti mensasarkan lebih dari satu mata.

Peluang ini juga perlu diambil Liverpool untuk menjarakkan kedudukan dengan pasukan-pasukan elit yang lain seperti Manchester United, Chelsea dan Manchester City yang masing-masing telah keciciran mata hasil dari kekalahan dan seri pada perlawanan-perlawanan terdahulu.

Lawan Liverpool untuk perlawanan keempat English Premier League (EPL) - Swansea merupakan kelab yang pernah dibimbing oleh Brendan Rogers (BR) dari 2010-2012. Sepanjang tempoh itu, Swansea merupakan pasukan yang menarik perhatian pemerhati kerana mengamalkan corak hantaran ala tiki taka  seperti pasukan terbaik sepanjang zaman -  Barcelona. Walaupun ada yang mengulas bahawa tiki taka ala Swansea lebih kepada hantaran dan penguasaan bola di kawasan sendiri berbanding Barca yang lebih menguasai  bola di kawasan lawan,  gaya permainan dan pencapaian mereka boleh dibanggakan lebih-lebih lagi bagi pasukan kerdil yang pertama kali bemain liga utama semenjak EPL diperkenalkan  pada 1992.

Pada musim lepas, Swansea merupakan antara pasukan yang mempunyai statistik jumlah hantaran  tertinggi selepas MU dan Arsenal di samping mengamalkan permainan possession football.

Setelah BR beralih ke Liverpool, Swansea melantik bekas pemain terkemuka dunia – Michael Laundrup sebagai jurulatih. Michael seorang pemain midfield terkemuka dunia semasa bermain dengan pasukan kebangsaan Denmark, beliau juga merupakan antara beberapa orang pemain yang pernah mewakili dua kelab seteru utama dunia di Sepanyol iaitu Barcelona (1989-94) dan  Real Madrid ( 1994-96).

Kesinambungan gaya permainnan yang diterapkan oleh Brendan Rogers diteruskan oleh jurulatih baru Swansea - Laundrup  yang mengamalkan  falsafah permainan yang dipelajari dari bekas jurulatihnya di Barcelona – Johan Cryuff yang merupakan jurulatih dan pemain lagenda yang mengamalkan konsep   total football dalam modern football.

Sementara itu, Laundrup telah memulakan perang psikologi  menjelang  perlawanan ini dengan mempertikaikan penampilan semula Daniel Sturridge yang cedera sebelum ini dan terpaksa melepaskan tanggungawab bermain dengan pasukan kebangsaan England dalam menghadapi pasukan Maldova dan Ukraine dalam pusingan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Walaubagaimanapun dakwaan ini pantas disangkal oleh Brendan Rogers dan Sturridge yang menjelaskan bahawa Sturridge benar-benar ingin bermain dengan pasukan kebangsaan dan kecederaan Sturridge telah disahkan oleh pasukan perubatan FA England dan bukan Liverpool!



Satu lagi "drama kecil" yang dikhuatiri akan mengganggu kapten pasukan Steven Gerrard ialah insiden yang berlaku semasa sesi latihan semalam. Seorang 'peminat' yang menyaksikan latihan pasukan Liverpool dari tembok pagar telah menjerit kearah Gerrard dan mengugut untuk membunuh Gerrard dan anaknya. Berdasarkan photo, Gerrard nampak sedikit terganggu dan beliau kelihatan ingin membalas tindakan bodoh "peminat' tersebut sebelum beliau dihalang oleh salah seorang jurulatih Liverpool.


Analisis permainan Swansea 

Dari segi prestasi setakat 3 perlawanan pertama EPL musim ini, pencapaian Swansea agak sederhana. Kalah 1-4 ditempat sendiri kepada penyandang juara MU diperlawanan sulung, tewas 0-1 kepada Spurs ditempat lawan sebelum memperbaiki kedudukan dengan kemenangan pertama 2-0 di West Brom.

Pertahanan

Bek tengah Swansea nampak agak lemah terutama semasa tewas 1-4 kepada MU. Mereka gagal  mengekang penyerang profilik MU – Robin Van Persie dan Tony Welbeck.

Midfield

Dalam perlawanan dengan Spurs ditempat lawan, walaupun Swansea tewas 0-1 namun mereka membuat jumlah passing lebih banyak berbanding Spurs. (542- 490) dan kebanyakannya adalah short passes ( 462 dari 542).



Penyerang

Pemain yang perlu diberi perhatian ialah – Pablo Hernandez, Wilfried Bony dan Michu. Dengan kemunculan Bony sebagai penyerang baru musim ini, Hernandez dan Michu akan lebih memainkan peranan sebagai midfield menyerang. Bony merupakan penyerang yang berbahaya dikotak penalti. Beliau mempunyai penyudah tajam samada melalui tandukan dan tendangan.

Liverpool perlu mengekang Pablo Hernandez yang lincah dan berkeupayaan menjaringkan gol dan sudah semestinya -Michu penjaring utama Swansea musim lepas merupakan pemain berbahaya yang mempunyai corang serangan dengan larian pantas dari kawasan sendiri terus ke kawasan lawan. Dengan kehadiran penyerang baru - Wilfried Bony, Michu boleh kembali bermain diposisi kegemarannya iaitu  dibelakang striker utama yang mana beliau akan mempunyai lebih ruang untuk membuat serangan.


Analisa permainan  Liverpool

Penjaga Gol

Tidak syak lagi Simon Mignollet akan diturunkan. Beliau masih belum bolos dan telah menyelamatkan penalti sewaktu menentang Stoke selain daripada menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya setakat ini. Cuma beliau perlu berhati-hati semasa bermain one-two dengan pemain pertahanan. 

Pertahanan

Brendan sudah pasti akan menghadapi 'kesukaran' untuk memilih bek tengah yang akan berpasang dengan Daniel Agger. Kolo Toure yang beraksi cemerlang pada dua perlawanan awal sebelum cedera dan direhatkan sewaktu menentang MU sudah kembali pulih dan cergas untuk bermain. Masalahnya Sketarl yang kelihatan akan diketepikan oleh Brendan pada musim ini telah menjalankan tugas cemerlang sewaktu membantu Liverpool menang ke atas MU 1-0.

Pertahanan kiri - Glenn Johnson pula nampak tidak akan dapat beraksi menentang Swansea dengan kecederaan yang masih belum pulih. Tempat beliau berkemungkinan akan diganti oleh.  pemain muda iaitu  Martin Kelly. Walaupun masih muda , Martin pernah beraksi beberapa kali tahun lepas termasuk dipilih mewakili skuad kebangsaan England dalam Euro 2012.

Pertahanan kiri pula sudah pasti akan digalas oleh Jose Enrique yang bermain cemerlang setakat ini. Beliau seperti biasa, kerap naik keatas untuk membantu serangan dan agak sukar ditewaskan oleh pemain lawan dalam situasi satu lawan satu .

Midfield

Kombinasi Lucas dan Gerrard sudah pasti akan diturunkan sebagai holding midfielder dengan Gerrad akan lebih membantu bahagian atas.

Coutinho  sudah pasti akan bermain namun berkemungkinan Brendan akan meletakkan Coutinho ditengah berbanding sebelah kiri.
.
Diposisi sayap kanan pula apakah Brendan akan memilih Henderson  yang agak solid atau  Aspas yang masih kelihatan belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas Liga Inggeris.  Henderson boleh membantu serangan dengan larian keatas sekaligus membuka ruang kepada pemain Liverpool lain untuk membuat serangan dan beliau juga rajin  turun kebawah untu membantu pertahanan.

Persoalan menarik sudah pasti samada Brendan akan menurunkan pemain-pemain baru seperti  Victor Moses, Cissokho, Mamadou Sakho dan Tiago Ilori. Walaubagaimanapun saya menjangka kedua-dua pertahanan tengah yang baru iaiti Sakho dan Ilori mungkin terlalu awal untuk diturunkan dalam perlawanan liga sebaliknya Brendan mungkin akan memberi mereka peluang semasaa perlawanan kurang penting seperti Piala Liga dan perlawanan awal Piala FA kelak.

Walaubagaimanapun, Victor Moses yang dipinjam dari Chelsea baru-baru ini wajar diberi peluang untuk bermain disayap kiri. Victor atau Rahim Sterling kedua-duanya mempunyai kepantasan untuk menerajui sayap kiri.

Penyerang

Daniel Sturridge hampir pasti diturunkan berdasarkan prestasi cemerlang setakat ini. Beliau telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan liga walaubagaimanapun, kecergasan beliau mungkin tidak mencapai 100% kerana baru pulih dari kecederaan. 

Formasi

BR sudah pasti akan mengekalkan formasi 4-2-3-1 yang sangat efektif bagi Liverpool setakat ini. Barisan kemungkinan Liverpool adalah :-


Penjaga Gol :   Simon Mignollet

Pertahanan tengah  :  Toure (Kanan), Agger (Kiri)

Pertahanan Kanan :Martin Kelly

Pertahanan Kiri : Jose Enrique

Holding Midfielder :   Lucas

Deep Lying Midfielder  :   Gerrard

Sayap kiri : Victor Moses

Tengah : Coutinho

Sayap Kanan : Henderson

Penyerang : Daniel Sturridge




Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger