Latest Post

Salam Aidilfitri 2013 - 1434H dari KPLM

Written By Unknown on Selasa, 6 Ogos 2013 | 8:00 PTG


Assalamualaikum kepada semua peminat setia Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) yang beragama Islam. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk kita bertemu lagi dibulan Syawal yang akan berkunjung sehari dua lagi ini.

Sebulan lamanya kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan membuat segala amal ibadah di bulan Ramadhan, kini tibalah masanya untuk kita meraikan kemerdekaan diatas segala dugaan dan cabaran yang telah kita lalui di hari kemenangan iaitu bulan Syawal.

Ketika saya menulis artikel ini, sudah pastinya ada teman-teman Liverpool kita yang sudah sampai ke kampung halaman, serta ada juga didalam perjalanan ataupun masih bertungkus lumus menyiapkan kerja sebelum cuti panjang. Kepada semua, berhati-hati di jalanraya, raikanlah Aidilfitri ini dengan penuh kemesraan bersama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Saya bagi pihak Warga KPLM memohon maaf jika selama ini ada melakukan kesilapan dalm menjalankan tugas memberi maklumat kepada anda samaada ketika didalam blog ini, PAGE KPLM dan juga Group KPLM. Semoga Allah merahmati kalian. Salam lebaran....


"You'll Never Raya Alone"




# Sila download gambar diatas untuk dijadikan cover page @ cover timeline FB anda.

Preview Club Friendly 2013/2014- Velerenga vs Liverpool


Selepas menerima kunjungan Olympiacos di Anfield dalam perlawanan persahabatan yang lalu (Steven Gerrard Testimonial), kini skuad Liverpool FC telah terbang pula ke Norway untuk membuat perlawanan persahabatan ke-6 bagi musim panas 2013/2014 ini. Pasukan yang bakal ditemui nanti ialah pasukan Velerenga FC di Oslo.

Perlawanan yang bakal berlangsung pada awal pagi waktu Malaysia (02:50pagi) pada pagi Khamis nanti, sebenar telah membuatkan saya teringat kisah perlawanan EPL pertama Liverpool di malam raya pada musim lalu. Perlawanan pembukaan EPL menentang West Brom yang berkesudahan Liverpool tewas 3-1 adalah hadiah yang cukup memeritkan untuk dihadapai dipagi hari raya Aidilfitri tahun lalu. Kebetulan perlawanan persahabatan ini juga akan berlangsung di awal pagi raya. Walaupun ia sekadar perlawanan pemanas badan, harap-harapnya, tiadalah pengalaman tahun lalu berulang kembali.

Dalam siri perlawanan pemanas badan pasukan Liverpool musim ini, 5 perlawanan telah dilalui, dimana Liverpool telah memenangi semua perlawanan dengan mencipta 13 gol tanpa bolos. Persoalannya mampukah Liverpool untuk mempertahankan rekod perlawanan tanpa bolos pada perlawanan ini.

Apapun keputusan yang diperolehi sebenarnya menampakkan perkembangan serta persediaan pasukan Liverpool menjelang bermulanya perlawanan EPL nanti. Diharapnya Menang ler. Baru ada mood untuk berhari raya. YNRA

VELERENGA vs LIVERPOOL
Hari : Khamis
Tarikh : 08/08/2013
Waktu : 01:00 pagi
Channel : ASTRO 811/833

Steven Gerrard Testimonial - Liverpool 2-0 Olympiacos

Written By Unknown on Ahad, 4 Ogos 2013 | 1:20 PG


Salam sejahtera kepada semua peminat Liverpool FC tanpa mengira dimana jua anda berada. Ketika semua umat Islam disemenanjung Malaysia sedang sibuk menikmati juadah berbuka puasa tadi, serentak dengan itu jugalah berlangsungnya perlawanan persahabatan pasukan Liverpool yang ke 5 bagi pra musim 2013/2014 ini. Perlawanan persahabatan atau dikenali "Steven Gerrard Testimonial" ini berlangsung di Anfield dan pasukan yang menjadi pilihan kali ini ialah pasukan Olympiacos dari Greece.

Mengapa perlawanan ini dinamakan "Steven Gerrard Testimonial"?. Tujuan utama perlawanan ini dinamakan sedemikian ialah kerana bagi mengenang jasa, komitmen dan kesetiaan Abang Long Gerrard di kelab Liverpool FC. Yang lebih menariknya segala hasil dalam perlawanan ini akan didermakan ke Steven Gerrard Foundation, sebuah badan kebajikan yang mengutamakan kanak-kanak muda dan tidak bernasib baik manakala Olympiacos juga akan menderma bayaran mereka ke pusat komuniti di Greece.


Yang kurang menariknya Rumor pemain-pemain jemputan yang bakal menjadi pilihan Gerrard pada perlawanan ini hanyalah indah khabar dari rupa. Jika sebelum ini kita dikhabarkan bahawa pemain seperti Reina/Kirkland, Finnan, Carragher, Hyypia, Alonso, Murphy, Kuyt, Suarez, Garcia, Mc Alister, Owen/Torres dan Fowler akan beraksi, malangnya hanya Carragher dan Fowler sahaja yang tersenarai dan bermain pada malam ini.

60 minit awal, Liverpool telah menurunkan pemain skuad utama yang boleh dikatakan diantara dalam rancangan kesebelasan utama Branden Rodgers untuk musim ini. Perlawanan separuh masa sememangnya didominasikan oleh pemain-pemain Liverpool. Beberapa percubaan telah berjaya dicipta dan pada minit 23 percubaan Iago Aspas yang menjangkaui penjaga gol Olympiacos berjaya disudahkan oleh Joe Allen untuk Liverpool mendahului dengan 1-0. Seterusnya perlawanan semakin rancak dan Liverpool kerap menggandakan usaha membuat serangan. Walaubagaimanapun kawalan kemas pemain-pemain pertahanan Olympiacos berjaya mengekang kemaraan jentera serangan Liverpool yang diketuai Iago Alpas.


LIV 1-0 OLI by Samuyamismo

Selepas 60 minit perlawanan berlangsung Rodgers mula membuat 3 pertukaran pemain serentak. Memasukkan Carragher, Henderson dan Suarez untuk mengantikan Kolo Toure, Joe Allen dan Iago Alpas nampaknya membuahkan hasil. Gerakkan dan lorongan cantik dari Raheem  Sterling kepada Henderson berjaya disudahkan melalui satu sentuhan pertama selepas Hnederson dimasukkan. Keputusan berubah lagi menjadikan Liverpool 2-0 Olympiacos.


Dengan berada didalam keduduakn yang selesa, Rodgers sekali lagi telah membuat pertukaran pemain. Kali ini dua pemain menjadi pilihan untuk dimasukkan. Mereka ialah Luis Alberto menggantikan Coutinho dan Robbie Fowler menggantikan Sterling dan pada penghujung perlawanan Gerrard dan Mignolet pula dikeluarkan bagi diganti oleh Jay Spearing dan Brad Jones. Sehingga tamat perlawanan, keputusan masih kekal dengan Liverpool memenangi perlawanan amal ini dengan keputusan 2-0.

Kesimpulannya, selepas mengharungi 5 perlawanan persahabatan, Gawang Liverpool yang dikemudi oleh Simon Mignolet dan Brad Jones masih lagi kebal tanpa sebarang bolos dan 13 gol telah berjaya dijaringkan oleh pemain-pemain. Keputusan awal yang cukup membanggakan buat kita sebagai persediaan mantap sebelum berlangsungnya perlawanan sebenar. Diharap pemain-pemain Liverpool dapat mempertahankan dan meningkatkan prestasi untuk mendapatkan tahap terbaik dalam mengharungi perlawanan sebenar nanti. YNWA.

















Jadual dan Keputusan Friendly Liverpool musim 2013/2014

Written By Unknown on Jumaat, 2 Ogos 2013 | 11:58 PTG


Seperti biasa sebelum bermulanya kejohanan sebenar di musim baru 2013/2014 yang bakal bermula pada 17 Ogos 2013 nanti, pasukan Liverpool telah memulakan sesi pemanas badan dalam perlawanan persahabatan yang telah dijadualkan bermula pada bulan Julai sehingga pertengahan Ogos ini. Kali ini lawatan pasukan Liverpool kembali ke benua Asia dimana Indonesia dan Thailand menjadi destinasi pilihan selain Australia di benua Ocenia. Selepas itu 3 lagi perlawanan persahabatan telah diaturkan dan kali ini sudah pasti kelab-kelab dibenua Eropah menjadi sasaran.

Berikut adalah jadual perlawanan persahabatan yang telah dan bakal dilangsungkan. InsyaAllah kami akan sentiasa update keputusan dari masa kesemasa.

FRIENDLY 2013-2014
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Preston
13/07/2013 23:00
The Deepdale Stadium
0 - 4
2
Indonesia
20/07/2013 20:30
GBK Stadium
0 - 2
3
Melbourne Victory
24/07/2013 19:00
Melb. Cricket Ground
0 - 2
4
Thailand
28/07/2013 19:40
Thai National Stadium
0 -  3
5
Olympiacos
03/08/2013 19:45
Anfield
2 -  0
6 08/08/2013 01:00
Ullevaal Stadium, Oslo
1 - 4
7 11/08/2013 00:00
The Aviva Stadium
1 - 0
8
Shamrock Rovers
15/05/2014 00:30
The Aviva Stadium
0 - 4
*Sila klik keputusan untuk melihat rangkuman perlawanan.

** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)

Ian Ayre - Suarez kekal di Anfield


Managing Director of Liverpool Ian Ayre telah mengeluarkan kenyataan bahawa Suarez tidak akan dijual dan beliau akal kekal di Anfield. Dalam temuramahnya bersama Sky Sport, Ian Ayre menyatakan bahawa beliau akan memastikan Luis Suarez terus berada dalam skuad Liverpool di musim baru ini. Tiada sesiapa pun yang lebih mengetahui lebih dari Suarez, bahawa beliau benar-benar menyintai kelab Liverpool ini.


Spekulasi perpindahan Suarez terus menjadi topik utama ketika ini dimana Arsenal terus berusaha untuk mendapatkan beliau. Selepas pengakuan Ian Ayre ini, kita akan berasa sedikit lega dengan berita perpindahan ayam tambatan Liverpool ini. Walauapapun sebarang kemungkinan bakal terjadi. Kita terus menunggu sehingga tertutupnya jendela perpindahan musim panas ini pada 31 Ogos nanti untuk menarik nafas lega ataupun nada kekecewaan. YNWA

Jadual dan keputusan Premier League Liverpool musim 2013/14


Musim baru 2013-2014 akan bermula lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Saingan sengit semua pasukan yang bertanding dalam Liga Premier Inggeris ini pasti akan kembali berlaku . Mampukah pasukan Liverpool FC yang dibimbing Brendan Rodgers untuk memberi tentangan hebat keatas pasukan-pasukan elit dan seterusnya berjaya untuk menduduki kelompok empat terbaik liga. Sama-sama kita mengharapkan keistimewaan Brendan Rodgers dan kebolehan pemain-pemain Liverpool mampu memberi sesuatu yang istimewa buat peminat Liverpool FC bagi musim 2013/2014 ini.

Berikut adalah jadual Liga Premier yang bakal dilalui oleh pasukan Liverpool bagi musim 2013-2014 ini. Segala perubahan jadual dan keputusan terkini akan di dikemaskini dari masa ke semasa.

PREMIER LEAGUE 2013-2014
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1 17/08/2013 19:45
Anfield
1 - 0
2 25/08/2013 00:30
Villa Park
0 - 1
3 01/09/2013 20:30
Anfield
1 - 0
4 17/09/2013 03:00
Liberty Stadium
2 - 2
5 21/09/2013 22:00
Anfield
0 - 1
6 29/09/2013 23:00
Stadium Of Light
1 - 3
7 05/10/2013 22:00
Anfield
3 - 1
8
Newcastle United
19/10/2013 19:45
St James' Park
2 - 2
9
West Bromwich
26/10/2013 22:00
Anfield
4 - 1
10 03/11/2013 01:30
Emirates Stadium
2 - 0
11
Fulham
09/11/2013 23:00
Anfield
4 - 0
12 23/11/2013 20:45
Goodison Park
3 - 3
13
Hull City
01/12/2013 22:05
The Kingston Com. Std
3 - 1
14 05/12/2013 03:45
Anfield
5 - 1
15
West Ham United
07/12/2013 23:00
Anfield
4 - 1
16 16/12/2013 00:00
White Hart Lane
0 - 5
17 21/12/2013 20:45
Anfield
3 - 1
18 27/12/2013 01:30
Etihad Stadium
2 - 1
19
Chelsea
30/12/2013 00:00
Stamford Bridge
2 - 1
20
Hull City
01/01/2014 23:00
Anfield
2 - 0
21
Stoke City
13/01/2014 00:10
Britannia Stadium
3 - 5
22
Aston Villa
19/01/2014 01:30
Anfield
2 - 2
23
Everton
29/01/2014 04:00
Anfield
4 - 0
24
West Bromwich
02/02/2014 21:30
The Hawthorns
1 - 1
25
Arsenal
08/02/2014 20:45
Anfield
5 - 1
26
Fulham
13/02/2014 04:00
Craven Cottage
2 - 3
27
Swansea City
23/02/2014 21:30
Anfield
4 - 3
28
Southampthon
02/03/2014 01:30
St Mary's Stadium
0 - 3
29
Manchester United
16/03/2014 21:30
Old Traffold
0 - 3
30
Cardiff City
22/03/2014 23:00
Cardiff City Stadium
3 - 6
31
Sunderland
27/03/2014 04:00
Anfield
2 - 1
32
Tottenham Hotspur
30/03/2014 23:00
Anfield
4 - 0
33
West Ham United
06/04/2014 23:00
Upton Park
1 - 2
34
Manchester City
13/04/2014 20:37
Anfield
3 - 2
35 20/04/2014 19:00
Carrow Stadium
2 - 3
36
Chelsea
27/04/2014 21:05
Anfield
0 - 2
37
Crystal Palace
06/05/2014 03:00
Selhurst Park
3 - 3
38
Newcastle United
11/05/2014 22:00
Anfield
2 - 1


**Tarikh dan waktu yang tertera didalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +08:00)

**Untuk melihat carta kedudukan semasa Barclays Premier League, KLIK SINI

Blog KPLM kembali bernafas di musim baru 2013/2014

Written By Unknown on Khamis, 1 Ogos 2013 | 6:15 PG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat The Kop di Malaysia. Hampir setahun berlalu blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) ini terkulai layu tanpa ada sebarang posting dari pihak admin KPLM. Apakan daya, blog KPLM yang telah diterbit pada Mac 2012 ini hanya bertahan 6 bulan sahaja dengan update berita terkini mengenai kelab bolasepak kesayangan kita iaitu Liverpool FC atau The Red. Selepas itu, blog ini terus diam menyepi tanpa berita sensasi dari pihak admin KPLM sendiri.

Selama setahun ini, mungkin telah ramai peminat-peminat setia Liverpool FC terutamanya pengikut KPLM yang datang melawat blog ini. Ini terbukti ada yang melawat dan meninggalkan jejak bertanya mengapa tidak diupdatekan lagi blog yang banyak memberi maklumat kepada penyokong Liverpool ini. Untuk pengetahuan, sebelum ini, blog ini telah dikendalikan oleh tiga orang admin. Malangnya semua admin termasuk diri saya hanyut kelemasan dalam dunia kesibukkan dan terus melupai kewujudan blog ini. Sampaikan blog peribadi saya sallehsgerrard sendiri juga menerima nasib yang sama terabai dimamah usia. Dalam sibuk-sibuk menjalani kehidupan seharian, selera nak menulis pun entah hilang kemana. Sekali sekala ada juga melawat blog-blog yang ditinggalkan ini, sungguh sedih melihatnya. Bukan sahaja penyakit tak update, malah kudis-kudis di wajah blog ini juga telah merebak akibat beberapa code html blog yang tidak lagi berfungsi setelah Google memperketatkan syarat serta melupuskan  code-code yang sedia ada.

Kini setelah hampirnya bermula musim baru EPL 2013/2014 ini, saya telah kembali untuk memperbaiki serta merawat luka-luka dan kudis yang menjalar. Dari segi wajah kulit blog KPLM, saya telah menukar dengan gaya baru supaya nampak lebih kemas dah teratur. Admin-admin lama saya telah singkirkan dan mula kembali melantik admin-admin baru yang benar-benar berminat dalam dunia penulisan. Mungkin masih tidak ramai lagi yang berminat untuk menceburi dunia penulisan ini. Dalam page FB KPLM pun, kalau ada yang memohon hanyalah jawatan admin page dan bukannya admin di blog. Memang diakui, admin page lebih glamer dan popular berbanding admin blog. Post apa sajalah, pasti akan mendapat sambutan yang hangat dengan komen-komen dari peminat. Di blog, tulislah banyak manapun belum tentu orang komen. Lagi-lagi nak mengarang dan menyediakan fakta dalam mengulas sesuatu berita.

Jadi disini sebenarnya saya masih lagi berharap sekiranya ada insan-insan penyokong tegar Liverpool FC yang sudi bersama-sama saya untuk memerah otak dalam menghasilkan karya yang bermanfaat di dalam blog ini khas buat penyokong Liverpool. Apa gunanya jika anda mempunyai maklumat dan pengetahuan tentang Liverpool jika tidak diolah dan dikongsikan bersama. Oleh itu kepada yang berminat anda bolehlah membaca iklan jawatan kosong admin blog KPLM ini, DISINI .

Akhir kata dari saya, semoga sekembalinya saya dan rakan-rakan admin baru blog KPLM ini, dapat memberikan sesuatu perubahan serta dapat menyalurkan sumber maklumat yang tepat dan padat serta terbaik untuk tatapan anda semua. Semoga bermanfaat. YNWA .

-SG- @ sallehsgerrard.blogspot.com

Carta kedudukan Barclays Premier League musim 2012/13

Written By Unknown on Rabu, 15 Mei 2013 | 10:56 PG

Berikut adalah kedudukan semasa English Barclays Premier League bagi musim 2012/13 ini. Selain itu anda juga boleh mendapatkan semua keputusan perlawanan semasa serta jadual perlawanan akan datang untuk semua kelab yang bertanding dalam liga Premier bagi musim 2012/13 ini. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.



Uefa Champions League: 1st, 2nd, 3rd, 4th
Europa League: 5th
Relegation: 18th, 19th, 20th

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger