Home » , , , , , , , » BPL 13/14 (Game 2) - Aston Villa 0-1 Liverpool

BPL 13/14 (Game 2) - Aston Villa 0-1 Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 25 Ogos 2013 | 1:45 PTG


Pada perlawanan semalam, sekali lagi Daniel Sturridge menjadi wira kemenangan dan Simon Mignolet wira penyelamat seperti perlawanan pertama minggu lalu menentang Stoke City. Gol tunggal Sturridge pada minit ke-21 sudah cukup memberikan Liverpool 3 mata penuh untuk menghuni tangga ke 2 liga setakat artikel ini ditulis.

Separuh masa pertama corak permainan berhati-hati sering ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Walaupun Liverpool lebih menguasai perlawanan, tetapi bola kebanyakkannya hanya berlegar-legar sahaja dikawasan tengah padang. Tidak banyak percubaan-percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan membuatkan perlawanan agak sedikit bosan. Gol Sturridge terhasil dari hantaran lintang Enrique kedalam kotak penalti sebelum dummy dilakukan oleh Coutinho untuk bola terus ke kepada Sturridge. Dengan skill gelecek yang paling terbaik, Sturridge berjaya melepasi 4 orang pemain termasuk penjaga gol sebelum menyungkit masuk bola kedalam gawang. Selepas itu Liverpool terus mendominasi permainan, malangnya pertahanan kental Aston Villa membuatkan banyak serangan tersekat.


Separuh masa kedua, Aston Villa mengubah corak permainannya dari bertahan kepada menyerang. Hampir keseluruhan masa kedua ini pemain-pemain Aston Villa yang diketuai Benteke dan Agbonlahor membuat serangan bertali arus. Bagaimanapun kecekapan Mignolet berjaya menangkis percubaan demi percubaan ke arah gawang golnya. Melihat kerakusan pemain-pemain Aston Villa menyerang, BR terpaksa menukar tektikal dimana mula menggunakan strategi bertahan. Membuat dua pertukaran pemain, BR memasukkan pemain baru Liverpool Aly Cissokho dan Joe Allen bagi menggantikan Iago Aspas dan Coutinho untuk membantu barisan pertahanan. Nampaknya strategi ini berjaya untuk mempertahankan gol tunggal ini dari dicemari.


Penampilan Iago Aspas pada perlawanan ini agak tenggelam dan gagal untuk menjadikan beliau pemain tumpuan.  Begitu juga dengan Coutinho, corak permainannya berjaya dibaca oleh pemain-pemain Aston Villa. Penampilan sulong Aly Cissokho selama 22 minit pada perlawanan ini tidak banyak yang boleh diperkatakan. Bermain dibahagian sayap kiri bagi menggantikan posisi Coutinho, beliau masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri di liga Inggeris ini.


Apapun memperolehi 6 mata penuh dalam dua perlawanan yang dilalui ini sememangnya suatu perkembangan yang sihat. Harapannya Liverpool akan terus cemerlang dalam perlawanan seterusnya selepas ini. Perlawanan liga seterusnya ialah bertemu pasukan Manchester United di Anfield pada hari Ahad 1 September 2013 nanti. Walaubagaimanapun sebelum itu pada pagi Rabu 28/08/2013, Liverpool akan mengharungi pusingan ke-2 Piala Capital One (Carling Cup) menentang pasukan dari liga Championship Notts County FC. Semoga halangan-halangan ini dapat dilalui dengan kejayaan. YNWA.


LIVERPOOL - Mignolet, Enrique, Agger, Toure, Johnson, Lucas, Gerrard, Henderson, Aspas (Cissokho), Coutinho (Allen), Sturridge
Simpanan - Jones, Alberto, Cissokho, Allen, Borini, Sterling, Wisdom

ASTON VILLA - Guzan, Lowton (El Ahmadi), Vlaar, Okore, Luna, Bacuna, Westwood (Helenius), Agbonlahor, Delph, Benteke, Weimann (Tonev)
Simpanan - Steer, Clark, El Ahmadi, Helenius, Herd, Sylla, Tonev



aston villa vs liverpool 0-1 goal & highlights... by SpyJung




Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger