Home » , , , , , , » Preview : BPL 2013/14 (Game 6) - Sunderland vs Liverpool

Preview : BPL 2013/14 (Game 6) - Sunderland vs Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 29 September 2013 | 4:23 PG


Selepas mengharungi dua perlawanan dalam seminggu tanpa sebarang kemenangan, mampukah malam nanti Liverpool kembali ke landasan asal seperti yang berlaku di awal-awal musim 2013/14 ini? Seribu persoalan dan seribu harapan terus diluahkan oleh peminat setia The Red ini menjelang pertemuan diantara Sunderland dan Liverpool.

Dua minggu yang amat teruk sekali bagi Liverpool. Seri sekali dan kalah dua kali. Persoalannya apa yang telah dipelajari oleh BR serta pemain-pemain kita selepas mengharungi minggu-minggu suram ini. Adakah BR akan tetap menggunakan pemain serta formasi yang sama. Adakah pemain-pemain masih merasa konfiden yang mereka mampu untuk mengalahkan pasukan lawan mereka. Tugas berat menanti Liverpool untuk mengembalikan kepercayaan peminat dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Of Light nanti.

Sunderland memulakan musim ini dengan reputasi yang amat buruk sekali. Berada di dasar liga, ia adalah disebabkan komplot untuk menggulingkan Di Canio sebagai pengurus mereka. Selepas Di Canio menjadi mangsa pertama pengurus dipecat pada musim ini, kehadiran Kevin Ball sebagai pengurus sementara sudah pasti akan membawa perubahan besar-besaran terhadap pasukan ini. Lihat bagaimana Sunderland mampu mencipta kemenangan pertama mereka dalam Capital One Cup lalu. Walaupun lawan mereka sekadar kelab division satu Peterbrough, untuk terus memandang rendah terhadap pasukan ini pasti bakal mengundang padah.


Rekod pertemuan lalu bukan lagi boleh dijadikan panduan. Di stadium keramat Sunderland ini Liverpool hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan liga musim lalu sebelum berjaya menjinakkan mereka 3-0 di Anfield. Mungkin Sunderland nampak lebih liat ketika dibawah pengurusan Steve Bruce dulu, tetapi setiap pengurus pasti ada keazaman dan tektikal masing-masing. Dengan kehadiran pengurus baru sudah pasti mereka juga akan hadir dengan semangat baru untuk mengelakkan terus berada didasar liga.

Henderson dan Mignolet akan kembali sebagai pembelot terhadap bekas majikan mereka. Untuk melihat Borini belot terhadap pasukan Liverpool pula tidak kesampaian apabila undang-undang pemain pinjaman tidak membenarkan Borini menentang majikannya. Kita mengharapkan BR akan mengubah formasi ayng nampak kurang menjadi. Menggandingkan Aspas dan Suarez adalah harapan saya kerana selama ini Aspas yang kurang menjadi bersama Sturridge, pasti bakal menyinar bersama Suarez.

Dari segi pertahanan, ketika ini walaupun tiada Agger dan Johnson, gandingan Toure-Sakho-Skrtel-Enrique adalah serasi kerana kehadiran mereka telah berjaya mematahkan serangan pasukan lawan secara berhadapan. Kegagalan mereka hanyalah ketika sepakan sudut dimana mereka gagal mengawal pemain lawan untuk membuat penyudah. Mignolet tidak perlu dipertikaikan lagi. Kehebatannya pasti kita terus tagih untuk menyelamatkan gawang Liverpool dari dibolosi.

Barisan kemungkinan

"ASPAS"
"SUAREZ"
"MOSES" - "GERRARD" - "LUCAS" - "HENDERSON"
"ENRIQUE" - "SAKHO" - "SKRTEL" - "TOURE"
"MIGNOLET"

Kesimpulannya kita terus mengharap Liverpool berjaya mencipta kemenangan bergaya pada malam nanti. Berdasarkan keputusan perlawanan EPL pada malam tadi, Liverpool berharapan cerah untuk menduduki tangga kedua liga dibawah Arsenal seandainya memenangi perlawanan sekurang-kurangnya dengan jaringan 3-0. Memandangkan minggu keenam ini macam-macam keputusan pelik berlaku terhadap pasukan-pasukan pilihan, tidak mustahil juga Liverpool mampu membuat keputusan yang mampu membuatkan kita tersenyum. Semoga pemain-pemain mampu menyempurnakan tugas mereka dengan baik adanya. YNWA..

SUNDERLAND vs LIVERPOOL
[Game 6 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Stadium Of Light
Tarikh : 29 September 2013 | Ahad
Waktu : 11:00 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger