Home » , , , , , , , » Review : Liverpool - Stoke : 1 - 0

Review : Liverpool - Stoke : 1 - 0

Written By hairulov chessmaniacs on Isnin, 19 Ogos 2013 | 8:26 PG

Liverpool F.C menang perlawanan pembukaan EPL musim 2013/2014 dengan kemenangan tipis 1-0 keatas Stoke City.

Walaupun menang dengan satu jaringan sahaja, Liverpool menguasai permainan dan melancarkan banyak serangan berbahaya  terutama pada separuh masa pertama. Gandingan Countinho-Sturridge-Aspas nampak berkesan dalam memporak-perandakan pertahanan Stoke namun ketumpulan penyudah dan juga percubaan-percubaan yang terkena palang dan tiang gol lawan menghalang Liverpool dari kenduri gol.

Mengenai kesebelasan utama Liverpool, ramalan saya hampir sama dengan pilihan Brendan Rogers - namun jurulatih Liverpool memilih Henderson dalam starting line up dan cuma memasukkan Rahim Sterling pada separuh masa kedua.

Brendan Roger's  Starting Line Up -  Goalkeeper :Mignollet, Defense: Toure, Agger, Enrique, Johnson Midfield: Gerrard, Lucas, Countinho, Henderson, Aspas  Penyerang : Sturridge



Penjaga Gol

Pada awal permainan , Mignolet jarang diuji namun beliau kelihatan sedikit gugup terutama clearance-celarance lewat beliau hampir dua kali menghukum diri, namun selepas itu, penjaga gol Liverpool yang baru itu  bermain dengan cemerlang dengan  menyelamatkan sepakan penalti minit-minit terakhir lawan yang gagal disempurnakan oleh Walters . Beliau bukan sahaja menggagalkan tendangan Walters,  malah turut menyelamatkan cubaan follow-up oleh Jones yang hampir pasti masuk ke gawang Liverpool jika tidak dihalang oleh Mignolet.

Sebelum Walters mengambil sepakan penalti, statistik menunjukkan hampir kesemua  tandangan penalti Walters akan ditujukan ke sebelah kiri bawah pintu gol dan Mignolet ternyata telah mengagak dan cepat merebahkan badan kesudut tersebut untuk menepis tendangan Walters.



Pertahanan

Pertahanan tengah : Gandingan orang lama Toure dan Agger ternyata sangat efisyen. Mereka bukan sahaja tenang dalam mempertahankan kubu , malah mereka juga tidak ketinggalan naik keatas untuk menyerang terutama semasa set peice. Tandukan Toure beberapa kali hampir masuk kedalam gawang Stoke.

Pertahanan kiri - Enrique  bermain agak baik dan pemain sayap lawan hampir menemui jalan buntu untuk menewaskannya. Enrique pemain kidal, sering membuatkan gerakan-gerakan berbahaya di sebelah sayap kiri namun penyudah dan hantaran beliau terutama semasa menggunakan kaki kanan agak mengecewakan .

Pertahanan kanan - Glenn Johnson amat cemerlang dan beliau seolah-olah penyerang yang bermain diposisi pertahanan. Kemampuan beliau untuk mengelecek  dua tiga pemain  lawan juga menyebabkan pertahanan Stoke kelam kabut dibuatnya.

Tengah

 Lucas seperti biasa bermain dengan baik dan sering bertindak mengagalkan perancangan midfield lawan dengan terjahan  - terjahan dan kebijaksanaan beliau membaca permainan lawan. Walaubagaimanapun pada separuh masa kedua, sumbangan beliau agak terhad lebih-lebih lagi apabila Stoke memasukkan dua fresh leg players    iaitu Charlie Adam dan Jermaine Pennant - kedua-dua bekas pemain Liverpool.

Lucas  pada asalnya diletakkan sebagai attacking midfielder  diatas Gerrad dan Aspas, namun semasa perlawanan kelihatan Gerrad dan Aspas lebih banyak menyerang.  Lucas walaubagaimanapun sering menjadi back-up apabila lawan melancarkan counter attack yang pantas.

Seperti biasa, ketua pasukan - Steven Gerrad  menjadi aspirasi kepada pasukan. Sejak kemunculan pemain- pemain  muda yang bertenaga seperti  Countinho, Sturridge dan Aspas, beban Gerrad untuk membantu serangan nampak berkurangan dan beliau lebih banyak berlegar di bahagian tengah dan bawah untuk membantu pertahanan. Walaupun begitu, pengalaman dan kebijaksanaan beliau terserlah kerana beliau bijak membaca perlawanan dan menjadi tonggak perhubungan diantara barisan bawah dan hadapan malah di kedua-dua bahagian sayap Liverpool.

 Henderson nampak agak kurang bertenaga dan kurang menyumbang sebagai pemain sayap kanan. Cubaan separuh masa pertama  beliau semasa one on one situation dengan keeper Stoke  gagal disempurnakan  manakala percubaan beliau pada separuh masa kedua  hampir masuk namun  tiang gol menjadi penghalang walaupun Asmir Begovic penjaga gawang Stoke telah tertewas.

Iago Aspas bermain dengan baik terutama semasa separuh masa pertama namun beliau dikeluarkan diseparuh masa kedua dan digantikan dengan Sterling. Saya percaya kemasukan Sterling bukan disebabkan Aspas tidak perform namun lebih kepada ingin menyuntik fresh leg pada separuh masa kedua lebih-lebih lagi apabila pemain-pemain Liverpool mula nampak keletihan akibat daripada serangan bertubi-tubi yang dilancarkan pada separuh masa pertama.
 

Serangan

Walaupun Liverpool hanya bermain dengan penyerang tunggal iaitu Sturridge, namun gandingan tiga pemain tengah  yang muda dan lincah iaitu Countinho, Aspas dan Sterling  ternyata amat berkesan. Ini ditambah lagi dengan pertahanan kiri dan kanan iaitu Johnson dan Enrique yang sering naik keatas untuk menyerang.

Kombinasi   hantaran-hantaran Strudige, Countinho dan Aspas   terutama through pass Countinho  amat cantik cuma mereka perlu mempertajamkan lagi penyudah terutama bagi Aspas dan Countinho.

Formasi

Brendan Rogers (BR) memilih formasi 4-2-3-1 yang merupakan formasi yang versatile dan merupakan satu sistem menyerang all out  yang amat sesuai bagi pasukan seperti Liverpool terutama apabila bermain di tempat sendiri menentang pasukan lawan yang bermain corak bertahan. Sistem ini memerlukan  kedua-dua pertahanan kiri dan kanan  sering naik keatas untuk menyerang.

Formasi ini amat sesuai digunakan menentang pasukan seperti Stoke yang banyak bermain hantaran jauh untuk disempurnakan penyerang dan pemain-pemain mereka yang tinggi lampai, namun sekiranya menentang pasukan-pasukan lain yang bermain pantas , Pemain-pemain Liverpool seperti Johnson dan Enrique perlu cepat turun kebawah sekiranya pihak lawan melancarkan serang balas pantas.


Liverpool VS Stoke City Goals 17.8.2013 by CoPeNEgyUp

Kesimpulan

Liverpool bermain dengan corak menyerang yang sangat baik  cuma pemain tengah dan penyerang perlu lebih clinical dan tajam dalam menyudahkan peluang. Disamping itu, Liverpool perlu kerap menyumbat gol awal terutama apabila bermain ditempat sendiri. Kelebihan hanya satu gol amat berbahaya kerana kealpaan disaat akhir boleh dihukum oleh mana-mana pasukan. 


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger