Home » , , , » Preview Club Friendly 2013/2014- Velerenga vs Liverpool

Preview Club Friendly 2013/2014- Velerenga vs Liverpool

Written By Unknown on Selasa, 6 Ogos 2013 | 7:14 PTG


Selepas menerima kunjungan Olympiacos di Anfield dalam perlawanan persahabatan yang lalu (Steven Gerrard Testimonial), kini skuad Liverpool FC telah terbang pula ke Norway untuk membuat perlawanan persahabatan ke-6 bagi musim panas 2013/2014 ini. Pasukan yang bakal ditemui nanti ialah pasukan Velerenga FC di Oslo.

Perlawanan yang bakal berlangsung pada awal pagi waktu Malaysia (02:50pagi) pada pagi Khamis nanti, sebenar telah membuatkan saya teringat kisah perlawanan EPL pertama Liverpool di malam raya pada musim lalu. Perlawanan pembukaan EPL menentang West Brom yang berkesudahan Liverpool tewas 3-1 adalah hadiah yang cukup memeritkan untuk dihadapai dipagi hari raya Aidilfitri tahun lalu. Kebetulan perlawanan persahabatan ini juga akan berlangsung di awal pagi raya. Walaupun ia sekadar perlawanan pemanas badan, harap-harapnya, tiadalah pengalaman tahun lalu berulang kembali.

Dalam siri perlawanan pemanas badan pasukan Liverpool musim ini, 5 perlawanan telah dilalui, dimana Liverpool telah memenangi semua perlawanan dengan mencipta 13 gol tanpa bolos. Persoalannya mampukah Liverpool untuk mempertahankan rekod perlawanan tanpa bolos pada perlawanan ini.

Apapun keputusan yang diperolehi sebenarnya menampakkan perkembangan serta persediaan pasukan Liverpool menjelang bermulanya perlawanan EPL nanti. Diharapnya Menang ler. Baru ada mood untuk berhari raya. YNRA

VELERENGA vs LIVERPOOL
Hari : Khamis
Tarikh : 08/08/2013
Waktu : 01:00 pagi
Channel : ASTRO 811/833

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger