Home » , , , , , , , » BPL 2013/14 (Game 34) - Liverpool 3-2 Manchester City

BPL 2013/14 (Game 34) - Liverpool 3-2 Manchester City

Written By saleehs gerrard on Jumaat, 18 April 2014 | 11:45 PTG


Maaf terlambat update dan berceloteh mengenai perlawanan yang cukup getir ini. Minggu ini sungguh sibuk dengan urusan Seri Paduka Baginda sehingga nak berhalaman sosial pun tak sempat. Begitulah rutin kehidupan saya, apabila sampai masanya sibuk, memang tak fikir apa melainkan kena fokus dan settlekan juga segala urusan.

Ok ler. Pasti masih ramai lagi peminat-peminat setia Liverpool FC masih terbayang-bayang dengan kejayaan  Liverpool mengalahkan pasukan Manchester City dengan keputusan 3-2 pada hari Ahad lalu. Rasa dah macam perlawanan akhir dan kucup piala pula. Mana taknya, kapten Steven Gerrard sampai dah tahap menangis-nangis selepas tamat perlawanan. Itulah nikmatnya merasai kemenangan dengan pasukan penuh bintang dalam mempertahankan dan memperkukuhkan kedudukan di takhta liga.


Perlawanan yang cukup mendebarkan bagi kedua-dua pasukan lebih-lebih lagi ketika pasukan MC berjaya mengikat kedudukan 2-2 selepas Liverpool mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Jika dilihat sejak perlawanan bermula, boleh dikatakan Liverpool lebih menyerlah berbanding MC. Mengunci permainan Silva dan Nasri serta Yaya Toure yang terpaksa dikeluarkan akibat cedera seawal minit ke-19 adalah punca kemerosotan MC.

Walau bagaimanapun MC kembali berubah watak pada separuh masa kedua. Kemasukkan Milner menggantikan Navas yang tak bernafas telah membuatkan pergerakkan Silva kembali bermaya. Pertahanan Liverpool seharusnya belajar dari punca gol awal Silva yang tidak diterima oleh pengadil akibat bola sudah pun keluar dari kawasan permainan sebelum dihantar oleh Milner. Kegagalan membaca pergerakkan-pergerakkan pantas Milner dan Silva inilah membuatkan Silva sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan.


Bila dah dapat satu gol, semangat untuk merobek gawang Liverpool berterusan dilancarkan. Macam biasa, Silva kalau terlepas pandang pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada pasukan lawannya. Itulah yang terus terjadi apbila Silva yang ingin membuat hantaran silang, gagal dikuis kemas oleh Johnson dan Mignolet untuk memberi MC gol kedua. Terteralah Johnson sebagai penjaring gol sendiri. Tetapi kalau dah tertulis dua gol sahaja M dapat, cuba macam manalah pun, tetap tak akan bolos lagi dengan kecekapan Mignolet dan kesedaran barisan pertahanan untuk menangkis asakan.

Kalau Johnson dah buat baik bagi gol sendiri, kali ini Kompany pula membalas budi. Kegagalan Kompany untuk mngeluarkan bola dengan kemas dari dalam kotak penalti telah membuatkan bola terhidang dihadapan mata Coutinho untuk disudahkan dengan baik sekali. Memang terkedu Kompany dan Joe Hart dengan gol tersebut.


Apapun Liverpool terus berjaya mempertahankan keputusan 3-2 sehingga tamat perlawanan walaupun dipenghujung perlawanan Henderson dilayangkan kad merah. Untuk pengetahuan anda, inilah kad merah pertama untuk pemain Liverpool bagi musim ini. Sayang jugakan. Kalau tak dah tentu Liverpool boleh diiktiraf sebagai pasukan terbersih bagi musim ini.

Sedikit menduka citakan, Sturridge agak tenggelam pada perlawanan ini. Sikap tamaknya masih berterusan. Suarez pula mula menjadi pelakon-pelakon untuk meraih simpati samaada didalam kotak penalti ataupun diluar. Perbuatan itu jugalah menyebabkan apabila betul-betul terjadi Suarez dikasari, pengadil mengendahkannya. Harapnya kedua-dua pemain ini perlu memperbaiki sikap mereka dalam menamatkan kemarau gol yang sedang melanda.


Tahniah kepada Sterling, Skrtel dan juga Coutinho yang berjaya memberi tiga mata berharga untuk Liverpool. Kegagalan MC untuk meraih mata penuh selepas seri pada perlawanan menentang Sunderland pada pertengahan minggu ini telah membuatkan kita tersenyum gembira  memandangkan perbezaan mata telah menjadi 6 mata antara Liverpool dan MC walaupun MC masih lagi berhutang satu perlawanan. Fokus kali ini sudah tentu terhadap pasukan Chelsea yang berbeza dua mata. Seandainya Liverpool membuat sedikit kesilapan, peluang Chelsea untuk memintas amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi baki perlawanan nanti Liverpool akan bertemu Norwich dan Crystal Palace yang akan berjuang habis-habisan untuk mengelakkan terhumban ke liga Championship untuk musim hadapan. Semoga Liverpool dapat mengekalkan penguasaan liga. YNWA.

FAKTA

  • Kemenangan pada perlawanan ini adalah kemenangan ke 10 berturut-turut Liverpool di dalam EPL. 
  • Kemenangan ini juga menjadikan Liverpool tidak pernah tewas dalam 15 perlawanan berturut-turut. (13 menang, 2 seri). Rujuk DISINI.
  • Henderson adalah pemain pertama dalam pasukan Liverpool yang dianugerahkan kad merah untuk musim ini. 
  • Johnson adalah pemain ke-3 yang menjaringkan gol sendiri selepas Skrtel (2 gol) dan Kolo Toure (1 gol) Rujuk DISINI

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Sakho, Skrtel, Johnson, Gerrard, Henderson, Coutinho (Moses), Sterling (Lucas), Suarez, Sturridge (Allen)
SUBS : Jones, Toure, Agger, Aspas, Moses, Allen, Lucas

MANCHESTER CITY : Hart, Zabaleta, Kompany, Demichelis, Clichy, Yaya (Garcia), Fernandinho, Navas (Milner), Nasri, Silva, Dzeko (Aguero)
SUBS : Pantilimon, Lescott, Milner, Negredo, Kolarov, Garcia, Aguero



highlights & goals - Liverpool vs Manchester... by TotallyOffside

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger