Sebelum perlawanan bermula semua yag berada di Stadium Anfield diam seketika untuk bertafakur memberi hormat sempena ulang tahun ke 100 kelahiran lagenda Liverpool Bill Shankly. Shankly adalah pengurus lagen dimada yang telah banyak mengharumkan nama Liverpool telah dilahirkan pada 2 September 1913 dan meninggal dunia pada 29 September 1981.
LIVERPOOL : Mignolet, Enrique, Agger, Skrtel, Johnson (Andre Wisdom), Lucas, Henderson, Gerrard, Coutinho (Luis Alberto), Aspas (Raheem Sterling), Sturridge
MANCHESTER UNITED : De Gea, Evra, Ferdinand, Vidic, Jones (Antonio Valencia), Carrick, Cleverley, Young (Nani), Giggs (Javier Hernandez), Welbeck, Van Persie
Seawal minit ke-4 separuh masa pertama, Sturridge sekali lagi menjadi wira Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan 1-0. Sturridge yang kebetulannya menyambut hari lahirnya yang ke-24, telah menanduk masuk bola kegawang melangkaui kawalan pertahanan MU. Gol berpunca dari sepakan sudut Gerrard yang tepat untuk ditanduk oleh Agger sebelum disudahkan oleh Sturridge. Selepas itu perlawanan menjadi lebih panas dengan aksi-aksi kekerasan. Separuh masa sahaja kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan. MU mula mengatur permainan dengan beberapa siri serangan berbahaya da diselang selikan seragan balas dari pasukan Liverpool.
Separuh masa kedua, Manchester berterusan mendominasikan permainan. Walaupun rentak permainan agak sedikit perlahan akibat sikap berhati-hati pemain yang sudah mempunyai kad kuning, MU tetap juga melancarkan beberapa serangan tetapi mudah juga dipatahkan oleh barisan pertahanan Liverpool. Peluang Liverpool untuk menmbahkan jaringan hadir diminit-minit terakhir perlawanan dimana Sterling berjaya membuat percubaan ke arah gawang MU tetapi sempat ditepis keluar oleh De Gea. Tamat perlawanan keputusan kekal 1-0.
Secara keseluruhan Liverpool bermain secara tenang dan tidak terlalu ghairah untuk menyerang bagi mendapatkan gol. Corak permainan yang lebih kepada bertahan sememangnya membuatkan pemain-pemain MU buntu untuk membolosi Mignolet. Aspas nampaknya masih lagi tercari-cari rentak permainan dimana nampak seperti kurang serasinya apabila beliau digandingkan bersama Sturridge. Skrtel yng sudah lama berehat akibat kecederaan, telah bertidak dengan cemerlang untuk mengawasi penyerang MU terutamanya Van Persie.
Tiga perlawanan permulaan yang penuh bergaya oleh pasukan Liverpool. Walaupun hanya mampu untuk menjaringkan satu gol dalam setiap perlawananan, Liverpool berada dipuncak tahta liga apabila mengutip 9 mata maksimum. Yang lebih membanggakan, ketiga-tiga gol tersebut dijaringkan oleh Sturridge serta Mignolet terus unggul mengawal gawangya dari dibocori oleh sebarang gol. Selepas ini Liga berehat selama dua minggu untuk memberi laluan perlawanan international kelayakan World Cup. Jadi dua minggu jugalah Liverpool akan berada di puncak liga tanpa ada sebarang gangguan. Perlawanan seterusnya pula Liverpool akn bertandang ke stadium Liberty untuk bertemu pasukan Swansea pada 17 September 2013.
Kesimpulannya walaupun ketika ini Liverpool menunjukkn penguasaan yang jitu, harus diingat ini adalah permulaan dan bukannya penghujung. Liverpool baru melalui 3 serta berbaki 35 perlawanan untuk diharungi. Perjalanan teramatlah jauh untuk kita mendabik dada mengatakan Liverpool sudah hebat. Dalam mengharungi perlawanan demi perlawanan mendatang, sudah pastinya berbagai caaran dan keputusan akan diperolehi. Oleh itu bersedialah wahai peminat-peminat setia Liverpool. Walauapapun yang terjadi, kita tetap setia dengan pasukan kesayangan kita ini YNWA.
Liverpool 1 – 0 Manchester United by jadhep
*SENYUM KAMBING*
+ ulasan + 1 ulasan
hahaha.....lawaks....minyak naik 20 sen ....ini sumer salah leberpul!!!
Catat Ulasan