Home » , , , » Salam Aidilfitri 2013 - 1434H dari KPLM

Salam Aidilfitri 2013 - 1434H dari KPLM

Written By Unknown on Selasa, 6 Ogos 2013 | 8:00 PTG


Assalamualaikum kepada semua peminat setia Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) yang beragama Islam. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk kita bertemu lagi dibulan Syawal yang akan berkunjung sehari dua lagi ini.

Sebulan lamanya kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan membuat segala amal ibadah di bulan Ramadhan, kini tibalah masanya untuk kita meraikan kemerdekaan diatas segala dugaan dan cabaran yang telah kita lalui di hari kemenangan iaitu bulan Syawal.

Ketika saya menulis artikel ini, sudah pastinya ada teman-teman Liverpool kita yang sudah sampai ke kampung halaman, serta ada juga didalam perjalanan ataupun masih bertungkus lumus menyiapkan kerja sebelum cuti panjang. Kepada semua, berhati-hati di jalanraya, raikanlah Aidilfitri ini dengan penuh kemesraan bersama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Saya bagi pihak Warga KPLM memohon maaf jika selama ini ada melakukan kesilapan dalm menjalankan tugas memberi maklumat kepada anda samaada ketika didalam blog ini, PAGE KPLM dan juga Group KPLM. Semoga Allah merahmati kalian. Salam lebaran....


"You'll Never Raya Alone"




# Sila download gambar diatas untuk dijadikan cover page @ cover timeline FB anda.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger