Home » , , , , , » Preview : BPL 2013/2014 (G2) - Aston Villa vs Liverpool

Preview : BPL 2013/2014 (G2) - Aston Villa vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Jumaat, 23 Ogos 2013 | 3:53 PTG


Selepas memulakan perlawanan pembukaan minggu lalu dengan memperolehi tiga mata penuh, pada tengah malam esok kita sekali lagi mengharapkan Liverpool akan berjaya mengulanginya. Kenangan manis minggu lalu sudah boleh kita lupakan untuk sementara waktu untuk lebih fokus kepada perlawanan menentang pasukan Aston Villa nanti.

Bertandang ke Villa Park sedikit sebanyak akan memberi tekanan yang lebih kepada pasukan Liverpool. Selain bermain dihadapan penyokong lawan, peningkatan yang amat memberangsangkan telah ditunjukkan oleh pasukan Aston Villa di awal musim ini. Pasukan mereka telah pun melalui 2 perlawanan liga dimana telah memenangi perlawanan yang penuh dramatik terhadap Arsenal 3-1 sebelum tumpas kepada Chelsea 1-2 pada pagi khamis lalu. Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menyatakan bahawa Chelsea sebenarnya bernasib baik menang ke atas Aston Villa dan beliau amat terkejut dengan mutu permainan yang ditunjukkan.

Rekod pertemuan musim lalu membuktikan bahawa Liverpool sebenarnya tidak boleh juga untuk mendabik dada dengan pasukan Aston Villa ini. Liverpool kena belasah 1-3 di Anfield tetapi berjaya juga membalasnya di Villa Park dengan keputusan 1-2. Boleh dikatakan seimbang tetapi kepada yang masih ingat pada kedua-dua perlawanan tersebut, Liverpool sememangnya berhempas pulas dan dipaksa bekerja keras sebelum diayam-ayamkan dan melaukkan Aston Villa.

Siapakah yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama esok oleh BR?. Mengikut semangat dan peningkatan semasa pemain, 90% BR akan mengekalkan kesebelasan utamanya seperti pada perlawanan menentang Stoke lalu. Berkemungkinan sedikit perubahan bakal berlaku dimana posisi Sayap kanan akan menggunakan Jordan Ibe. Selain itu Borini yang beraksi cemerlang dalam perlawanan liga bawah 21 tahun, mungkin juga akan diturunkan sebagai pemain gantian. Untuk melihat aksi pertama Aly Cissokho pada perlawanan esok, rasanya BR masih tidak akan menurunkan beliau, sebaliknya perlawanan Capital One Cup menentang Notts County Rabu nantilah baru dapat kita lihat kelibatnya diatas padang.

Christian Benteke adalah salah seorang pemain yang harus dikawal ketat oleh pemain-pemain Liverpool. 3 gol telah berjaya dihasilkan olehnya dalam 2 perlawanan membuktikan beliau amat merbahaya,. Liverpool tidak boleh hanya mengharapkan Mignolet sentiasa menjadi hero penyelamat. Sebaliknya barisan pertahanan yang diketuai Agger dan Toure mampu mengawal segenap serangan yang dilancarkan. penyerang dan tengah harapnya mampu menyudahkan setiap peluang yang terhidang. Apa guna kalau menyerang bertubi-tubi, tetapi penyudahnya tiada. Mohon Aspas score.... YNWA

ASTON VILLA vs LIVERPOOL
Tarikh : Ahad | 25 Ogos 2013
Waktu : 12:30 pagi (tengah malam minggu)
Venue : Villa Park
Channel : Astro CH 810/831 HD
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

#  Sila baca juga artikel mengenai Strategi menentang Aston Villa DISINI


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger