Home » , , , , , , » Preview : BPL 2013/14 (Game 10) - Arsenal vs Liverpool

Preview : BPL 2013/14 (Game 10) - Arsenal vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Sabtu, 2 November 2013 | 1:13 PG


Siapa paling hebat? Siapa paling layak untuk berada di takhta liga? Segala persoalan akan terjawab selepas perlawanan tengah malam esok diantara musuh tradisi liga perdana Inggeris Arsenal bertemu Liverpool di Stadium Emirates.

The Gunners bukanlah pasukan asing bagi kita. Pasukan yang sentiasa berada didalam kelompok empat terbaik liga ini memang sukar untuk diramal akibat turun naik prestasi pemainnya. Jika musim lalu mereka memulakan awal musim dengan begitu teruk sekali, tetapi selepas separuh musim mereka bangkit dan seterusnya berjaya menduduki tangga keempat liga untuk melayakkan diri ke liga juara-juara Eropah. Musim ini pula mereka tampil dengan nafas baru dan buat pertama kalinya dalam sejarah kelab, mereka telah membeli pemain dari Real Madrid , Mesut Ozil dengan harga yang melebihi dari £40 juta. Memang pembelian ini memecah rekod kelab dan hasil pembelian tersebut pasukan Arsenal nampak lebih bersemangat serta berada di puncak liga ketika ini.


Rekod pertemuan selama 5 tahun yang lalu, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 11 kali di mana 10 kali dalam liga dan sekali di Carling Cup pada musim 09/10. Dalam kesebelas-kesebelas pertemuan tersebut Liverpool hanya mampu memenangi satu perlawanan sahaja berbanding Arsenal yang menang sebanyak 5 kali dan seri juga 5 kali. Satu-satunya kemenangan yang berjaya dicipta oleh Liverpool ini adalah pada musim 2011/12 ketika bertandang ke Stadium Emirates ini dengan keputusan 0-2 melalui hasil jaringan sendiri Ramsey dan Luis Suarez.

Memandangkan pasukan Arsenal ini bukanlah pasukan yang lebih kepada permainan bertahan, berkemungkinan besar Brendan Rodgers tidak akan menggunakan formasi 3-5-2 yang biasa digunakannya. Ini kerana formasi tersebut nampak sedikit kelemahan dibarisan pertahanan Liverpool memandangkan pemain-pemain Arsenal telah dilatih oleh Arsene Wenger untuk bergerak pantas dalam situasi serangan balas dikala pemain lawan sedang berkumpul dikawasan mereka.


Mungkin ramai yang berharap Coutinho akan bermain dalam kesebelasan utama pada perlawanan nanti. Mengikut pada pandangan saya, BR tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan Coutinho di awal perlawanan memandangkan kesebelasan yang sedia ada mampu menggalas tugas dengan baik. Meletakkan Coutinho dibangku simpanan terlebih dahulu adalah jalan selamat demi kecergasannya serta hanya menggunakannya ketika perlu.

Dibahagian serangan kita masih sentiasa mengharapkan gandingan Sturridge dan Suarez mampu merobek gawang pihak lawan. Yang pentingnya bahagian tengah yang dikemudi Gerrard dan Lucas mampu mengawal keadaan serta menghidupkan corak permainan Liverpool. Jika mereka gagal, maka untuk melihat Liverpool menang amatlah tipis sekali. Apapun setiap pemain yang diturunkan oleh BR seharusnya bersedia untuk menerima sebarang ancaman serta bijak menggunakan peluang yang terhidang. Tidak ada gunanya kalau banyak peluang yang dicipta tetapi disia-siakan.Adalah lebih berbaloi seandainya sekali sekala peluang itu hadir dan dapat disempurnakan dengan baik. Selamat berjuang untuk merampas tangga teratas liga. YNWA.


ARSENAL vs LIVERPOOL 
[Game 10 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Stadium Emirates
Tarikh : 3 November 2013 | Ahad
Waktu : 01:30 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger