Home » , , , , » Aly Cissokho pemain kelima tiba di Anfield

Aly Cissokho pemain kelima tiba di Anfield

Written By saleehs gerrard on Khamis, 22 Ogos 2013 | 3:24 PG


Dalam mengejar masa sebelum tertutupnya jendela perpindahan yang tidak sampai dua minggu lagi, Liverpool akhirnya berjaya juga menambah seorang lagi pemain baru menjadikanya lima orang setakat ini. Pemain kulit hitam yang bermain bersama Valencia telah lama diburu oleh BR telah berjaya menjalani pemeriksaan perubatan dan seterusnya menandatangani kontrak secara pinjaman untuk jangka masa panjang.

Kehadiran Aly Cissokho memberi kelegaan kepada BR setelah gagal untuk memiliki pemain Anzhi Makhachkala’s Willian. Tibanya Cissokho yang bermain diposisi pertahanan kiri akan memberi tentangan kepada Jose Enrique untuk merebut kesebelasan utama pada posisi tersebut.


Dalam temuramahnya bersama web Liverpool FC, Cissokho memberitahu bahawa beliau amat gembira berada di sini. Selain mempunyai sebuah pasukan yang hebat dan peminat yang besar beliau berharap kehadirannya disini mampu untuk mencapai perkara-perkara besar bersama kelab.

Cissokho yang juga bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis, telah menyertai Valencia pada Ogos 2012 dari pasukan Lyon. Berumur 25 tahun dan dilahirkan di Blois, Perancis. Diharapkan kehadiran beliau mampu untuk memantapkan lagi barisan pertahanan Liverpool untuk musim ini.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger