Preview Final FA Cup - Liverpool vs Chelsea
Written By peminat liverpool on Jumaat, 4 Mei 2012 | 4:45 PTG
Saat yang ditunggu-tunggu berkunjung jua akhirnya. Tengah malam esok jam 12:15 pagi waktu Malaysia akan bermulalah aksi perlawanan akhir FA cup 2012 diantara Chelsea dan Liverpool. Perlawanan yang akan dilangsungkan distadium berkecuali iatu stadium Wembley, sudah pastinya akan memberikan keazaman serta kesungguhan kedua-dua pasukan untuk melakar kejayaan.
Diatas kertas, sememangnya rekod pertemuan semenjak empat perlawanan lalu dimiliki oleh Liverpool. Ia bermula semenjak era pengurusan Roy Hodgson dimana Liverpool telah berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0 di Anfield. Kemudian diikuti pula dibawah era Dalglish dengan 3 kemenangan berjaya dihasilkan iaitu 0-1 ketika Game 26 EPL 10/11, 2-1 di Game 12 EPL 11/12 dan 2-0 dalam perlawanan Suku Akhir Carling Cup. Walaubagaimanapun, rekod diatas kertas ini tidaklah boleh diguna pakai sepenuhnya kerana prestasi semasa kedua-dua pasukan ini adalah jauh berbeza.
Chelsea kembali berada dilandasan sebenar setelah Di Matteo mengambil alih kerusi yang ditinggalkan Villa Boas. Di Matteo telah memberi nafas baru kepada pasukan The Blues ini apabila telah mencipta beberapa kejutan untuk mengembalikan keyakinan peminat-peminat mereka. Kejayaan terbaru sudah tentulah kemenangan keatas pasukan jaguh dunia Barcelona di peingkat separuh akhir Champion League dan seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan Bayern Munich.
Bila kita kaji sistem permainan diantara Liverpool dan Chelsea ini, kedua-dua pasukan menggunakan tektik yang berbeza. Chelsea sejak kebelakangan ini lebih banyak mempamerkan aksi bertahan dana akan menggunakan kesempatan membuat serangan balas untuk menjaringkan gol. Kita boleh lihat bagaimana mereka boleh memalukan Barcelona tempoh hari walaupun bermain dengan 10 pemain. Berlainan pula dengan Liverpool, lebih banyak menguasai perlawanan dan melancarkan serangan tetapi gagal menyempurnakan peluang yang ada dan seterusnya gagal mengemaskini kembali barisan pertahanan menjadikan pasukan lawan menghukum kelemahan tersebut melalui serangan pantas.
Jika diukur dengan kelebihan, Liverpool masih lagi berada dihadapan walaupun Liverpool bukanlah skuad pilihan untuk menjuarai piala ini berdasarkan prestasi semasa. Tetapi kekalahan tempohari kepada Fulham dengan dibarisi skuad no. 2, ia bukanlah sesuatu ukuran bahawa Liverpool boleh mudah diratah berbanding Chelsea yang tetap menurunkan skuad utamanya tewas 0-2 ketika menentang Newcastle. Ini memberi kesimpulan bahawa kelemahan kedua-dua pasukan ini ialah apabila mengamalkan sisitem menyerang, pasti lalai untuk menghalang serangan balas pihak lawan. Tetapi keuntungan Liverpool masih terserlah apabila pemain-pemain utamanya cukup rehat dan diharap dapat memberi komitmen 120% terhadap perlawanan nanti.
Untuk perlawanan esok, tiada apa yang diharapkan melainkan mengekalkan sistem bertahan dan membiarkan Chelsea menyerang adalah lebih baik berbanding Liverpool sibuk menyerang tetapi gagal untuk menangkis serangan kilat mereka. Statistik telah membuktikan keempat-empat pertemuan lalu yang dimenangi oleh Liverpool, kesemuanya pasukan Chelsea menguasai perlawanan. Ini membuktikan berdasarkan pengalaman yang lalu, Liverpool lebih banyak memenangi perlawanan walaupun gagal menguasai perlawanan. Kalau anda tak percaya, belajar-belajarlah tengok statistik musim ini.
Apapun kita masih percaya Liverpool mampu untuk membuat sekali lagi kejutan utuk berjaya merangkul piala FA merangkap kejuaran berganda bagi musim ini. Jadi kepada peminat-peminat setia Liverpool, walauapapun terjadi esok, kita tetap tabah dan terus bersama Liverpool selamanya. Jika menang kita sambut dengan kegembiraan, jika kalah, bertenanglah dan anggap ia sebagai pembelajaran untuk menghadapi musim hadapan. So janganlah nak maki-maki atau kutuk lebih-lebih pesukan kesayangan kita ini. YNWA
p/s: Malam esok lembu-lembu, MUnyet-Munyet, Meriam Katak dan macam-macam lagi akan berkeliaran menunggu mangsa untuk dijadikan bahan kutukkan. Bagi kita sediakan penangkis peluru dan baju kalis peluru sebelum bertempur. Apa yang pasti jangan dijadikan provokasi mereka-mereka ini untuk anda bergaduh sesama peminat Liverpool. Walauapapun terjadi, "Anda Tidak Akan Keseorangan".
Catat Ulasan