Home » , , , , » Liverpool 0-1 Fulham

Liverpool 0-1 Fulham

Written By peminat liverpool on Khamis, 3 Mei 2012 | 3:03 PG


Dengan menurunkan hampir lebih dari separuh pemain simpanan serta bakat-bakat muda, Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Fulham hasil dari jaringan gol sendiri pemain pertahanan Martin Skrtel. Sememangnya kita sudah menjangkakan bahawa dibaki-baki perlawanan liga Premier ini, hanya mengharapkan pendedahan bakat-bakat baru tanpa memperdulikan apa juga keputusan yang bakal diperolehi.


Ketiadaan pemain-pemain utama sememangnya amat dirasai oleh pemain-pemain muda kita. Gerrard, Suarez, Bellamy, Agger, Johnson dan Reina diberi pelepasan untuk berehat sebagai persediaan perlawanan akhir piala FA pada hari Sabtu nanti. Boleh dikatakan pemain-pemain muda kita dapat menyesuaikan rentak permainan dengan menguasai 60% kawalan bola. Tetapi dengan pendedahan dan pengalaman yang kurang, mereka gagal menggunakan kelebihan bermain di stadium Anfield untuk bangkit selepas ketinggalan.


Mungkin kita katakan bahawa situasi ini adalah sudah terlambat bagi Dalglish untuk memberi pendedahan kepada bakat muda tersebut. Jarang memberi kepercayaan membuatkan pemain kita menjadi gopoh ketika membuat serangan dengan menghantar bola seperti hilang arah tujuan. Sedikit pujian harus diberikan kepada Shelvey kerana untuk beberapa penampilannya dalam skuad utama amat membantu pasukan pada perlawanan ini. Percubaannya pada separuh masa pertama hampir-hampir membuahkan hasil dikala penjaga gol Fulham Mark Schwarzer sudah tertewas. Malangnya masih ada seorang lagi pertahanan Fulham digarisan gol untuk menafikan percubaan tersebut.


Sedikit kecewa kerana kemenangan Fulham ini hasil dari gol sendiri Skrtel. Tetapi dalam keadaan huru-hara dari aksi serangan pantas, Skrtel juga tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana beliau sendiri tak dapat nak mengelak kuisan bola dari kaki Demsey. Apapun pengalaman ini amatlah berguna kepada pemain kita untuk memperkembangkan lagi mutu permainan mereka dimasa hadapan. YNWA..
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger