Home » , , , , , » Nasib Dalglish terus menjadi tanda tanya

Nasib Dalglish terus menjadi tanda tanya

Written By Unknown on Rabu, 16 Mei 2012 | 5:37 PG


Nasib Kenny Dalglish yang telah kembali dari perjumpaan bersama pemilik Liverpool John Henry masih lagi belum jelas dan menjadi tanda tanya pelbagai pihak.  Dalam spekulasi yang bertiup kencang bahawa berkemungkinan Dalglish akan diarahkan untuk meletak jawatan secara rela atau dipecat secara paksa untuk digantikan oleh pengurus Wigan Roberto Martinez, masih tiada sebarang luahan isi hati yang terkeluar dari mulut baikpun Dalglish, John Henry dan juga Tom Werner.

Berdasarkan situasi semasa, sebulan sebelum ini, Tom Werner menyatakan bahawa beliau dan Henry masih yakin dengan kebolehan Dalglish mengurus dan mereka tetap memberi sokongan penuh terhadap beliau. Tetapi perlu diingat kenyataan itu keluar sebelum berlangsungnya perlawanan akhir FA cup, dan selepas gagal memenangi piala terbabit, sokongna boleh jadi sebaliknya.

Seperti yang kita tahu, pada musim ini pasukan Liverpool jauh tersasar dari apa yang diharapkan dan dilaburkan oleh FSG. Sudah pastinya Dalglish dan Steve Clarke perlu menjawab soalan-soalan maut dari FSG yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar lebih £ 200 juta dalam memiliki kelab serta pembelian pemain tetapi hasilnya cukup mengecewakan. Sasaran utama untuk menduduki empat terbaik liga dalam melayakkan ke liga juara-juara musim hadapan hancur berkecai. Malah tewas 14 kali dalam kempen liga musim ini serta menduduki tangga ke-8 adalah yang terburuk sejak 18 tahun lalu. Disamping itu juga dengan memungut 52 mata pada musim ini, ia adalah paling terendah semenjak musim 1953/54.

Ketiadaan Dalglish bersama-sama Steve Clarke, Tom Werner dan John Henry menyaksikan perlawanan Boston menguatkan lagi spekulasi

Jika sebelum ini, Damien Comolli dan Peter Brukner sudah ditendang keluar akibat kegagalan mereka membuktikan kebolehan masing-masing, tidak salah rasanya kalau FSG juga bakal berbuat sedemikian terhadap Dalglish. Tetapi harapannya dengan menjuarai 1 piala pada musim ini sedikit sebanyak dapat melembutkan hati John Henry untuk terus memberi kepercayaan kepada Dalglish.

Cerita-cerita kosongnyalah. Seandainya Dalglish dipecat adakah Roberto Martinez mampu mengalas cabaran di kerusi panas ini. Bagi SG dengan corak dan penampilan pasukan Wigan ini, bukanlah ia sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Martinez. Dipendekkan cerita, Martinez adalah tidak layak untuk mengisi kekosongan tersebut. Kalau boleh panggillah balik Rafa Banitez yang telah membuktikan kebolehan beliau. Kalau tak pun SG lebih suka Martin 0'Neill untuk meneruskan kesinambungan zaman pembangunan Liverpool. Bagi anda siapa pula?
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger