Kapten England - Impian Gerrard tercapai
Written By Unknown on Khamis, 17 Mei 2012 | 4:31 PG
Dalam pelbagai spekulasi hangat yang berlarutan semenjak tragedi FA England menarik kembali lilitan ketua pasukan dari John Terry, Gerrard, Scott Parker dan Rio Ferdinand adalah antara nama yang disebut-sebut untuk mengalas jawatan ini. Walaubagaimanapun akhirnya tugas kapten ini sudah sah diamanahkan kepada Steven Gerrard.
Mungkin tuah Gerrard mendapat penghargaan ini. Bersandarkan bekas bos Liverpool Roy Hodgson yang baru mengambil alih tugas kerusi panas yang ditinggalkan oleh Fabio Capello, nampaknya Hodgson lebih memahami kepimpinan yang menjadi tauladan bekas anak didiknya di Anfield ini. Jadi dengan hasil kerjasama dalam sebuah pasukan sebelum ini, memudahkan lagi Hodgson untuk menurunkan ilmu serta amanah kepada Gerrard dalam mengemudi pasukan England di EURO 2012 nanti.
Disebalik pasang surut mutu permainan Liverpool musim ini, tanpa disangka 4 pemain liverpool telah dipilih oleh Hodgson dalam skuad utamanya. Selain Gerrard, tiga lagi pemain yang telah dipilih ialah Glen Johnson, Stewart Downing dan juga Andy Carroll. Carroll yang memulakan musim 2011/2012 dengan penuh kekecewaan, bangkit membuktikan kewibawaannya sewaktu Liga premier menghampiri penghujungnya membuatkan Hodgson teruja untuk mengandingkannya bersama Shrek. Dalam senarai tambahan disaat kecemasan (stanby), Jordan Henderson adalah antara nama yang tersenarai menjadikan kesemuanya 5 pemain Liverpool telah tersenarai pada kali ini.
Mungkin kita kurang nampak keberkesanan mereka ini dalam kelab, tetapi siapa tahu hasil pembelajaran dengan sifu Dalglish dapat diterjemahkan dalam skuad England. Harap Steven Gerrard akan bertambah fantastik dalam tugasnya mengemudi kapal England di EURO nanti. Boleh menang ke?.. Gerrard punya pasal, sokong tetap sokong..
Label:
BERITA,
LIVERPOOL,
STEVEN GERRARD,
TERKINI
Catat Ulasan